Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas

sekolah menengah kebangsaan di Melaka, Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (dikenali sebagai SMKTM atau SYSTEM) merupakan sebuah sekolah menengah asrama harian yang dibina pada sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas, Melaka. SMKTM merupakan antara sekolah Rancangan Khas dan Rancangan Biasa yang dikhaskan untuk pelajar Bumiputera di daerah Melaka Tengah, Melaka. Pada tahun 2008, seramai 41 pelajar mendapat 8A untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada tahun 2012, seramai 34 orang telah berjaya mendapat keputusan 8A. Sehingga kini, SMKTM masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
Lokasi
KM 9, Telok Mas, Melaka
Telok Mas, Alai, Melaka Tengah, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Asrama Harian
Moto"Menjana Kecemerlangan Pendidikan Sejagat"
DitubuhkanJun 2000
Nombor sekolah(+6)06-2615292
Pengerusi PIBGTuan Haji Azman bin Mohamad Noor
PengetuaPuan Zamnah Binti Hj Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ruzalee bin Jailani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan hjh Sutinah binti Sidan
Penolong Kanan KokurikulumEncik Azmadi Bin Ibrahim
Faks(+6)06-2619422
Laman sesawang

Sejarah sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar dalam kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok utama iaitu Blok A (pentadbiran), Blok B (bilik darjah), Blok C (makmal sains) dan Blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.

Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001, keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka. Hal ini telah membuka mata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sebuah Sekolah Rancangan Khas (Sekolah Asrama Harian Kerajaan Negeri). Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan permohonan untuk membiayai yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 sehinggalah 2007.

Namun begitu, hasrat untuk merealisasikan SMK Telok Mas menjadi Sekolah Rancangan Khas (Sekolah Asrama Harian Kerajaan Negeri Sepenuhnya) tidak menjadi kenyataan kerana desakan dan permintaan masyarakat tempatan untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk memberhentikan yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) mulai tahun 2007.

Bermula dengan 8 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas (RK) seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa (RB). Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar dari SMK Seri Mahkota dan SMK Air Molek. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka [2] juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan (RKS).

Pelajar Rancangan Khas (RK) terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang dan memuaskan tetapi gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Pelajar-pelajar ini, diwajibkan untuk tinggal di asrama. Manakala pelajar Rancangan Biasa (RB) terdiri daripada pelajar yang disalurkan daripada sekolah berhampiran.

SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu daripada kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan masyarakat setempat atas kecemerlangan yang dicapai bertahun-tahun lamanya. Buat kali pertama, berita tentang SMK Telok Mas telah dipaparkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.

Pada tahun 2016, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membuka satu lagi kelas iaitu Kelas Aliran Agama (KAA) dan kini terdapat dua buah Kelas Aliran Agama iaitu tingkatan 1KAA dan tingkatan 2KAA. SMK Telok Mas juga telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Bahasa Jerman untuk dua Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 sebagai tambahan mata pelajaran baharu. Kelas tersebut ialah kelas tingkatan 1KRK1 dan tingkatan 1KRK2.

Secara umumnya, SMK Telok Mas kini memiliki 15 buah Kelas Rancangan Khas bagi tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Seterusnya, 2 buah Kelas Aliran Agama bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Manakala, 7 buah kelas bagi Kelas Rancangan Biasa. Bagi tingkatan empat dan lima SMK Telok Mas menawarkan kelas sains tulen, sains teknikal dan sastera ikhtisas meliputi 7 buah kelas tingkatan empat dan 6 buah kelas tingkatan 5.

Sejarah Perpustakaan SMK Telok Mas sunting

Pusat Sumber Sekolah SMK Telok Mas mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri.[3] Perkembangannya seiring dengan perkembangan sekolah ini yang memulakan sesi persekolahan pada tahun 2002. PSS SMK Telok Mas terletak di tingkat tiga bangunan Blok D. Pada awal penubuhannya, koleksi bahan bacaan dan buku-buku yang ada adalah sangat terhad jumlahnya. Namun, hasil sumbangan individu seperti guru-guru dan tuan pengetua sendiri telah dapat menambahkan koleksi buku dan bahan bacaan yang ada.

Fungsi PSS dalam merangsang aktiviti pdpc semakin menonjol. Pada tahun 2003, guru-guru mula menggunakan kemudahan BBM sepeti televisyen, OHP dan bilik tayang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, PSS digunakan untuk aktiviti Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)[4] yang wajib bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walaupun masih dalam usia yang terlalu muda, PSS SMK Telok Mas semakin matang dalam memenuhi keperluan warga SMK Telok Mas dan pelajar-pelajar khususnya. Pada tahun 2004, PSS terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan fungsinya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti. Dua unit ditubuhkan iaitu Bilik Warisan dan unit ‘Red Spot’ sebagai tambahan unit yang sedia ada.

Profil Sekolah sunting

Nama Sekolah  : SMK Telok Mas

Tahun Digunakan  : Jun 2001

Daerah  : Melaka Tengah

Status  : Sekolah Menengah Harian Berasrama

Bilangan Guru  : 87 orang

Bil. Staf Sokongan  : 15 orang

Bilangan Enrolmen  : 1052 orang murid

Bil. Bilik Darjah  : 37 kelas

Sesi Persekolahan  : Pagi

Lokasi  : Pinggir Bandar

Hubungan dan Bantuan Pihak Luar sunting

  • Jabatan Perhilitan

- Perkhemahan 2 hari

- Lawatan sehari di Tanjung Tuan, Port Dickson

  • Jabatan Alam Sekitar

- Sumbangan RM2 500 untuk perkhemahan Alam Sekitar (Perbandingan Pantai Pasir dan Lumpur)

- Sumbangan RM 5000 membina Pergola dan Taman

- Ceramah Pendidikan

  • KPDNK                         

  - Sumbangan RM 1000 untuk Kursus

  • MNS                               

- Kursus Cintai Alam Sekitar, Pendidikan Alam Sekitar Raptor Watch di Tanjung Tuan

  • Yayasan IMDB              

  - Sumbangan RM 25000 untuk membina Susur Gajah

  • FRIM                             

  - Sumbangan RM 2000 dan Khidmat Nasihat Penanaman Pokok Hutan Landskap negara

  • Tabung Haji dan Pusat Zakat                  

 - Perbengkelan dan Ceramah

  • Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Islam             

  - Sumbangan Wang

  • Tabung Pendidikan Amanah Melaka (TAPEM)

- Sumbangan dan ceramah motivasi

Pengelolaan Program oleh SMK Telok Mas sunting

Peringkat Negeri dan Kebangsaan

2005                MASAM  - Majlis Amanah Saham Peringkat zon Selatan

2005                Merentas Desa Peringkat Negeri

2009                Bola Jaring – Penutup oleh YB Hassan Bin Rahman

                        Debat Peringkat Kawasan dan Negeri

2010                Kejohanan Bola Baling Debat peringkat Negeri

2013                Merentas Desa Peringkat Negeri

2014                Kejohanan Tenis MSS Peringkat Negeri

2016                Pendidikan Islam – Nadwah Kepimpinan Peringkat Kebangsaan

2017                Bakat Muzik Zon / Kebangsaan

Senarai Pengetua sekolah sunting

Pengetua pertama: Tuan Hj Abd.Karim bin Hj.Daud (5 Disember 2001- hingga 23 Februari 2003


Pengetua kedua: Puan Hajah Che' Gayah bte Ariffin ( 1 Mac 2003- hingga 2005)

 
Pengetua kedua smk telok mas

Pengetua ketiga:Datin Hjh Norliah bte Adam( 16 Disember 2005- 31 Mei 2007)


Pengetua keempat: Cik Hajah Jamilah bte Ismail( 1 Jun 2007- hingga 30 Disember 2011)


Pengetua kelima: Tn Hj Daud bin Abdul( 1 Januari 2012- hingga Disember 2012)

 
pengetua keenam

Pengetua keenam: Tuan Hj. Yusof bin Othman( Januari 2013- hingga Ogos 2016)

 
Puan Hajah Kamariah bt othman

Pengetua ketujuh: Puan Hjh Kamariah bt Hj Othman( Ogos 2016- 18 Mei 2020)


Tokoh Sekolah sunting

Diari NILAM Naib Johan Kebangsaan 2013 sunting

 
nilam kebangsaan naib johan
 
nilam kebangsaan

Coretan Tokoh sunting

Assalamualaikum w.b.t. salam pertemuan daripada saya, Nuratika binti Abdul Aziz. Kejayaan memperoleh Naib Johan dalam pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 merupakan antara salah satu kenangan yang terbaik buat diri saya. Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan ini datang daripada usaha keras dan kepercayaan pihak SMK Telok Mas, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, guru-guru SMK Telok Mas serta ahli keluarga saya yang tercinta. Tanpa mereka, saya tidak mungkin berada di tempat saya berada kini.

Pada awal tahun 2013, saya mendapat berita bahawa saya menjadi Johan bagi pertandingan Anugerah Tokoh NIlam Negeri Melaka yang saya sertai pada tahun 2012. Perasaan saya bercampur-baur. Kejayaan diperingkat negeri bermakna saya menjadi wakil Melaka ke peringkat kebangsaan. Saya sahut cabaran itu, tentunya dengan dorongan yang tidak putus-putus daripada pihak sekolah khususnya tuan pengetua SMK Telok Mas iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman, guru-guru Nilam iaitu Pn Wan Zueraina bt Abdul Aziz serta Puan Shamsiah Bt Yusof.

Alhamdulillah, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, pihak sekolah, tuan pengetua, guru-guru yang tercinta, saya berjaya merealisasikan impian warga Melaka, sekolah tercinta serta pihak BTPN Melaka iaitu menjadi tokoh Nilam di peringkat Kebangsaan.

Lagu rasmi sekolah sunting

Berjuang beramal amalanku
Ceria mlobi galericlothing malay traditionsireh junjungsireh junjungsudut buletin inforuang seni kreatif in lobysudut buletin infoesra selalu prinsip hidupku
SMKTM jadikan pusat ilmu
Putera puteri SMKTM terus maju

SMKTM sekolah kebanggaan kita
Menjadi sekolah tercinta
Gigih cekal berjuang pasti jaya
Kecemerlangan menjadi visi kita

Ayuhlah wahai rakan semua
Bersatu teguhkan perjuangan kita
SMKTM jadikan gedung ilmu

SMKTM terus maju jaya

Pencapaian Sekolah sunting

Pencapaian Kurikulum 2015, 2016 & 2017 sunting

Pencapaian Keputusan SPM sunting

  SPM 2014 SPM 2015 SPM 2016 SASARAN SPM 2017
Bil. Calon 143 162 203 209
PERATUS LULUS 97.90% 95.68 94.50% 97.6%
GPS 4.33 4 39 4.69 4.42
BIL CEMERLANG 2 5 0 3
% CEMERLANG

(SEMUA A)

1.40 % 3.09% 0% 1.44%

Senarai Nama Pelajar Cemerlang SPM sunting

SPM 2014 SPM 2015 SPM 2016
NAMA PENCAPAIAN NAMA PENCAPAIAN NAMA PENCAPAIAN
MUHAMMAD HAKIM BIN ILIAS 9A HAFIZA BT HASNAN  3A+ 4A 3A- NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD KARIM 8A1B
MUHAMMAD SAFWAN BIN ABU BAKAR 9A  NUR ATHIRAH BT AMIRUDIN  7A+ 1A 2A- SITI NURHASANAH BINTI MOHD FUZI 7A3B
     AMIRAH NAFISAH BT MOHD ALI  3A+ 3A 3A- AHMAD IBRAHIM BIN MOHD RADZI 7A2B
     FATIN HANANI BT MEOR AZMAN  4A+ 4A 1A- NUR ADILLAH BINTI ISMAIL 7A2B
NOORAZIRA BT AZIR 2A+ 4A 3A-

Pencapaian Keputusan PT3 sunting

PT3 2014 2015 2016 SASARAN 2017
Bil. Calon 241 244 232 228
PERATUS LULUS 55.2% 67.2% 69 0% 74.0%
GPS 2.97 2.38 2.52 2.20
% CEMERLANG

(SEMUA A)

0.41 0.82 0 5.82
BIL CEMERLANG 1 2 0 13

Senarai Pelajar Cemerlang PT3 sunting

PT3 2014 PT3 2015 PT3 2016
NAMA PENCAPAIAN NAMA PENCAPAIAN NAMA PENCAPAIAN
SITI NURHASANAH BINTI MOHD FUZI 10A SITI SARAH AQILAH BT HISHAMMUDIN 10 A HUDA NADHIRAH BINTI ZULKEFLI 9A
ALIFF AMMAR BIN AZIAN 9A NUR FARHANIS  BT HASSAN 10 A IRFFAN BIN NIZAM 9A
NURIN MAISYARAH BINTI AZAHAL 9A     NUR AINA BINTI MUHAMAD RIZAL 9A
        SITI NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHIM 9A

Program Kecemerlangan sunting

Bil Program
1 Program Kecemerlangan Ting 3 dan Ting. 5
2 Kelas Bimbingan Ting 3 dan 5
3 Program Gilapan Emas PT3
4 Program Pelita Bahasa dan Celik Sejarah
5 Program BERLIAN ( Pelajar Cemerlang PT3)
6 Program Mentor Mentee (Pelajar Cemerlang SPM) 
7 Program Gegar Cemerlang (Tuisyen Khas Asrama)
8 Program Temu Mesra
9 Program Sarana PIBG & Aku Janji PT3 dan SPM


Pencapaian Unit Kokurikulum 2016 & 2017 sunting

  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2008
  • Tempat ke-11 Pertandingan F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Johan Pertandingan F1 In Schools Peringkat Zon Selatan 2007
  • Tempat ke-9 Pertandingan Rimup F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Saguhati Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Negeri 2006
  • Saguhati Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Daerah 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Daerah 2006
  • Tempat ke-4 Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2005
  • Johan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Negeri 2005
  • Johan Pusat Sumber Cemerlang - SMK Bandar Peringkat Negeri 2005
  • Naib Johan Bengkel ERT Peringkat Negeri 2005
  • Tempat ke-3 Makmal Sains Tulen Peringkat Negeri 2005
  • Johan pertandingan bola baling peringkat Negeri Melaka 2012
  • Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Melaka
  • Naib Johan Pertandingan Bola Tampar (lelaki) Peringkat Negeri 2015
  • Tempat ke-3 Bola tampar perempuan peringkat Negeri 2015
  • Johan pertandingan Paintball perempuan peringkat Negeri dan Naib Johan peringkat kebangsaan 2015
  • Tempat ke- 3 Pertandingan Sajak Bahasa Melayu peringkat Negeri 2015
  • Tempat ke- 3 Pertandingan Pidato Bahasa Melayu peringkat Negeri 2015
  • Penyertaan pelajar F1 in School Peringkat Zon Selatan 2015
  • Johan Keseluruhan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Kawad kaki Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Sentap (perempuan) Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2015
  • Johan Pertandingan Bola Tampar P18 Peringkat Negeri 2016
  • Johan Kejohanan Sepak Takraw SPTS Champion School 2016
  • Tempat ke-3 Sepak Takraw B15 Peringkat Kebangsaan 2016
  • Naib Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Negeri 2016
  • Naib Johan Sentap Perempuan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri
  • Johan Pertandingan Bola Jaring 3 on 3 Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1M1S Peringkat Negeri 2016
  • Naib Johan Pertandingan Cookingthon Anjuran PPIM Negeri Melaka 2016
  • Wakil negeri Melaka dan Negara ke Pertandingan Ragbi 2016
  • Johan pertandingan bilik sumber PPDa peringkat negeri tahun 2012,2013 dan 2015.
  • Tempat kelima pertandingan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun 2012.
  • Saguhati pertandingan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun 2012.
  • Lima bintang penarafan bilik sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun 2015.
  • Anugerah kepimpinan bilik sumber PPDa terbaik sekolah menengah JPN tahun 2015(Tuan Hj Yusof bin Othman-mantan pengetua)
  • Anugerah guru PPDa kreatif sekolah menengah JPN tahun 2015( Puan Dzairin Hazida binti mohd Dawang)
  • Mengadakan pameran sempenan perkongsian amalan terbaik PIBK dalam pembangunan akademik dan pembangunan sahsiah peringkat negeri Melaka tahun 2017.


Pencapaian Sukan dan Permainan 2017 sunting

NAMA PASUKAN / PELAJAR PERINGKAT KAWASAN PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
Bola Tampar

(Perempuan B18)

Naib Johan Penyertaan L18

(2 orang)

Olahraga & Balapan 2 Emas, 2 Perak,

1 Gangsa

Penyertaan

(2 orang)

Ragbi B17 Naib Johan

Kategori Plate

Penyertaan

(2 orang)

Ragbi B13 Johan Kategori Plate

(2 orang)

Bola Baling Penyertaan

(3 orang)

Pencapaian Unit Beruniform 2017 sunting

NAMA PASUKAN / PELAJAR PERINGKAT NEGERI
Kadet Bomba & Penyelamat 2 Koperal

2 Sarjan

Pertandingan Silat Seni 2 Perak

1 Gangsa

Pertandingan Silat Olahraga 5 Penjuru 4 Emas

2 Perak

Kadet Bomba & Penyelamat 4 Koperal
Kadet Remaja Sekolah Naib Johan Ikhtiar Hidup

Ketiga Orienteering

Ketiga Persembahan Kreatif

Pencapaian Koakedemik sunting

NAMA PASUKAN / PELAJAR PERINGKAT NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN
Pertandingan Melukis & Mewarna Karnival Pendidikan Keempat
Pertandingan Puisi & Lagu Ketiga

Deklamator Terbaik

Raptor Watch Penyertaan
Pertandingan Bicara Berirama Keempat
Pertandingan Sketsa Rukun Negara Saguhati
Program Biodiversiti Jabatan Perhilitan Penyertaan

(1 orang)

Visi dan misi sekolah sunting

Visi: SMK Telok Mas ialah sebuah sekolah berasrama terbaik di Melaka dan berpotensi mencapai keputusan cemerlang, sekaligus menarik minat dan keyakinan masyarakat setempat. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas menjadi sebuah sekolah yang ideal di negeri Melaka menjelang tahun 2015.

Misi: SMK Telok Mas berhasrat untuk menghasilkan pelajar berkualiti dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah terpuji, di samping menghasilkan jaguh sukan di peringkat zon mahupun negeri. Demi merealisasikan Visi, kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas akan:

  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  • Mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Galeri Warisan Sejarah sunting

Hiasan dalaman Bilik Warisan 2002 sehingga 2016 sunting

Sejarah Bilik Warisan ini telah dicetuskan oleh Datin Norliah Adam selaku pengetua SMK Telok Mas yang ketiga pada tahun 2006. Bilik ini dibina atas usaha Pn Shamsiah Bt Yusoff selaku guru media pusat sumber sekolah. Hal ini kerana bilik warisan dijadikan salah satu rangkaian pusat sumber sekolah. Pada asalnya bilik ini memuatkan sejarah tentang pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Termasuklah senarai dan gambar pelajar - pelajar cemerlang dalam SPM dan PMR. Begitu juga biodata pengetua-pengetua yang terdahulu ditempatkan di bilik ini. 
Tidak ketinggalan juga gambar guru yang telah mencapai kecemerlangan dan yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ditempatkan di bilik ini. Segala aktiviti pelajàr dan kejayaan sekolah berbentuk sijil atau pingat ditempatkan di sini. Di bilik ini juga menyediakan album mengikut panitia. Semua pantia juga terlibat secara langsung mengumpulkan gambar aktiviti mèreka dalam album. Gambar guru mengikut tahun juga terdapat di sini. Malah tidak ketinggalan juga kami mengumpulkan gambar dan maklumat bekas-bekas pelajar yang berjaya selepas meninggalkan SMK Telok Mas seperti menjadi jurutera, doktor, dan sebagainya sebagai bukti kemenjadian pelajar.  Malahan dengan adanya bilik ini banyak membantu pelajar terutamanya pelajar tingkatan 3 dalam membuat folio sejarah. 
Selain itu dengan terbinanya bilik warisan ini secara tidak langsung memberi impak kepada kejayaan Pusat Sumber Sekolah. Hal ini terbukti SMKTM telah menjadi  Johan PSS  Peringkat Negeri Melaka mulai tahun 2003,2004,2005,2006,2007 dan 2008 serta pada tahun 2006 telah mewakili Melaka dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah cemerlang peringkat kebangsaan.  Pada tahun 2016 dan 2017 bilik warisan ini diambil alih oleh panitia sejarah di bawah penyeliaan Puan Nurul Atiqah Bt Bani pada tahun 2016. Seterusnya diambil alih oleh Cik Nurkhairani binti Mohd Kalip pada tahun 2017. 
Atas inisiatif pengetua iaitu Pn.Hjh.Kamariah Binti Othman bilik warisan ini telah berjaya dimurnikan semula di bawah  pengelolaan Cik Nurkairaini Bt Mohd Kalip. Proses mengemaskini bilik ini disegerakan kerana bilik ini akan dihakimi untuk Galeri Warisan Sekolah dalam Wikipedia. SMK Telok Mas antara lima buah sekolah di negeri Melaka yang berjaya masuk ke peringkat akhir pertandingan Bilik Warisan dan Galeri Kategori Sekolah Menengah.   

Oleh: Pn. Maimun Manan, [٢١.١٠.١٧ ١٤:٤٤]

Ahli Jawatankuasa Bilik Warisan 2017 sunting

PENGERUSI PN. HJH. KAMARIAH BINTI OTHMAN

(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI 1  PN. DARMA TAKSIAH BINTI KAMARUDDIN

(PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2   TN. HJ. ZULKEFLI BIN SALLEH

(PK HEM)

NAIB PENGERUSI 3   PN. SITI SALWA BINTI AB. AZIZ

(PK KOKURIKULUM)

PENYELARAS   PN. HJH. AZIZAH BINTI IBRAHIM

(GKMP BIDANG KEMANUSIAAN)

SETIAUSAHA   PN. HJH. MAIMUN BINTI MANAN

(KETUA PANITIA SEJARAH)

NAIB SETIAUSAHA   CIK NURKHAIRANI BINTI MOHD KALIP

(GURU SEJARAH)

AJK KECERIAAN   EN. AZMADI BIN IBRAHIM

 EN. AZRI AFIFI BIN MD. DIN

AJK SUSUN ATUR   PN. SITI MARIYAM BINTI ISMAIL

CIK SAHIDATUL AMIRA BINTI MOHD SAARI

AJK DATA DAN MAKLUMAT PN. HJH. HABIBAH BINTI BAKRI

PN. WAN ZUREAINA BINTI WAN ABDUL AZIZ

AJK WIKIPEDIA   PN. NOORDIANA BINTI IBRAHIM

PN. NURUL ATIKA BINTI BANI

AJK ICT   EN. NAHAR BIN AHMAD

PN. SITI AISYAH BINTI BAKAR

=== Hiasan dalaman bilik warisan 2017 ===     

Pada bulan Oktober 2017 Bilik warisan Sekolah Menengah kebangsaan telok Mas telah mengalami pengubahsuaian. Hal ini berikutan maklumat yang sedia ada adalah dari tahun 2002-2008 sahaja.namun begitu atas usaha tuan pengetua Hajah Kamariah bt Othman untuk mengembalikan nostalgia bilik warisan ini telah dikemaskini oleh barisan AJK guru dan pelajar yang telah dilantik. Hasil usaha semua kakitangan sekolah mencari maklumat dan menatarias bilik ini telah menimbulkan minat pelajar untuk mengetahui sejarah SMK Telok Mas. Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.

 
basikal tua malay tradition
 
lobi galeri
 
clothing malay tradition
 
sireh junjung
 
sireh junjung
 
sudut buletin info
 
ruang seni kreatif in loby
 
sudut buletin info
===Kandungan Galeri===
  • (1) Sejarah Sekolah
  • (2) Barisan Kepimpinan
  • (3) Pencapaian Sekolah
  • (4) Kenangan Indah sekolah
  • (5) Gambar-gambar mantan pengetua hingga kini
  • (6) Majalah dan album sekolah
  • (7) Trofi kecemerlangan
  • (8) Barang warisan Melayu
== Penceritaan Bahan Warisan ==  
     
Artifak Gambar Video Penerangan
Labu Sayong https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Labu_labu_sayung.jpg

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar

Demonstrasi pembuatan labu Sayong

https://www.youtube.com/watch?v=jnImAvlR0Jc

Bakul Sarawak https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/84/Bakul_sarawak.jpg

https://commons.wikimedia.org/wiki/File%3ABakul_sarawak.jpg

Pembuatan Bakul Sarawak

https://www.youtube.com/watch?v=kumW6dL7gh8

Tepak Sireh https://commons.wikimedia.org/wiki/File%3ATepak_sireh.jpg

Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan.

Penerangan tepak sireh

https://www.youtube.com/watch?v=Z1vzvQS-pdQ http://www.pnm.gov.my/sirihpinang/sp-tepak%20sirih%201.htm

Tampi https://commons.wikimedia.org/wiki/File%3ANyiru_tampi.jpg

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang. Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga. Nyiru bentuk bujur diperbuat daripada kulit buluh dan digunakan oleh petani untuk menampi padi, iaitu mengasingkan padi daripada hampa. Proses ini dikenali juga sebagai mengangin padi. Melalui kaedah ini, padi diletakkan di dalam nyiru dan ditampi mengikut arah angin. Dengan cara ini, hampa akan jatuh ke tanah atau terbang ditiup angin. Hasilnya, hanya padi yang tinggal di dalam nyiru. Kegunaan lain ialah sebagai bekas tampi padi atau beras, juga sebagai tempat untuk menjemur ikan. Nyiru juga digunakan untuk membersihkan antah daripada beras sebelum ditanak. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mengasingkan beras dan antah, menjemur bahan makanan seperti pisang, kerepek ubi, tepung, gula yang telah ditumbuk.

Penggunaan Tampi

https://www.youtube.com/watch?v=D-NhMmB_7BM



== Sambutan Hari Guru 2017 ==

Sambutan Hari Guru Sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu SMKTM pada 16 Mei 2017. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh para pelajar Tingkatan Lima yang terdiri daripada pelajar 5 Alpha, 5 Beta, 5 Delta, 5 Gamma, 5 Omega, 5 Sigma, 5 Theta, seramai 81 orang guru telah terlibat dalam program ini. Pada tahun 2017, tema Kesultanan Melayu Melaka telah dipilih bagi memeriahkan lagi majlis. Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti lari dalam guni, bola jaring dan rebut kerusi. Program ini telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.



sedutan persembahan sambutan Hari guru 2016 https://www.youtube.com/watch?v=X90m7W47WbE&t=461s

Majlis Perasmian Bulan Patriotik 2017 sunting

Majlis ini telah diadakan pada 2 September 2017. Ia telah Dirasmikan oleh : Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Aziz Bin Ujang Pengurus Besar, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) Cawangan Melaka, kesemua pelajar dihimpunkan di perkarangan kantin sekolah bagi menyaksikan persembahan pelajar seperti koir dan lakonan kemerdekaan.

 
Majlis Perasmian Bulan Patriotik 2017Dirasmikan oleh :Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Aziz Bin UjangPengurus Besar, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) Cawangan Melaka
 
Persembahan pelajar lakonan Perjanjian British dan Tunku Abdul Rahman
 
lakonan pelajar
 
laungan 7 kali kemerdekaan
 
laungan merdeka dari pelajar
 
persembahan koir pelajar 2 KAA

Maklumat sekolah sunting

=== Alamat surat menyurat ===  

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas KM 9, Telok Mas 75450 Melaka Kod Sekolah: MEA 2098

 === No. telefon/faksimili ===

Templat:Sekolah di Melaka === === ===