Senbei (Jepun: 煎餅,せんべい) adalah makanan ringan Jepun yang dibuat dari tepung beras atau tepung bijirin lain. Makanan ringan ini boleh didapati dalam bentuk bulat, lonjong, empat segi, atau empat segi yang panjang dan dimasak dengan cara panggang hingga berwarna kuning keemasan. Jika dibandingkan dengan keropok, senbei jauh lebih tebal, dan berukuran lebih besar daripada okaki atau arare.

Senbei

Walaupun jenis senbei tertentu berasa manis, rasa senbei umumnya sedikit masin kerana diletakkan juga garam. Kepelbagaian rasa senbei yang umum adalah senbei berperisa miso, berperisa kicap, dan berperisa bijan. Senbei berperisa kicap yang dibungkus dengan nori atau diletakkan nori pada permukaannya disebut nori senbei.

Senbei tradisional dipanggang dengan memakai bara. Setelah masak, senbei dicelup dengan campuran kicap dan mirin. Di daerah Kanto, penjual senbei memanggang jualannya sekeping demi sekeping di tempat itu juga manakala penjual senbei di daerah Kansai menjual senbei yang sudah siap dibuat di tempat lain.

Jenis sunting

 
Senbei dalam berbagai macam rasa: berperisa nori, berperisa aonori, berperisa bijan, dan berperisa cili.

Secara amnya, senbei dikategorikan menurut bahan asas.

Senbei adalah sebutan untuk berbagai jenis kuih kering tradisional di daerah Kansai, dan rasanya manis seperti biskut. Salah satu contohnya adalah kawara senbei (senbei genting) yang berbentuk seperti genting dan berwarna coklat tua. Bahan asasnya adalah tepung gandum, gula pasir, dan telur ayam. Kuih kering dari Kyoto yang disebut yatsuhashi juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini walaupun dibuat daripada tepung beras.
  • Senbei dari beras (beika senbei)
Senbei dari tepung beras banyak dihasilkan di daerah Kanto. Sebahagian besar senbei jenis ini rasanya agak masin kerana diberi garam atau dicelup dengan kicap. Setelah dicuci, beras digiling hingga hancur dan dicampur air panas untuk menjadi adunan. Adonan dibentuk panjang-panjang selebar kepalan tangan dan dikukus. Setelah masak, adunan ditumbuk dan dibiarkan hingga beberapa kali. Setelah menjadi mochi, adonan dilebarkan dan dipotong-potong. Sebelum dipanggang, senbei mentah dikeringkan di bawah matahari.
Di daerah Kansai, senbei jenis ini disebut okaki, dan bahan bakunya adalah beras. Berdasarkan bentuknya, makanan ringan ini disebut arare atau kakimochi (mochi nipis).

Senbei yang dimasak dengan digoreng disebut senbei goreng (age senbei). Salah satu contohnya adalah Bonchiage yang memiliki rasa kicap dan gula yang kuat.

  • Senbei udang dari tepung kentang atau tepung jenis lain (ebi senbei).
Daerah Semenanjung Chita, Wilayah Aichi terkenal dengan makanan khas berupa senbei udang. Bahan asasnya adalah tepung yang dicampur ikan atau udang kering yang dihaluskan. Senbei udang istimewa dari Wilayah Aichi dibuat daripada seekor udang yang ditekan bersama tepung hingga menjadi senbei yang garing.

Sejarah sunting

 
Senbei

Istilah "senbei" disebut dalam naskah asal tahun 737 yang disimpan Shōsō-in (gudang empayar) di Nara. Namun, "senbei" yang dimaksudkan bukanlah senbei yang dikenali orang sekarang ini. Pada waktu itu, senbei dibuat dari tepung gandum yang dicampur minyak.

Di Jepun, beras yang dikukus sudah menjadi makanan orang sejak zaman kuno. Nasi dan pulut yang ditumbuk disebut mochi yang segera dimakan setelah dibuat. Sebagai makanan awet, mochi dikeringkan menjadi mochi kering (hoshi mochi). Setelah kering, mochi menjadi keras sehingga disebut katamochi (mochi keras) yang harus dipanggang atau direbus sebelum dimakan. Mochi yang diberi garam turut dibawa sebagai bekal berperang, termasuk dengan tambahan seperti kacang atau bijan. Mochi sebagai makanan awet disebut shiokata mochi (mochi keras bergaram), dan setelah dipanggang disebut shiosenbei (senbei bergaram)[1].

Bandar Sōka di Wilayah Saitama merupakan bandar tempat asal senbei. Makanan ringan khas bandar ini adalah sōka senbei yang awalnya berasal dari shiosenbei. Bentuknya bundar agak besar, dan begitu keras hingga sukar dipatahkan dengan sekali gigitan. Asal-usulnya adalah nasi yang ditumbuk dan dipipihkan. Setelah kering, senbei diberi garam dan dipanggang agar mengembang. Penduduk menyebutnya sebagai katamochi (mochi keras), dan dimakan sebagai makanan ringan. Sebagai bandar persinggahan di jalan menuju Nikkō (Nikkō-kaidō), bandar ini dahulunya memiliki banyak rumah penginapan. Pada zaman dulu, pembeli senbei adalah pelancong yang singgah yang memerlu bekal murah di perjalanan.[1] Setelah Noda mula menghasilkan kicap, sōka senbei turut dihasilkan dengan rasa kicap.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sōka senbei no yurai". Sōka senbei shinkō kyōgikai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-23. Dicapai pada 3 Maret. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar sunting