Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay

Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay atau nama ringkasnya SMK Wallace Bay, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di utara Pulau Sebatik dengan alamat Peti Surat 61014.

Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay
Lokasi
Peti Surat 61014, 91020, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089926071
Kod sekolahXFE3059
Faks6089760071


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay memiliki 139 pelajar lelaki dan 151 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 290 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Wallace Bay pada awalnya dikenali sebagai SM Wallace Bay yang dibuka pada 4 Februari 1974 di Pulau Sebatik dalam residensi Tawau.  Sekolah ini telah dirasmikan pada 10 Februari 1974 oleh YB Mohd Kassim Kamidin, Ahli Dewan Undangan Negeri.   Pentadbiran sekolah  dijalankan secara gabungan bersama Sekolah Rendah Ladang Wallace Bay dan diberi nama Sekolah Gabungan Wallace Bay dengan seorang Pengetua iaitu Encik Stephen Leong Kai Ming.

Pengambilan pertama seramai 103 orang murid tingkatan 1. Terdapat dua aliran iaitu 72 orang aliran Inggeris dan 31 orang aliran Melayu. Kemudahan asas seperti rumah guru dan bekalan elektrik telah dibekalkan secara percuma oleh pihak North Borneo Timber (NBT) sehingga tahun 1985.

Pada 27 September 1993 tapak sekolah telah dipindahkan ke Kampung Mentadak Baru,  Pulau Sebatik.  Bekalan elektrik diperolehi daripada sumber jana kuasa sendiri dan Lembaga Letrik Sabah (waktu petang hingga malam).  Pada 6 Mei 1994, SM Wallace Bay ditukarkan nama menjadi SMK Wallace Bay yang dikenali sehingga ke hari ini.  Pengambilan murid tingkatan 4 bermula pada Mei 1996.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay
Peti Surat 61014
91020, Tawau
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6089926071
Fax = 6089760071

Pautan luar sunting