Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau nama ringkasnya SMK Tumpat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelaboran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Lokasi
 Malaysia Jalan Kelaboran, 16200, Tumpat,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1957
Nombor sekolah6097257251
Kod sekolahDEE6362
PengetuaTn Hj Mohd Naim@Zuki Bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Bukhari Bin Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Mohd Nazeli Bin Mohd Nawi
Penolong Kanan KokurikulumEn Hashim Bin Che Mohamad
Faks6097254685
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat memiliki 727 pelajar lelaki dan 972 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1699 orang. Ia mempunyai seramai 133 orang guru.2009

Pada tahun 2013,Pengetua baru telah diperkenalkan di SMK Tumpat yang bernama Tuan HJ. Wan Ali b. Mamat.Pada tahun 2014,pasukan bicara berirama sekolah ini telah mendapat tempat pertama peringkat kebangsaan ,tempat pertama dalam conductor terbaik dan tempat pertama dalam skrip terbaik.Pencapaian PT3 2016 sekolah ini telah meningkat dari tahun 2015 iaitu seramai 11 orang pelajar mendapat 11A's .Selain itu , seramai 45 pelajar PT3 2016 telah mendapat keputusan 8A's keatas.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tumpat terletak di Kelaburan, Tumpat, Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan Hospital Daerah Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat adalah nama baru bagi Government English School Tumpat (GEST). Sekolah ini diwujudkan pada tahun 1957, bagi menampung murid-murid Special Malay Class yang telah pun bermula sejak tahun 1954 lagi. Sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah sekolah aliran Inggeris didirikan di setiap daerah. Sekolah-sekolah inilah kemudiannya menjadi asas kepada tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Kelantan.

Kesedaran awal masyarakat terutama di kalangan pemimpin dan warga bukan Melayu telah mempercepatkan penubuhan sekolah ini. Desakan yang dibuat kepada kerajaan pada masa itu akhirnya dipersetujui dan akhirnya lahirlah sebuah sekolah. Berdasarkan sumber-sumber pemimpin setempat dan kandungan majalah tahunan Laksamana, penubuhan GEST adalah atas inisiatif En Mohd Zin Awang bersama-sama pemimpin-pemimpin etnik di sekitar Tumpat. Boleh dikatakan kaum Cina, India, Siam selain majoriti Melayu adalah murid yang belajar di sini pada peringkat awal.

Pada peringkat awal penubuhan SMK Tumpat, murid-muridnya terdiri daripada peringkat rendah dan menengah yang ditempatkan di sebuah bangunan sahaja. Pada peringkat awal ini, guru-guru besarnya iaitu En Mohd Zin Awang (1954), En Sandanassamy (1955),En Benedict Fair (1957), En Megat Hussin (1958),dan En Yeo Gim Hoe (1959-1960) terpaksa mentadbir sesi persekolahan pagi bagi sekolah menengah dan sesi persekolahan petang bagi sekolah rendah.

Sistem sekolah gabungan ini berakhir pada 1 Januari 1961 apabila En K. Ragavan dilantik menjadi guru besar sekolah menengah sesi pagi dan En Khow Mang Hue selaku guru besar sekolah rendah pada sesi petang. Dengan pelantikan ini, En K. Ragavan adalah guru besar pertama dan pengasas generasi kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Jalan Kelaboran
16200, Tumpat
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097257251
Fax = 6097254685

Pautan luar sunting

  • Facebook SMK Tumpat
  • Laman web yang mengumpulkan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Tumpat
  • Laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Tumpat: http://www.smktumpat.com/
  • "Secondary Schools in Kelantan, Malaysia - Sekolah Menengah di Kelantan, Malaysia". JADN Repository. Dicapai pada 2008-11-27. Unknown parameter |tahun= ignored (bantuan)
  • Laman group Bekas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tumpat 1986