Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati

Lencana SMK Taman Melati

Alamat Jalan Melati Utama 2, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

 Malaysia

Nombor Telefon 03-41055193
Nombor Faks 03-41075193
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Berdisiplin, Berilmu, Berjaya
Slogan SMKTM TERATAS
Kod Sekolah WEA0224
Pengetua Puan Dzaizatul Shikin binti Madrahim
Penolong Kanan Pentadbiran Puan Faridah binti An
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Zuhaidah binti Juhod
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Galdiv Singh A/L Noratasingh
Ketua Pelajar Faris Iskandar bin Khairol Mazman (2016/2017)

Azim Syameelutfi (2017/2018)

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati (SMKTM) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Melati Utama 2, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati memiliki murid seramai 855 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 63 orang guru yang terdiri 12 guru lelaki dan 51 guru perempuan.

Sejarah Sekolah sunting

SMK Taman Melati telah siap dibina pada November 1993. Bagi sesi persekolahan pertamanya pada tahun 1994, seramai 500 pelajar telah mendaftar di sekolah ini. Sebanyak 15 buah kelas yang menempatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 digunakan dengan barisan 10 orang tenaga pengajar di bawah pimpinan pengetua pertama, Datin Hajjah Khowilah bt Yusup.

Falsafah sekolah sunting

Bahawasanya setiap pelajar di sekolah berkebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini SMK Taman Melati akan memberi penumpuan dan penekanan kepada usaha-usaha meningkatkan peluang-peluang pembelajaran kepada tahap maksimum. Juga bertujuan memupuk pemantapan rohani dan fizikal berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan ini diharap dapat melahirkan manusia yang berilmu, tabah, berdaya saing dan ada ketahanan yang tinggi. Berketerampilan sejahtera rohani dan fizikal serta yakin bahawa ikram dan penyayang mampu menjadikan mereka manusia yang mulia dan berjaya mengharungi zaman sains dan teknologi serta mencapai wawasan kerajaan.

S - Sahsiah mulia amalan kami.

M - Mencapai kecemerlangan amalan kami.

K - Kebersihan dan keceriaan penyeri kawasan kami.

T - Tabah, tekun, penyayang janji kami.

M - Muafakat bersama itulah falsafah kami.

Matlamat sunting

  1. Melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang kemahiran untuk menjadi manusia yang produktif dan yang ke arah pembangunan negara.
  2. Melahirkan pelajar yang penyayang dan bersahsiah mulia melalui pemupukan, penghayatan dan nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi negara.
  3. Mewujudkan iklim sekolah yang bersih dan menarik.
  4. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah yang terbaik dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Moto sunting

Berdisiplin, Berilmu, Berjaya

- Disiplin diri adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan hanya orang yang berilmu sahaja yang dijanjikan kejayaan.

Visi sunting

SMK Taman Melati sebuah sekolah cemerlang menjelang 2020

Misi sunting

Ke arah menjadikan SMK Taman Melati sebagai sekolah yang cemerlang di Kuala Lumpur, kami warganya akan :-

  1. Memastikan pencapaian kokurikulum sentiasa terbaik dan terus meningkat.
  2. Sentiasa memupuk nilai murni, disiplin kendiri dan sahsiah terpuji dalam melahirkan pelajar seimbang.
  3. Menggalakkan sebanyak mungkin penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
  4. Mempraktikkan keterampilan pentadbiran yang proaktif, cekap, telus dan tulus.
  5. Menyediakan prasarana dan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran.
  6. Memperkasa hubungan sekolah dengan masyarakat.
  7. Melahirkan rasa cinta pelajar terhadap sekolah dengan konsep “SEKOLAHKU SYURGAKU”.
  8. Menguasai kemahiran ICT.
  9. Memperkasa kemahiran bahasa Inggeris.

Tafsiran logo sekolah sunting

  • Obor-obor dan buku

Al-Quran ialah punca segala ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan di dunia. Pengetahuan daripada buku perlu dicari. Obor ialah lambang penyuluh untuk menunjukkan jalan ke hadapan.

  • Roda teknik

Melambangkan persediaan murid menghadapi zaman sains dan teknologi yang semakin canggih dan mencabar.

  • Alat geometri, apit-G dan sesiku

Melambangkan kesepaduan dan keseimbangan matematik dan kemahiran dalam proses pembelajaran masa kini.

  • Anak panah

Melambangkan wawasan pada masa hadapan yang padu meliputi semua aspek hidup, rohani, jasmani, intelek dan emosi.

  • Warna-warna
  1. Putih – Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorak oleh tukang yang mahir.
  2. Biru – Melambangkan suasana ketenangan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam menimba ilmu.
  3. Kuning – Melambangkan taat setia kepada ibu bapa, sekolah dan negara.
  4. Merah – Melambangkan keberanian dan kegagahan untuk menghadapi cabaran semasa menuntut ilmu dan seterusnya menghadapi dunia luar sekolah yang mencabar.

Piagam pelanggan sekolah sunting

Kami warga SMK Taman Melati dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

  1. Memastikan semua murid yang ditempatkan di sekolah ini mendapat layanan yang sama dalam semua hal.
  2. Menyediakan keperluan murid dalam keadaan sempurna.
  3. Memastikan semua murid di sekolah ini meneruskan persekolahan sehingga ke tingkatan lima.
  4. Melayan ibu bapa dan masyarakat luar dengan sebaik mungkin.
  5. Sentiasa berlaku adil kepada semua pihak.
  6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor, teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi sekolah.

Lagu sekolah sunting


Melangkah ke era wawasan
Berbekal semangat waja
Tekun dan gigih berusaha
Ikrar azam di dada

Berdisiplin, berilmu, berjaya
Cogan kata kami semua
Rakan-rakan, ibu bapa dan guru
Gembeleng tenaga tanpa rasa jemu

Agama serta bangsa
Nusa maju tercinta
Dicurahkan taat setia

Kita kejar impian
Kita bina harapan
Tuju mercu kejayaan

Bersopan, beretika
Lahir insan mulia
SMKTM terus berjaya
SMKTM terus berjaya

Aktiviti kokurikulum sunting

Kelab dan Persatuan sunting

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Seni Kreatif
  • Persatuan Sejarah
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Geografi
  • Persatuan Kemahiran Hidup
  • Persatuan Agama Islam
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Kelab Kebudayaan
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
  • Kelab Keusahawanan, Koperasi dan Pelancongan
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Pencinta Alam Sekitar
  • Kelab Al-Quran
  • Kelab Keselamatan Jalan Raya
  • Kelab Komputer/IT
  • Kelab Bimbingan dan Kaunseling
  • Kelab Kewangan
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Kelab Fotografi
  • Kelab Muzik

Unit Beruniform sunting

  • Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Polis (KP)
  • Pasukan Kadet Bomba
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Pasukan Pengakap
  • Pasukan Silat Gerak Tempur Aliran Helang Buana Bersatu Malaysia
  • Pasukan Taekwando

Sukan dan Permainan sunting

  • Balapan dan Padang (Olahraga)
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Sepak Takraw
  • Bola Jaring
  • Catur
  • Hoki
  • Bola Baling
  • Futsal
  • Bola Keranjang
  • Ping Pong

Rumah Sukan sunting

Rumah Sukan Warna
Bendahara     
Laksamana     
Panglima     
Temenggung     
Syahbandar      Dimansuhkan

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati,
Jalan Melati Utama 2, Setapak,
53100 Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-41055193
Nombor faks: 03-41075193

Pautan luar sunting