Senarai bangunan dan struktur tertinggi di dunia

Penentuan struktur tertinggi dunia boleh dikatakan agak jelas dan mudah. Namun penentuan bangunan atau menara tertinggi di dunia lebih sukar dan menimbulkan kontroversi kerana takrifan bangunan atau menara terbabit dan perbalahan bagaimana menentukan ketinggiannya.

Perbandingan pencakar langit tertinggi di dunia pada 2010

Struktur tertinggi sunting

Struktur tertinggi ketika ini ialah Burj Dubai, sebuah pencakar langit yang masih dalam pembinaan di Dubai yang telah mencapai 636 m (2,087 kaki) pada 12 Mei 2008[1]

Struktur tertinggi mengikut kategori sunting

Disebabkan kurangnya persetujuan mengenai cara pengukuran dan pengelasan struktur, jurutera telah mencipta pelbagai takrifan bagi kategori bangunan dan struktur lain.

Salah satunya ialah mengukur tinggi sebenar bangunan, melalui pengukuran puncak menara atau ketinggian seni bina yang kekal. Antena di atas bangunan tidak dikira sebagai sebahagian daripada sistem pengukuran tersebut kerana antena boleh dipasang dan ditinggikan pada bila-bila masa. Cara pengukuran ini digunakan kerana persaingan di antara Bangunan Chrysler and 40 Wall Street pada masa dahulu. Ini turut boleh dilihat melalui persaingan era moden, di mana antena di atas Menara Sears tidak dikira manakala mercu tanda di atas Menara Berkembar PETRONAS dikira sebagai sebahagian daripada struktur bangunan.

Kategori Struktur Negara Bandar Ketinggian (m) Ketinggian (kaki)
Pencakar langit (dalam pembinaan) - semua kategori Burj Khalifa   Emiriah Arab Bersatu Dubai 636 2,087[1]
Tiang gai Menara pemancar KVLY-TV   Amerika Syarikat Blanchard, N.D. 628.8 2,063
Menara konkrit Menara CN   Kanada Toronto, Ontario 553.3 1,815
Pencakar langit - sehingga puncak antena Menara Willis   Amerika Syarikat Chicago 527.3 1,730
Pencakar langit - sehingga ke puncak menara Taipei 101   Taiwan Taipei 509.2 1,671
Pencakar langit - sehingga ke puncak bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai   Republik Rakyat China Shanghai 492 1,614
Menara untuk kajian saintifik Menara BREN   Amerika Syarikat Tapak Ujian Nevada 462 1,516
Tiang pemancar, ditebat pada tanah Pemancar VLF Lualualei   Amerika Syarikat Lualualei, Hawaii 458.11 1,503
Menara berkembar Menara Berkembar PETRONAS   Malaysia Kuala Lumpur 452 1,482
Cerobong asap Stesen Janakuasa GRES-2   Kazakhstan Ekibastusz 419.7 1,377
Menara kekisi Menara Kiev TV   Ukraine Kiev 385 1,263
Tiang gai keluli bertiub Stesen pemancar Belmont   United Kingdom Donington on Bain 385 1,263
Menara gai separa Menara Gerbrandy   Belanda IJsselstein 366.8 1,203
Pilon tenaga elektrik Lintasan Sungai Yangtze, Jiangyin   Republik Rakyat China Jiangyin 346.5 1,137
Tiang jambatan Millau Viaduct   Perancis Millau 342 1,122
Menara besi Menara Tokyo   Jepun Tokyo 333 1,092
Bangunan bersisi lima Menara JPMorgan Chase   Amerika Syarikat Houston 305 1,002
Empangan Empangan Nurek   Tajikistan Nurek 300 984[2]
Empangan konkrit Empangan Grande Dixence    Switzerland Val d'Hérens 285 935
Pilon tenaga elektrik dibina dengan konkrit Lintasan Sungai Yangtze, Nanjing   Republik Rakyat China Nanjing 257 843
Pilon tenaga elektrik bertalian kuasa HVDC Lintasan Sungai Yangtze, Wuhu   Republik Rakyat China Wuhu 229 751
Menara masjid Masjid Hassan II   Maghribi Casablanca 210 689
Turbin angin Turbin Angin Fuhrländer Laasow   Jerman Laasow, Brandenburg 205 673
Menara pendinginan Stesen Janakuasa Niederaussem   Jerman Niederaussem 200 656
Monumen Gateway Arch   Amerika Syarikat St. Louis, Missouri 192 630
Bangunan berputar 90° Turning Torso   Sweden Malmö 190 623
Struktur condong,
Stadium
Le Stade Olympique   Kanada Montreal, Quebec 175 574
Menara binaan batu Anaconda Smelter Stack   Amerika Syarikat Anaconda, Montana 178.3 585
Gereja Bangunan Tokong Chicago   Amerika Syarikat Chicago 173 568
Obelis Monumen Washington   Amerika Syarikat Washington, D.C. 169.3 555.5
Bangunan binaan batu Mole Antonelliana   Itali Torino 167 548
Bangunan binaan batu Dewan Bandar Raya Philadelphia   Amerika Syarikat Philadelphia 167 548
Roda Ferris Singapore Flyer   Singapura Singapura 165 541.3
Menara gereja Katedral Ulm   Jerman Ulm 161 528
Dewan industri Vehicle Assembly Building   Amerika Syarikat Pusat Angkasa Kennedy 160 525
Memorial salib Santa Cruz del Valle de los Caídos   Sepanyol El Escorial 152.4 500
Makam Piramid Agung Kufu   Mesir Giza, Cairo 138.8 455.2
Kubah Kubah St Peter's Basilica   Itali Vatican City, Rome 136.57 448.06
Menara kawalan trafik udara Menara kawalan Lapangan Terbang Suvarnabhumi   Thailand Bangkok 132.2 433.7
Roller coaster Kingda Ka   Amerika Syarikat Jackson, New Jersey 138.98 456
Tiang bendera, berdiri bebas Tiang Bendera Aqaba   Jordan Aqaba 132 430
Pentagon sama sisi Pusat Dagangan Dunia Baltimore   Amerika Syarikat Baltimore 123.5 405
Patung (termasuk kekaki) Patung Buddha Gangsa Ushiku Daibutsu   Jepun Ushiku 120 416
Silo simpanan Henninger Turm   Jerman Frankfurt 120 394
Seni ukir Puncak Menara Dublin   Republik Ireland Dublin 120 393
Iklan cahaya Bayer Cross Leverkusen   Jerman Leverkusen 118 387
Struktur kayu Menara Radio Gliwice   Poland Gliwice 118 387
Laluan trem udara disokong menara Tiang bahagian ketiga Gletscherbahn Kaprun   Austria Kaprun 113.6 373
Rumah api Menara Marin Yokohama   Jepun Yokohama 106 324
Menara jam Menara Jam Memorial Joseph Chamberlain   United Kingdom Birmingham 100 328
Pagoda China pramoden Pagoda Liaodi   Republik Rakyat China Ding County, Hebei 84 275
Menara lantera Boston Stump   United Kingdom Boston, Lincolnshire 83.05 272
Patung (tidak termasuk kekaki) Mamayev Kurgan   Rusia Volgograd 82 269
Rumah api batu bata Leterna di Genoa   Itali Genoa 77 253
Menara masjid batu bata Qutub Minar   India Delhi 72.5 237.8
Pilon tenaga elektrik (konkrit, pasang siap) Talian kuasa Pylon 310 Innertkirchen-Littau-Mettlen    Switzerland Littau 59.5 195
Obelis monolik Obelis Tuthmosis II   Itali San Giovanni in Laterano 36 118.1

Struktur tertinggi yang telah musnah mengikut kategori, belum diatasi oleh struktur kini sunting

Terdapat beberapa struktur seni bina yang telah musnah di mana lebih tinggi berbanding struktur tertinggi yang wujud pada masa ini.

Kategori Struktur Negara Bandar Tinggi (m) Tinggi (kaki) Sejarah
Menara gai, ditebat pada tanah Menara Pemancar Warsaw   Poland Gąbin 646.38 2,121 Siap dibina pada tahun 1974, roboh pada 8 Ogos, 1991
Menara pemancar keluli bertiub berimbang Pemancar Shushi-Wan Omega   Jepun Shushi-Wan 389 1,276 Siap dibina pada tahun 1973, ditanggalkan pada tahun 1998
Struktur bagi kegunaan kajian bom Menara Smoky Shot   Amerika Syarikat Tapak Ujian Nevada 213 700 Menara pemancar, di mana mengangkut bom nuklear "Smoky" yang menghasilkan 44 kT (sebahagian daripada operasi Plumbbob) atas puncak sehinggalah letupan berlaku pada 31 Ogos 1957
Struktur berkayu Menara Pemancar Kayu Mühlacker   Jerman Mühlacker 190 623 Siap pada tahun 1934, dimusnahkan pada April 6, 1945 oleh tentera Jerman untuk menghalang penggunaan oleh tentera bersekutu ketika Perang Dunia Kedua.
Bangunan binaan batu Mole Antonelliana   Itali Torino 167.5 549.5 Dimusnahkan puting beliung pada tahun 1953.
Bangunan Era Pra-Industri Katedral Lincoln   United Kingdom Lincoln 160 524 Siap dibina pada 1311, puncak bangunan runtuh pada tahun 1549
Struktur untuk kegiatan haram Menara Pemancar Koning Keizer Admiraal's   Jerman Bad Bentheim/Gildehaus 101.2 332 Menara pemancar yang disiarkan secara haram yang telah beroperasi pada Disember 2004 dalam jalur-FM dengan 10 kW ERP. Menara terletak di Jerman, alat pemancar di Netherlands.

Bangunan tertinggi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Burj Dubai akan menentukan rekod global baharu dalam pemasangan panel kaca". Emaar. Dicapai pada 2008-05-13.
  2. ^ "Empangan Tertinggi (Dunia dan A.S.)". 1998 ICOLD World Register of Dams. Diarkibkan daripada yang asal (carta) pada 2008-04-05. Dicapai pada 2007-08-11.