Sempalit merupakan sebuah kampung di Raub, Pahang, Malaysia. Ia merupakan satu daripada kampung terbesar di Raub. Bahagian kampung adalah diklasifikasikan antara Kampung Melayu Sempalit dan Sempalit Cina. Ia dipisahkan oleh satu sungai, dipanggil Sungai Sempalit.

Tempat-tempat kediaman lain dalam Sempalit Cina:

  • Taman Emas
  • Taman Sempalit Baru
  • Fook Loong (Taman Aman)
  • Ming Xing Ling (Taman Raub Utama)

Sebuah pasar raya dapat dijumpai tidak jauh 10 buah meter dari Sempalit. Namanya ialah pasar raya Tong Fatt. Lokasinya dahulu ialah sebuah kilang papan bernama "Yong Foh". Tong Fatt telah memulakan perniagaannya setelah kejatuhan Jaya Supermarket, yang telah membawa banyak kenangan manis kepada penduduk Raub.

Jika di Perak yang terkenal di Menglembu kerana kacang tanah, Sempalit juga dikenali di Pahang kerana kacang tanah ini.