Semenanjung Korea
Location of the Korean peninsula
Map of the Korean peninsula

Semenanjung Korea merupakan sebuah semenanjung yang terletak di timur Asia. Panjangnya 1,100 km dari Asia masuk ke dalam Lautan Pasifik. Ia dikelilingi oleh Laut Jepun atau Laut Timur di sebelah timurnya, Laut Kuning di sebelah baratnya dan Selat Korea yang menghubungkan kedua-dua jasad air ini.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Semenanjung Korea merupakan sebuah entiti politik tunggal yang dikenali sebagai Korea sahaja. Selepas tamatnya Perang Korea pada 1953, bahagian utara ditawan oleh pihak Korea Utara sementara bahagian selatannya pula ditadbir pihak Korea Selatan.[1]

Sempadan semulajadi antara Korea Utara dan Korea Selatan ialah Sungai Yalu / Sungai Amnok, Sungai Tumen, Sungai Tuman dan Sungai Duman. Semenanjung ini berkeluasan kira-kira 220,847 km.

Gunung tertinggi ialah Gunung Paektu yang berketinggian 2,744 m dari paras laut. Garis pantainya diukur kira-kira 8,460 kilometer. Terdapat 3,579 pulau-pulau kecil di sekelilingnya terutama di selatan dan pantai barat. Curah hujan tahunan di Wadi Sungai Yalu disukat kira-kira 600 mm.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Devine, Robert A.; Breen, T.H.; Frederickson, George M.; Williams, R. Hal; Gross, Adriela J.; Brands, H.W. (2007). America Past and Present. II: Since 1865 (ed. 8th). Pearson Longman. m/s. 819–21. ISBN 0-321-44661-5.