Bandar raya di Malaysia

rencana senarai Wikimedia


Ini adalah sebuah rencana bandar raya di Malaysia, dalam urutan mengikut tarikh mereka diluluskan status bandar raya.ada 20 Bandaraya di Malaysia. 4 di Selangor , 3 di Johor dan Sarawak, 2 di pulau Pinang , 1 untuk di Sabah, Kedah, Melaka,negeri sembilan , Pahang,Perak dan Terengganu. O untuk Kelantan dan Perlis.

Taraf bandar raya sunting

Seperti kebanyakan negara-negara di dunia, bandar raya di Malaysia ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak sebagai peringkat ketiga dalam sistem pentadbiran di negara ini.[1] Selalunya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertaraf Bandaraya di negara ini menggunakan dua format iaitu Dewan Bandaraya sebagaimana PBT di Kuala Lumpur atau Majlis Bandaraya seperti PBT di Ipoh, Johor Bahru dan Petaling Jaya. Kadangkala PBT-PBT ini mentadbir kawasan yang luas sehingga melangkaui sempadan bersejarah bandar tersebut.[2] Oleh yang demikian, status bandar raya di Malaysia bergantung secara langsung dengan taraf PBT yang mentadbir di kawasan tersebut dan persempadanan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Menurut perlembagaan, hak dan kuasa ke atas PBT diletakkan di dalam senarai negeri. Namun begitu, ketika negara ini menghadapi ancaman komunis sekitar 1970-an, kerajaan persekutuan telah memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah merombak semula sistem PBT di negara ini dan meletakkan sebahagian kuasa yang sebelum ini berada sepenuhnya di peringkat negeri ke penyeliaan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sejak dari itu, penarafan sesebuah bandar raya hanya sah dibuat melalui penganugerahan watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan.

Kriteria Naik Taraf Bandar Raya Yang Lama sunting

Di antara kriteria-kriteria yang diambil kira bagi memberi taraf bandar raya kepada sesebuah bandar ialah:

  1. Sebagai sebuah pusat pentadbiran negeri;*
  2. Penduduk tidak kurang daripada 300,000 orang;
  3. Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM 80 juta;
  4. Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat;
  5. Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh;
  6. Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan (atau Institut Pendidikan Guru), universiti dan perpustakaan;
  7. Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting;[3]
*Miri, Petaling Jaya, Iskandar Puteri dan Seberang Perai diberikan taraf bandar raya tanpa mengambil kira kriteria pertama.

Kriteria Naik Taraf Banda Raya Yang Baharu sunting

Kriteria baru pada 2008 telah diperkenalkan bagi memperbaharui semula pihak berkuasa tempatan di Malaysia

  1. PBT itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri.
  2. Mempunyai duduk tidak kurang daripada 500,000 orang.
  3. Mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan.
  4. Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap yang tinggi termasuklah aktiviti kutipan hasil, kelulusan pemajuan pembangunan, penguatkuasaan dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai struktur organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
  5. Pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan serta memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu perbandaran
  6. Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan. Kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik serta perlu dipelihara.
  7. Mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan.
  8. Mempunyai pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam.
  9. Pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  10. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini termasuklah kemudahan-kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalu lintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan ICT.
  11. Mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandar raya. [4]

Pada 3 Jun 2008, kriteria baru telah dicadangkan berikutan bantahan dari sesetengah pihak terhadap penarafan beberapa bandar kecil yang kurang membangun sebagai sebuah bandar raya. Kriteria baru tersebut ialah jumlah penduduk akan dinaikkan kepada 500,000 orang manakala hasil pendapatan setahun dinaikkan kepada RM 100 juta.[5]

Dengan pengumuman kriteria baru ini, hasrat beberapa kerajaan negeri untuk menaik taraf ibu negeri mereka sebagai bandar raya terpaksa ditangguhkan.[6] Ibu negeri yang dikira layak dinaik taraf sebagai bandar raya mengikut kriteria lama sebelum pindaan ialah Seremban yang menyaksikan tarikh 9 September 2009 yang dipilih sebagai tarikh kenaikkan taraf telah terbatal. Namun begitu pada 2012, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa cadangan untuk Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang keduanya terletak dalam daerah Seremban digabungkan bagi membentuk satu pihak berkuasa tempatan baru berstatus Majlis Bandaraya telah secara prinsipnya mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan dan menepati semua kriteria yang ditetapkan. Seremban kini dalam fasa akhir peningkatan infrastruktur sebelum diistihar secara rasmi menjadi sebuah Bandar Raya.[7]

Dewan Bandaraya sunting

Format dewan bandaraya mempunyai piagam pelanggan yang agak ketat berbanding majlis bandaraya dan selalunya dewan bandaraya mempunyai jumlah kakitangan yang ramai, berkemahiran dan komited dalam menangani semua aduan demi mencapai objektif piagam pelanggan yang ditetapkan. Selain itu PBT dewan bandaraya mesti mempunyai sumber kewangan yang kukuh, berautonomi dari segi ekonomi (tidak memerlukan bantuan kewangan dari kerajaan negeri secara tetap) dan mampu mengutip hasil cukai yang tinggi yang mana hasil cukai itu digunakan demi untuk memenuhi kesemua aduan dalam tempoh yang ditetapkan dan mampu menyediakan perkidmatan perbandaran pada tahap yang terbaik selain berkemampuan untuk membayar gaji kesemua kakitangannya termasuklah memberi elaun, tuntutan, emolumen seperti insentif, imbuhan, kebajikan pekerja dan sebagainya.

Kebiasannya penggunaan format dewan bandaraya bergantung kepada ketentuan kerajaan persekutuan dan kemampuan kerajaan negeri serta PBT itu sendiri, tetapi format itu layak digunakan hanya setelah mendapat watikah penaiktarafan dari bandar kepada bandar raya. Banyak faktor yang harus dikaji dari segi kesesuaian penggunaannya serta praktikaliti pelaksanaannya terhadap kawasan PBT tersebut, kemampuan penyediaan sejumlah kakitangan yang berkebolehan, kemajuan, kepesatan, pelancongan, sumber kewangan dan lain-lain. Format dewan bandaraya juga biasanya hanya sesuai digunakan oleh bandar-bandar yang mampu menarik jumlah pelancong yang tinggi setiap tahun (seperti Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Kuching Utara) hingga mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi terhadap penduduk setempat serta memajukan lagi industri perhotelan dan pelancongan atau memiliki jumlah penduduk melibihi 1 juta ke atas beserta harta berkadar bagi kawasan pentadbirannya dengan unit pegangan yang sangat tinggi dan lain-lain kriteria.

Dewan bandaraya juga tidak mempunyai ahli majlis seperti kebanyakan PBT berstatus majlis bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah yang membantu dalam menentukan dasar dan mewakili penduduk setempat, tetapi diganti dengan tidak kurang dari lima atau lebih ahli Lembaga Penasihat Bandaraya yang memegang portfolio berbeza sesuai dengan kelayakan atau pengalaman serta profesionaliti yang dimilki disamping berkerjasama secara erat dengan persatuan-persatuan penduduk di Bandaraya tersebut. Lembaga Penasihat Bandaraya berperanan untuk membantu Datuk Bandar selaku penasihat dalam apa juga persoalan yang berkaitan dengan pentadbiran dan hal ehwal pengurusan bandaraya yang telah ditetapkan kepada PBT itu mengikut peruntukan akta yang digubal baik diperingkat persekutuan, enakmen diperingkat negeri mahupun undang-undang kecil diperingkat PBT itu sendiri.[perlu rujukan]

Senarai bandar raya sunting

  1. Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 1 Februari 1972
  2. Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), 27 Mei 1988[8]
  3. Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 1 Ogos 1988[9]
  4. Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 1 Januari 1994
  5. Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), 2 Februari 2000
  6. Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 10 Oktober 2000
  7. Bandaraya Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 15 April 2003
  8. Alor Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), 21 Disember 2003
  9. Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), 20 Mei 2005
  10. Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 20 Jun 2006
  11. Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), 1 Januari 2008[10]
  12. George Town, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), 1 Januari 2015[11]
  13. Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), 22 November 2017
  14. Seberang Perai, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), 16 September 2019
  15. Seremban, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), 1 Januari 2020
  16. Subang Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), 20 Oktober 2020
  17. Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), 22 November 2020
  18. Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), 21 Februari 2021
  19. Klang, Majlis Bandaraya Klang (MBK), 5 Februari 2024

Jumlah penduduk sunting

Bandar terbesar di Malaysia (2010)[12]

 
Kuala Lumpur
 
Seberang Perai

Rank Bandar Negeri Penduduk

 
George Town
 
Ipoh

1 Kuala Lumpur   Wilayah Persekutuan 1,588,750
2 Seberang Perai   Pulau Pinang 818,197
3 George Town   Pulau Pinang 708,127
4 Ipoh   Perak 657,892
5 Petaling Jaya   Selangor 613,977
6 Shah Alam   Selangor 541,306
7 Iskandar Puteri   Johor 529,074
8 Seremban   Negeri Sembilan 515,490
9 Johor Bahru   Johor 497,067
10 Melaka   Melaka 484,885

Kuala Lumpur setakat ini merupakan bandar terbesar serta daerah metropolitan terbesar di Malaysia, sementara Seberang Perai merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Bandar-bandar besar yang lain dengan jumlah penduduk lebih daripada 500,000 termasuk George Town, Ipoh, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.
  2. ^ Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam meliputi sebahagian kecil daripada daerah Klang dan sebahagian besar daerah Petaling, kedua-duanya di Selangor.
  3. ^ Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang Ke-11 T; Soalan Bertulis No. 4w-7 Diarkibkan 2013-05-09 di Wayback Machine Tarikh : 21 Mei 2007; Dicapai: 18 Julai 2008.
  4. ^ [1]
  5. ^ Kriteria Naik Taraf PBT Dipinda Bandar Raya Dipinda. (Sumber: Utusan Malaysia, Tarikh: 4 Jun 2008) Dicapai: 18 Julai 2008.
  6. ^ NS tangguh isytihar Seremban bandar raya[pautan mati kekal]. MPSNS. Dicapai: 18 Julai 2008.
  7. ^ Seremban jadi bandar raya 2013 Utusan. 23/04/2012.
  8. ^ Menyingkap Perkembangan Perbandaran Ipoh Menjadi Sebuah Bandaraya, Maorih -d IHntaeirrnya Itbiornaahli mJo, uJranmaal loufd tdhien MMadl.a Jya Whio,r Aldb daunld S Caimvialids aHtiaodni 2&9 (K2h) a(2ir0i1 A1r)i:f 1fi4n9 - 114696
  9. ^ "Dewan Bandaraya Kuching Utara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2020-04-04.
  10. ^ Kuala Terengganu Jadi Bandar Raya 1 Januari 2008, Utusan.
  11. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
  12. ^ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (page 1 & 8)" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2015. Dicapai pada 19 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting