Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) sunting

Lencana SERATAS

Lencana SERATAS

Alamat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon 605-8083020
Faksimili 605-8062576
Laman Web www.seratas.edu.my
Alamat Emel seratas6050@yahoo.com
Klasifikasi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan

Sekolah Berprestasi Tinggi ,Sekolah Kluster Kecemerlangan

Moto Berdisiplin, Berilmu, Berbakti
Kod Sekolah AEA6050
Pengetua Encik Wan Shaiful Akma Bin Muhammad Idris
Penolong Kanan Akademik Puan Hasmyza Binti Abdul Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Salwana binti Ahmad Suhaimi
Penolong Kanan Kokurikulum En Yusri bin Arshad
Tahun dirasmikan 1 Januari 1982
Rumah sukan Garuda, Rajawali, Helang, Enggang

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, disingkatkan sebagai SERATAS, merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak kira-kira 3 kilometer (1.9 batu) dari bandar Taiping di Perak, Malaysia. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar (21.0 hektar) dan terletak di kaki Bukit Larut. Sekolah ini diasaskan pada 1 Januari 1982 dan dirasmikan pada 3 Oktober 1983 oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Dengan mengekalkan kecemerlangan di dalam bidang Akademik dan Kokurikulum, SERATAS telah diiktiraf sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI pada 18 September 2013. [perlu rujukan]

Sejarah Awal sunting

Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak. Ia juga pernah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Taiping (disingkatkan sebagai SEMESTA). Pada 21 Februari 1987 nama sekolah ini secara rasmi ditukar kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah (justeru singkatan 'SERATAS') oleh DYMM Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Pengambilan pertama pelajar merangkumi enam buah kelas bagi Tingkatan 1, enam kelas bagi Tingkatan 4 dan empat kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Pada 11 Jun 1984 sekolah ini juga mula menyediakan kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia dengan pengambilan pelajar seramai 144 orang.

Pada masa ini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan kemasukan pelajar hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1. Pengambilan pelajar bagi Tingkatan 4 kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2015 dan dilaksanakan semula pada tahun 2018.

Kelas-kelas dinamakan sempena nama planet iaitu Kejora, Suria, Zuhrah dan Utarid

Sambutan Jubli Perak sunting

Pada 18 Ogos 2007, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Sehubungan itu, pihak sekolah telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Jubli Perak SERATAS yang bertempat di Dewan Besar SERATAS. Majlis itu telah dihadiri oleh Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Mohd Tajol Rosli dan Sultan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah, serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Majlis itu untuk memperingati perjalanan sekolah selama sesuku abad di samping memberikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya pada tahun 2006. Turut telah menghadiri acara tersebut ialah bekas pelajar atau alumni sekolah yang telah lama ditubuhkan untuk kebajikan bekas pelajar SERATAS.

Lencana sunting

 
Lencana SERATAS
  • Kereta api – Landasan kereta api pertama dibina di Malaysia adalah di Taiping, Bandar di mana terletaknya sekolah ini.
  • Tabung uji, bikar dan gear – Sains dan teknologi ialah asas sistem pendidikan di Seratas.
  • Buku – Buku yang terbuka menunjukkan idea bahawa pendidikan itu ialah satu proses yang berterusan.
  • Cincin – Semangat kesukanan dan setia kawan tertanam dalam jiwa warga Seratas.
  • Warna
Kuning — melambangkan kesetiaan pada raja sebagai sifat utama negara kita
Biru — melambangkan harmoni
Hitam — melambangkan ketegasan
  • Cogan kata

"Berdisiplin, Berilmu, Berbakti"

Lagu sekolah sunting

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolahku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara
Berdisplin, Berilmu, Berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar dan berusaha
Itulah pegangan kami
Kepadamu oh tuhanku
Penuhi hasrat yang satu
Megah maju sekolah ini
Gagah berdiri kekal abadi
Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolahku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara

Sekolahku Yang Tercinta

Masalah mendengar fail? Lihat bantuan audio.

Kemudahan dan Kelengkapan sunting

Kemudahan Asas sunting

Bangunan Pembelajaran dan Pentadbiran

Sekolah ini mempunyai 3 blok utama yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains dan bahasa, makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, pusat sumber, bilik darjah, dan tandas. Blok X, Y dan Z ini mempunyai 3 tingkat dan penghubung dari satu blok ke blok yang lain.

Terdapat juga bangunan kejuruteraan yang terdiri daripada studio AutoCAD dan bengkel bagi pelajar aliran sains dan teknik mempelajari mata pelajaran kejuruteraan. Terdapat juga blok bagi bengkel kemahiran hidup bagi pelajar menengah rendah mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Asrama

SERATAS ialah sebuah sekolah berasrama penuh iaitu pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 7 blok asrama iaitu 4 blok asrama lelaki dan 3 blok asrama perempuan. Blok tersebut dinamakan Blok A, B, C dan D bagi lelaki dan Blok E, F dan G bagi perempuan. Blok-blok ini pernah dinamakan sempena nama tokoh islam seperti Ibnu Sina dan Siti Aisyah. Kini, asrama dibahagikan mengikut empat rumah sukan iaitu rumah Rajawali (Biru), Enggang (Hijau),Helang (Kuning), dan Garuda (Merah).

Asrama ini boleh menempatkan 750 orang pelajar dan 6 unit keluarga bagi warden. Terdapat juga bilik rekreasi, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.

Dewan Makan dan Kantin

Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki dan perempuan yang mengadap ke Astroturf dan membelakangkan kaki bukit larut. Dewan makan akan digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan makan lewat malam bagi hari persekolahan dan bagi waktu cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung palajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi.

Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan dewan besar.

Dewan Besar

Dewan Besar SERATAS menjadi kegunaan rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan atau maulud nabi), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PT3 dan SPM). Dewan ini mampu menempatkan 800 pelajar bersama guru dan kakitangan pada satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.

Masjid

Masjid As-Syakirin SERATAS ialah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Masjid ini dibina pada 19 April 1989. Terdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di masjid seperti marhaban dan tilawah al-Quran. Bahagian belakang luar masjid turut digunakan bagi aktiviti memasak dan korban.

Kemudahan Lain sunting

Pusat Sumber

Pusat Sumber menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Terdapat lebih daripada 27,000 buah buku didapati di situ untuk kegunaan pengunjung. Terdapat juga koleksi pita video dan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru. Selain pusat sumber, terdapat juga bilik seminar dan bilik audio visual (pandang dengar) yang menjadi sebahagian daripada kemudahan Pusat Sumber tersebut.

Makmal Komputer Bestari

Pusat ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.

Makmal Bahasa

Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Makmal bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.


Studio Muzik Wind Orchestra

Studio ini digunakan untuk kegiatan ko-kurikulum para pelajar yang menyertai pasukan Wind Orchestra SERATAS iaitu ‘SERATAS ROYAL RHAPSODY’ dan telah ditubuhkan sekitar tahun 1997. Pasukan ini telah mencipta banyak kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa . Pelbagai pencapaian yang mereka raih seperti Gold with Honour dalam Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2019 dan banyak lagi. Studio ini terletak bersebelahan dengan koperasi sekolah.

Koperasi Sekolah

Koperasi ini dibuka pada 18 April 1984 dan menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong.

Semua pelajar ialah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Kemudahan Sukan

SERATAS turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti Astroturf, gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).

Pengangkutan

Pengangkutan disediakan di sekolah ini iaitu sebuah bas mini dan 3 buah bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.

Tempat Tinggal Guru dan Pekerja

Sekolah ini turut menyediakan kuarters bagi guru dan pekerja untuk memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah. Sekolah ini juga menyediakan rumah bagi pengetua dan penolong kanan.

Pengetua sunting

  1. Tuan Haji Yahya bin Haji
  2. Tuan Haji Khairuddin bin Haji Arshad
  3. Tuan Haji Zainodin bin Haji Abdul Kadir
  4. Encik Dawa bin Abdullah
  5. Tuan Haji Halim bin Haji Abdul Aziz
  6. Tuan Haji Ahmad Arbi bin Hamzah
  7. Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hasan
  8. Encik Arif bin Ramli
  9. Tuan Haji Jamaludin bin Yusof
  10. Puan Rahimah bt Sura
  11. Puan Hajah Noriza bt Dato’ Sulaiman
  12. Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali
  13. Encik Asma Azmin Rashid bin Mohd Nawawi
  14. Encik Wan Shaiful Akma Bin Muhammad Idris



Peperiksaan Bahasa Antarabangsa sunting

Saban tahun, kebanyakkan pelajar akan menduduki peperiksaan bahasa Antarabangsa yang ditawarkan di sekolah ini seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Arab.

Bahasa Antarabangsa Nama Peperiksaan Tahun diambil
Bahasa Cina Peperiksaan Bahasa Cina SBP Tingkatan 4
Bahasa Jepun Sijil Pelajaran Malaysia Tingkatan 5
Bahasa Arab Peperiksaan Bahasa Arab SBP Tingkatan 4
Bahasa Perancis Diplome d'etudes en langue Francaise A1 Tingkatan 2
Bahasa Perancis Diplome d'etudes en langue Francaise A2 Bebas (tetapi mesti menduduki DELF A1 dahulu)
Bahasa Perancis Diplome d'etudes en langue Francaise B1 Bebas (tetapi mesti menduduki DELF A2 dahulu)

Sistem Rumah sunting

Sistem Rumah telah dibentuk dengan kewujudan empat buah rumah sukan yang diasaskan mengikut nama empat burung iaitu Helang (Kuning), Garuda (Merah), Rajawali (Biru) dam Enggang (Hijau). Keempat-empat buah rumah sukan ini bersaing antara satu sama lain dari tahun ke tahun sejak sekolah ini ditubuhkan.

Mulai 2014, Sistem Merit dan Dimerit diperkenalkan iaitu penambahan mata kepada rumah sukan yang memberi sumbangan atau seumpamanya dan penolakan markah sekiranya ahli rumah tersebut melanggar peraturan sekolah. Hal ini menyebabkan keempat-empat rumah sukan bersaing untuk merebut kejuaraan Master Awards yang diberikan kepada rumah sukan dengan mata tertinggi sepanjang tahun tersebut.

Pelbagai program Sistem Rumah mula diperkenalkan seperti Program Karnival Bakat Seratas (KarBS), Program Karnival Sukan Seratas (SukSes), Program Guru Muda, Duta Akademik Rumah (HearTS), Karnival Bahasa Antarabangsa dan SERATAS Got Talent (SGT)



Tokoh dan Alumni Pelajar sunting

  • Allahyarham Tambi Jiee - Jurutera SHELL, Penumpang MH17
  • Prof Dr Basyaruddin Abdul Rahman - Profesor, saintis dan ahli akademik kimia UPM
  • Dr Zulkarimah binti Zainudin - Doktor Perubatan
  • Datuk Ahmad Shalimin Shaffie - Setiausaha politik MB Perak
  • Datuk Azrulnizam Abdul Aziz - Bekas Pegawai Eksekutif Al Rajhi Banking & Investment Corp (M) Bhd
  • Prof Madya Dr Norfilza Mohd Mokhtar - Prof Madya, Doktor Perubatan, Timbalan Pengarah UKM Medical Molecular Biology Institute
  • Commander Hazrine Mohd Taib RMN
  • Dato' Ahmad Rizal Abdul Rahman - Ketua Pegawai Eksekutif SADC
  • Shankar Ramu - Pemain Hoki Malaysia
  • Azhar Ahmad - Pengasas bersama ArtCube Gallery, Pengarah Besar ArtCube Sdn Bhd
  • Muhammad Farid Nazer Muhammad Faruqu - Diterima masuk ke University of Cambridge dalam bidang biokmia.
  • Prof Dr Hilmi Mukhtar - Profesor Kejuruteraan Kimia, UTP
  • En Zulkifli Abdul Rashid (aka Dzarbas) - Kejuruteraan
  • Encik Hilme Hassan - Kejuruteraan
  • Dr Rozaimah Shafiei - Doktor gigi
  • Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)
  • Isaac Osman - Top YouTuber Malaysia
  • Hasrizul Hashim - Influencer dan penulis pemakanan dan kesihatan (nama pena: Susu Sejat)
  • Muhammad Fakhrul Razi - Pelukis komik dakwah (nama pena: MFRStudios Ibnmukhtar)
  • Azri Zahier Azmi - Founder Syarikat Minuman HAUSBOOM

Majalah sekolah sunting

Majalah sekolah SERATAS (atau SEMESTA sebelum 1987) merupakan majalah terbitan SERATAS yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi (SIDRED) yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SERATAS untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting