Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1 atau nama ringkasnya SMK Sultan Muzafar Shah 1, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lambor Kanan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1
Lokasi
Lambor Kanan, 32900, Lambor Kanan,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6053761377
Kod sekolahAEA8002
PengetuaTn Hj. Azman b Amran
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh. Salbiah bt. Nurudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Mahiram bt. Mohamed
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azman b. Shaaid
Faks6053762275


Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1 memiliki 102 pelajar lelaki dan 112 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 214 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2021

Sejarah sunting

Ianya telah dibuka pada 2.1.1978 di kawasan seluas 9.9 ekar bagi menggantikan Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub (Cawangan Telok Bakong). Sewaktu awal pembukaannya, seramai 746 orang pelajar, 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Tingkatan yang tertinggi pada masa itu adalah Tingkatan 4.

Sewaktu awal penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini datangnya dari 6 buah kampung iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Lambor Kiri, Kampong Telok Bakong, Kampong Kuchai, Kampong Telok Sareh dan Kampung Pasir Kubu dan mereka adalah 100% berketurunan Melayu. Setelah siap pembinaan Sekolah Menengah Lambor Kiri, pelajar-pelajar sekolah ini hanya datang dari kampung yang berdekatan iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Telok Bakong dan Kampong Telok Sareh.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1
Lambor Kanan
32900, Lambor Kanan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053761377
Fax = 6053762275

Pautan luar sunting