Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Selangor

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Ulu Yam, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools.

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
سكوله منڠه ساءين س هولو سلاڠور
Logo Semahsur
Alamat
 Malaysia Hulu Yam Bharu
44300 Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh
Sekolah berprestasi tinggi
MotoUsaha Amal Bakti
Nombor sekolah+60360753838
Kod sekolahBEA5067
Pengerusi PIBGMohd Ruzi bin Sedari
PengetuaZAILI AZMI BIN MUSTAFA ALFANDI
GPK Pentadbiran dan AkademikMASODIAH BINTI MAHFODZ
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMOHD FAUZI BIN ABDUL MUTALIB
Penolong Kanan KokurikulumRUSLI BIN MUSTAPHA
Faks+60360751416
Laman sesawang
"SEDERAP SELANGKAH MENUJU KECEMERLANGAN"
Map


Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1]. Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.

SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.

Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sejarah sunting

16 Jun 2000 - Pembukaan rasmi SEMASHUR

20 Jun 2000 - Barisan guru-guru perintis melapor diri iaitu Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan 23 orang guru.

21 Julai 2000 - 180 pelajar Tingkatan 1 diterima masuk SEMASHUR.

Februari 2001 - Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 4.

April 2009 - Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kebitaraan Ragbi, Matematik dan Unit Uniform.

April 2012 - Perasmian monumen F1 in Schools oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes.

Disember 2012 - Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dengan kebitaraan Ragbi dan Inovasi Sains

Misi, Visi dan Moto sunting

VISI sunting

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang unggul di persada antarabangsa

MISI sunting

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai wadah melahirkan warganegara yang terbilang melalui pengurusan sekolah yang berkualiti berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

MOTO sunting

"Usaha Amal Bakti""

LOGO SEKOLAH sunting

KUNING : melambangkan tuaian yang pelajar SEMASHUR akan peroleh

MERAH  : melambangkan kecekalan, keberanian, dinamik dan berjiwa besar

PUTIH  : melambangkan kesucian, ketakwaan dan keimanan

BIRU  : melambangkan perpaduan dan permuafakatan di kalangan pelajar SEMASHUR

Moto rasmi SEMASHUR "USAHA, AMAL, BAKTI"

11 roda bergerigi melambangkan keseluruhan 5 rukun Islam dan 6 daripada Iman

Lengkungan berbentuk ‘U’ di bahagian bawah logo menggambarkan lokasi SEMASHUR di salah sebuah kawasan peranginan iaitu Ulu Yam

Imej buku yang terbuka atau juga seperti tangan terngadah di bawah bulatan membawa maksud bahawa ilmu pengetahuan dan usaha yang bersungguh-sungguh di samping tawakal akhirnya akan membuah kejayaan.

Senarai Pengetua sunting

Bil. Tempoh Nama Pengetua
1. 2000-2001 Tuan Haji Zahid bin Daros
2. 2001-2003 Tuan Haji Abu Bakar bin Ibrahim
3. 2003-2009 Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim
4. 2009-2011 Tuan Haji Rafiei bin Mustapha
5. 2012-2013 Puan Hajah Siti Rogayah binti Yahya
6. 2014-2021 Encik Hasan Abrar bin Hj Halidi
7. 2021-2023 Puan Hajah Radziah Binti Mohd Din
8. 2023-kini Encik Zaili Azmi bin Mustafa AlFandi

Senarai Pentadbir Semasa sunting

Bil. Nama Jawatan
1. Encik Zaili Azmi bin Mustafa AlFandi Pengetua
2. Puan Masodiah Binti Mahfodz Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mohd Fauzi Bin Abdul Mutalib Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Mohd Rusli Bin Mustapha Penolong Kanan Kokurikulum
5. Puan Zanariah Binti Ahmad GKMP Bahasa
6. Puan Sazlina Binti Zakaria GKMP Teknik & Vokasional
7. Puan Roslyndawati Binti Kamaludin GKMP Sains & Matematik
8. Puan Zaharah Binti Mohd Soud GKMP Kemanusiaan

Badan-Badan Kepimpinan Sekolah sunting

Bil. Jawatan
1. Lembaga Pengawas
2. Semashur Islamic Society (SIS)
3. Pengawas Pusat Sumber (PPS)
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
5. Briged Bestari
6. Lembaga Koperasi

Badan Beruniform sunting

Bil. Unit Beruniform
1. Bulan Sabit Merah Malaysia
2. Persekutuan Pengakap Malaysia
3. Kadet Remaja Sekolah Malaysia
4. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
5. Kor Kadet Polis
6. Kadet Bomba Dan Penyelamat
7. Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan

Rumah Sukan sunting

Warna Lambang Rumah
Merah Phoenix Al-Battani
Biru Serigala Al-Farabi
Hijau Jerung Ar-Razi
Kuning Naga Al-Biruni
Ungu Unicorn Al-Khindi

Kelas sunting

Bil. Nama
1. Amal
2. Bakti
3. Ehsan
4. Iman
5. Jujur

Lagu Sekolah sunting

Alam Nan Indah Memukau Mata
Air Mengalir Jernih Ke Muara
Disitulah Sekolahku Tercinta
SEMASHUR Seindah Nama

Kaulah Pelita Penyuluh Hidup
Menabur Bakti Untuk Pertiwi
Ku Julang Namamu Seharum Kasturi
Semoga Allah Memberkati

SEMASHUR Akan Teguh Berdiri
Berteras Panji Keimanan Yang Murni
Falsafah Pendidikan Dikelek Rapi
Melahirkan Generasi Tahan Diuji

Ayuhlah Berjuang Putera Dan Puteri
Kerahkan Segala Potensi Diri
Capai Kecemerlangan Sehingga Jaya
Untuk SEMASHUR Tercinta (3x)

Pencapaian PMR sunting

Tahun Bil. Calon Bil. Calon Semua A Peratus Calon Semua A Gred Purata Sekolah
2002 183 118 65.03 1.07
2003 144 113 78.47 1.04
2004 153 83 54.25 1.09
2005 151 120 79.47 1.04
2006 150 118 78.70 1.05
2007 154 114 74.02 1.06
2008 153 134 87.58 1.02
2009 146 121 82.90 1.02
2010 146 132 90.41 1.01
2011 161 155 96.27 1.01
2012 157 136 86.63 1.02
2013 147 121 82.31 1.03

Mulai 2014, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun PMR dijalankan, SEMASHUR telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kalangan sekolah berasrama penuh pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012.

Pencapaian SPM sunting

Tahun Bil. Calon Bil. Calon Semua A+/1A Peratus Calon Semua A+/1A Bil. Calon Semua A * Peratus Calon Semua A * Gred Purata Sekolah
2002 145 5 3.40 30 21.70 1.98
2003 125 10 8.00 38 30.40 1.74
2004 179 2 1.10 16 8.94 2.18
2005 150 8 5.30 26 17.33 2.09
2006 172 5 2.90 38 22.09 2.19
2007 146 0 0.00 12 8.22 2.29
2008 168 8 4.80 41 24.40 2.01
2009 (sistem penggredan baru bermula) 147 3 2.00 45 30.61 1.54
2010 179 6 3.40 55 30.70 1.69
2011 160 1 0.60 48 30.00 1.73
2012 187 5 3.00 64 34.22 1.54
2013 164 0 0.00 56 34.15 1.40
2014 170 3 1.76 54 31.76 1.58
2015 152 keputusan pada 3 Mac 2016 keputusan pada 3 Mac 2016 keputusan pada 3 Mac 2016 keputusan pada 3 Mac 2016 keputusan pada 3 Mac 2016
  • tidak termasuk calon Semua A+/1A

Pencapaian terbaik SEMASHUR dalam SPM adalah pada tahun 2002 di mana pada tahun pertama SPM dijalankan, SEMASHUR menjadi sekolah kedua terbaik dalam kalangan SBP.

Pada tahun 2014, SEMASHUR melakar sejarah di peringkat kebangsaan apabila buat julung kalinya seorang pelajar SEMASHUR, saudari Nur Nabila Nasharudin berjaya mendapat tempat 20 terbaik SPM di Malaysia.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Hulu Yam Bharu,
44300 Batang Kali,
Selangor, Malaysia
Telefon - +60360753838
Fax - +60360751416

Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Pautan luar sunting