Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu

Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) terletak di Bukit Piatu iaitu lebih kurang 5 km dari Bandar Melaka dan berkoordinat 2°12′33″N 102°16′25″E / 2.20917°N 102.27361°E / 2.20917; 102.27361Koordinat: 2°12′33″N 102°16′25″E / 2.20917°N 102.27361°E / 2.20917; 102.27361.

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
Lokasi
Bandar Melaka, Melaka
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
MotoTEKUN USAHA JAYA
DitubuhkanJulai 1972 (umur 51)
Nombor sekolah06-2822936
Kod sekolahMKB2144 [1]
PengetuaPn. Chan Pek Ling @ Elda
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Khudairie Bin Mohd Yusof
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Hj. Nik Salida Harlina Binti Nik Saleh
Penolong Kanan KokurikulumPn. Zaharatul Laili Binti Rahim
Faks06-2819066
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973.

Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pengetua Pertama ialah En Abd Rahim bin Yaakub. Buat permulaan, kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Kejenteraan Mekanikal - 2 kelas dan Binaan Bangunan - 2 kelas untuk Tingkatan 4. Pada tahun 1975, sekolah ini telah membuka lagi kelas Tingkatan 4 iaitu 2 lagi kelas Kejenteraan Mekanikal, 2 kelas Binaan Bangunan dan sebuah kelas Sains Pertanian. Tawaran kursus semakin bertambah dan berubah dari semasa ke semasa seperti Kursus Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera manakala Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984.

Kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka pada tahun 1976.

Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ketika itu Tuan Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

Daripada perspektif perkembangan fizikal pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai Blok Pentadbiran, 10 buah bilik darjah, sebuah makmal Kimia, sebuah makmal Fiziks, sebuah makmal Biologi, Blok kejuruteraan, Blok Binaan Bangunan, Blok Pertanian, Blok Elektrik, dua bilik lukisan kejuteraan dan binaan, 1 bilik perpustakaan, 2 blok asrama putera (6 Kamar), 1 Blok asrama puteri sebuah dewan makan asrama/kantin, sebuah kediaman Pengetua dan 1 blok rumah pekerja.

Dari segi kemudahan bersukan, terdapat sebuah padang bola sepak, bola jaring, 2 gelanggang sepak takraw dan sebuah gelanggang bola tampar.

Kini, sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru. Pada hari ini, terdapat 16 kelas kejuruteraan, 4 kelas pertanian dan 2 kelas perdagangan dalam kedua-dua Tingkatan 4 dan 5. Pada masa dahulu, sekolah ini juga mempunyai 2 kelas Tingkatan 6 Bawah dan 2 kelas Tingkatan 6 Atas tetapi telah dimansuhkan. Kini, kelas tingkatan 6 tidak wujud lagi. Jumlah pelajar SMKTBP pula ialah seramai lebih kurang 800 orang dengan 52 orang tenaga pendidik. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini. Pelajar SMKTBP hanya terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Pada tahun 1999, SMKTBP menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25.

Anrata guru yang terawal yang bertugas di sekolah ini ialah En Mohd Naseh Mokhsan, En Nadzri Basiron, Dr Lim Ong Kim, Mr Yoong, En Mohamed Subuh, Pn Agnes, En Hashim Muslim, dan Pn Rashimah Md Sam.

Akademik sunting

Kursus ditawarkan

Kursus Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kursus Kejuruteraan Mekanikal
Kursus Kejuruteraan Awam
Kursus Keusahawanan
Kursus Sains Pertanian

Mata pelajaran teras

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
English for Science and Technology
Fizik
Kimia
Sejarah
Pendidikan Islam / P Moral
PJK
Matematik
Matematik Tambahan

Mata pelajaran elektif

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Jentera
Lukisan Kejuruteraan
Biologi
Sains Pertanian
Pengajian Keusahawanan
Prinsip Akaun

Lencana dan bendera sekolah sunting

 

Lencana dan bendera sekolah direka oleh Pengetua Pertama, En Rahim bin Yaakub.

Lagu sekolah sunting

Menjunjung Lambang

Kami pelajar Teknik Bukit Piatu
Berikrar penuh azam dan cita
Sentiasa tekun usaha jaya
Ilmu dituntut setiap masa

Kami setia menjunjung lambang
Semangat cekal dalam berjuang
Bersatu bekerjasama
Menuju bakti Alma Mater.

Lirik: Mohd Naseh Mokhsan/Nadzri Basiron
Muzik: Lim Ong Kim

Kemudahan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting