Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani

Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani atau nama ringkasnya SMK Syeikh Abdul Ghani, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungkai.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani
Lokasi
Jalan Sungkai, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054341357
Kod sekolahAEE0039
Faks6054348750


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani memiliki 567 pelajar lelaki dan 539 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1106 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani (SMKSAG) ialah sebuah sekolah menengah harian di Bidor, negeri Perak.

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bidor(Lower Secondary School, Bidor). Guru besar yang pertama ialah En. Lai Sam Keong. Pada masa itu jumlah pelajarnya ialah seramai 211 orang. Kelas kelas yang dibuka terdiri daripada Remove class, Form One dan Tingkatan 1 Pengantar Melayu. Bagaimanapun, pelajar pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di banggunan SMJK(C) Choong Hua Bidor dan di banggunan Sekolah Kebangsaan Bidor. Tenaga pelajar adalah seramai 25 orang.

Pada Januari 1966, sekolah ini telah membuka cawangannya di Sungkai dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sungkai dan tenaga pengajarnya seramai 18 orang.

Akhirnya pada tahun 1969, sekolah ini mendapat banggunannya sendiri iaitu bangunan yang ada kini terdiri daripada 3 blok banggunan batu 2 tingkat dan sebuah kantin. Semasa itu juga bilangannya pelajarnya bertambah iaitu seramai 1104 orang dengan 30 kelas termasuklah sekolah cawangannya di Sungkai. Pada tahun ini juga, sekolah cawangan di sungkai telah dipisahkan. Oleh itu, bilangan pelajar sekolah ini menerima guru besar baru iaitu En. Santhanan dan satu lagi detik sejarah dicipta apabila Sukan Tahunan Kali Pertama diadakan pada tahun tersebut.

Sejak saat itu sehinggalah januari 1971, bilangan pelajar sekolah ini bertambah menjadi seramai 830 orang dengan 24 kelas. Pada tahun 1972, En. Santhanan telah bertukar dan digantikan oleh En. Dzulkarnain b Hj. Abdul Rahman. Semasa dibawah pentadbiran beliau, pelajar sekolah ini bertambah iaitu seramai 991 orang dan 27 kelas.

Tahun 1973, merupakan tahun yang banyak mencatat sejarah sekolah ini. Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Kali Pertama diadakan dan dirasmikan oleh YM En. Mohd Ali b Ibrahim, JSM, Pengarah Pelajaran Perak. Di tahun ini juga, majalah sekolah iaitu BAIDURI jilid pertama diadakan. Buat kali pertama juga sekolah ini telah menganjurkan satu pesta ria yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Kamarudin b Isa, Menteri Besar Perak bertujuan untuk menampung perbelanjaan kelengkapan sekolah dan perpustakaan. Pada tahun ini juga Lembaga Pentadbiran Sekolah mengemikakan satu permohonan untuk menukarkan nama sekolah ini kepada SEKOLAH MENENGAH SYEIKH ABDUL GHANI, BIDOR. Kelulusan membenarkan pertukaran nama sekolah ini telah diterima pada 28 November 1973 melalui surat BIL.(42) dalam J. Pel. PK. 1970/4.

Adalah satu perkara menarik dan perlu disentuh mengapa Lembaga Pentadbiran Sekolah ini memilih nama Syeikh Abdul Ghani. Tokoh ini adalah seorang yang penting dalam sejarah tempatan. Mengikut sejarah, semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka keran hasil timahnya. Perkataan Bidor berasal daripada acuan bijih timah yang dibuat daripada kayu bagi menyukat bijih.Setiap satu Bidor mengandungi kira kira 70 kati bijih timah. Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani. Sebagai mengenang jasanya terhadap masyarakat tempatan, nama beliau diabadikan untuk nama baru sekolah ini.

Oleh kerana sekolah ini telah menunjukan prestasi yang baik dalam pelbagai bidang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah lagi blok batu 2 tingkat. Blok ini menempatkan 6 buah kelas yang boleh diubahsuai menjadi dewan sekolah dibahagian atas dan di bahagian bawah p**a ditempatkan 3 buah makmal sains tulen. Sebuah blok bengkel seni perushaan juga telah siap dibina. Pada bulan Oktober tahun ini, En. Dzulkarnain telah bertukar dan dan digantikan oleh En. Zulkifli b Bahari sebagai guru besar. Pada bulan Oktober 1979, En. Zulkifli telah bertukar dan digantikan oleh En. Sulaiman B Ibrahim. Sekolah ini telah dinaikkan ke Gred B pada tahun 1980.

Setelah hampir satu dekad dibina, akhirnya sekolah ini dirasmikan pada 2 Oktober 1982 jam 2.30 petang.Upacara perasmian dilakukan oleh YAB Dato Sri wan Mohammad b Hj, Wan T, SPCM, PJK, JP Menteri Besar Perak. Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kali Ke-9 telah diadakan sekali. Di penhujung tahun itu, juga satu projek gotong royong membuat tempat letak basikal diadakan. Perbelanjaan pembinaannya diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebaanyak RM4000.00. Projek ini dilancarkan oleh En. Abdul Rahman b Hj. Ahmad, Pegawai Daerah Batang Padang.

Untuk kemudahan pelajar pelajar sains pertanian p**a, sebuah reban ayam yang berharga RM 9000.00 siap dibina pada bulan Ogos 1982. Sekolah ini terus berkembang maju dan merancang pelbagai projek pembanggunan akademik dan non akademik dan ini memerlukan keewangan. Diatas tujuan ini, satu walkaton telah diadakan pada 4 Jun 1983 dan sebanyak RM 9000.00 derma berjaya dikutip. Pada 4 Februari 1993 Sekolah ini sekali lagi berjaya menganjurkan walkaton yang bertujuan wang itu untuk kegunaan Pusat Sumber Sekolah serta membeli komputer untuk kelab komputer sekolah. Walkaton tersebut berjaya memungut RM 1200.00.

Pada bulan Januari 1995 Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani telah dinaikkan taraf menjadi Gred A. Serentak dengan itu, 5 orang guru baru yang bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penyelia petang, Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Bidang Sains telah datang bertugas di sekolah ini. Beberapa orang guru sekolah ini dilantik memegang jawatan sebagai Ketua BIdang dan ditukarkan ke sekolah lain. Pengetua En. Jantan bAtan juga telah ditukarkan pada 6 Februari 1995.

Pengetua baru, Pn Zaitone b Shafiee telah memulakan tugas baru beliau disekolah ini mulai 25 November 1995. Insyaallah dibawah pentadbiran beliau sekolah ini bertambah maju dan gemilang seterusnya dapat sama sama merealisaikan Perak Nombor Satu.

En. Mohd Syukor b Sharif sempat bertugas selama 11 1/2 bulan sahaja. Namun dalam masa yang begitu singkat beliau telah membawa banyak perubahan kepada sekolah ini. Dari segi fizikal sekolah telah menerima banyak peralatan baru seperti kerusi, meja dan almari pelajar dan guru, cat bangunan, bengkel basikal, baik pulih dan naik taraf bilik bilik khas dan lain lain. Sekolah juga dibawah pimpinan beliau semakin dihormati masyarakat setempat serta pihak atasan. Maslah disiplin pelajar juga terkawal. Guru guru menunjukan kerjasama yang baik terhadap setiap program yang dinaung oleh beliau.

sunting

 
Logo SMKSAG

BENTUK -Bentuk perisai adalah lambang biasa bagi sesuatu institusi pengajian.Nama sekolah terletak diatas sekali.Saiz = Panjang(9cm) dan lebar (7cm)

BUKU TERBUKA -Perlembagaan sebagai punca ilmu pengetahuan.Buku juga dianggap sebagai sumber mendapatkan sebarang bentuk pengetahuan. Diatas buku tersebut ditulis motto sekolah iaitu "PENGETAHUAN ASAS KEMAJUAN".

JALUR MELINTANG -Merupakan satu jambatan iaitu melambangkan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui sistem pendidikan yang telah wujud.

JALUR TEGAK -Lima tiang jambatan melambangkan lima rukun negara yang harus dipatuhi.

KERIS -Lambang senjata untuk mempertahankan diri.Keris dilambangkan sebagai mempertahankan sistem pendidikan dan cara hidup yang berasaskan kepada rukun negara yang diterima oleh rakyat malaysia.

FUNGSI WARNA -Merah = Kegigihan/Perjuangan/Keazaman -Putih = Keikhlasan/Jujur -Kuning = Warna Diraja

Reka bentuk lencana: En. Sulaiman bin Ibrahim, IMP (Pengetua 1981)

Ubahsuai makna perlembagaan: En. Kasran bin Hj. Mat Jiddin.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani
Jalan Sungkai
35500, Bidor
Negeri Perak,   Malaysia
Telefon = 6054341357
Fax = 6054348750

Pautan luar sunting