Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah atau nama ringkasnya SMK Sultan Sulaiman Shahatau “4S” merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah, Batang Berjuntai
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah, BESTARI JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332719827
Kod sekolahBEB3079
Faks332717946


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah memiliki 634 pelajar lelaki dan 583 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1217 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Batang Berjuntai, menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan sementara menantikan bangunan baru siap. Ketika itu terdapat 12 kelas dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga yang diterajui oleh pengetua pertamanya iatu Encik Yeong Kum Meng. Jumlah murid ketika itu ialah 200 orang. Oleh kerana bilangan muridnya bertambah dari setahun ke setahun, maka pihak sekolah telah meminjam bangunan SRJK(C) Yuk Chih dan SRJK(T) Batang Berjuntai untuk dijadikan kelas. Tahun 1965 bermula kelas Peralihan dengan bilangan murid seramai 150 orang. Mereka ini ditempatkan di tujuh bilik darjah. Murid-murid yang memasuki kelas ini berasal dari ladang kelapa sawit, ladang getah, kawasan lombong dan lain-lain tempat. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun tahun 1965 dan siap sepenuhnya pada bulan Julai 1966. Kesemua pelajar telah dipindahkan ke bangunan baru ini dan jumlahnya telah meningkat ke 800 orang dengan 25 bilik darjah. Jumlah guru yang mengajar di sekolah ini ketika itu ialah seramai 30 orang.Sultan Selangor ketika itu iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah, telah berkenan merasmikan bangunan kekal sekolah ini pada 21 September 1968 dan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah, iaitu mengambil sempena nama nenda baginda.Pada tahun 1968 bermulalah kelas tingkatan empat dengan satu kelas dan meningkat ke empat kelas pada tahun 1974. Pada tahun 1978 jumlah murid telah meningkat ke seribu lima ratus orang dan terpaksa diadakan dua sesi pagi dan petang.

Setelah 57 tahun sekolah ini beroperasi, seramai 17 orang pengetua telah menerajui sekolah ini. Kini, sekolah ini diterajui oleh En Halim bin Omar sebagai Pengetua yang ke 18. Beliau mula menjalankan tugas sebagai pengetua pada 25 September 2017. Jumlah murid sekarang pun semakin berkurangan menjadi 680 orang sahaja. Jumlah guru seramai 68 orang sahaja. En Halim bin Omar telah menggunakan TAGLINE SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA(4S) untuk memastikan semua warga 4S menyayangi sekolah dan bangga menjadi warga sekolah

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah mencatat banyak kejayaan luar biasa

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah
Jalan Sekolah
Selangor, Malaysia
Telefon = 332719827
BILIK Pengetua: 0332710161

Pautan luar sunting