Seks dan undang-undang

Rencana ini melihat bagaimana keseksualan dan kegiatan seks manusia berinteraksi dengan, dan dikawal oleh, undang-undang manusia.

Seks dan undang-undang
Isu Sosial
Hak · Etika
Pornografi · Penapisan
Misegenasi (hubungan antara kaum)
Perkahwinan sama jantina · Homofobia
Daerah lampu merah
Cukup umur · Esensialisme
Objektifikasi · Antiseksualisme
Keganasan · Pengabdian
Kemoralan awam · Norma
Kesalahan tertentu
Mungkin berbeza antara bidang kuasa
Zina · Inses
Seksting · Godaan nafsu
Persetubuhan melencong
Sodomi · Liwat
Keseksualan haiwan
Berkhatan · Pemotongan genital perempuan
Ancaman seks · Kelucahan awam
Pornografi melampau · Pornografi kanak-kanak
Serangan seks · Rogol · Rogol statutori
Penganiayaan seks (Kanak-kanak)
Pelatihan kanak-kanak  · Pelacuran kanak-kanak
Pelacuran dan Pengalkuan
Portal: Keseksualan ·
Undang-undang · Keadilan jenayah

Secara umum, undang-undang mengharamkan perlakuan-perlakuan yang dianggap penganiyaan seksual, atau perlakuan yang kerajaan sesebuah negara menganggap tidak sesuai atau bertentangan dengan norma masyarakat. Selain itu, kategori aktiviti tertentu mungkin dianggap jenayah sekalipun ia dilakukan atas persetujuan bersama. Kerana itu seks dan undang-undang berbeza dari satu tempat ke tempat lain.

Perlakuan seks yang dilarang oleh undang-undang juga dipanggil jenayah seks.

Cukup umur sunting

Walaupun frasa cukup umur (umur yang dibenarkan) biasanya tidak ada di dalam statut, apabila digunakan berkaitan dengan kegiatan seks, cukup umur merujuk kepada umur minimum seseorang dianggap mampu membuat keputusan untuk bersetuju melakukan seks mengikut undang-undang. Ini tidak harus disamakan dengan umur dewasa, umur sudah bertanggungjawab terhadap jenayah, atau umur boleh kahwin.

Cukup umur berbeza daripada satu jurisdiksi kepada jurisdiksi lain. Kebiasaannya umur ini di antara 16 hingga 18 tahun, tetapi terdapat juga umur di antara 9 hingga 21 tahun. Sesetengah jurisdiksi mengharamkan perbuatan seks sebelum perkahwinan.

Dakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang ini termasuk rogol statutori (yang sama dengan rogol dari segi kekerasan dan hukuman).

Jenis jenayah seks sunting