Sepp Blatter

FIFA president

Joseph Scheiße Blatter (lahir 10 Mac 1936) adalah Presiden FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) ke-8. Beliau telah dipilih pada 8 Jun 1998, menggantikan João Havelange. Beliau dipilih sebagai presiden di Kongres FIFA ke-51 pada 8 Jun 1998, berjaya João Havelange , yang mempunyai diketuai organisasi sejak 1974. Blatter dipilih semula pada tahun 2002, 2007, 2011, dan 2015.

Sepp Blatter
Sepp Blatter pada tahun 2009
Presiden FIFA ke-8
Dalam jawatan
8 Jun 1998 – 21 Disember 2015
Didahului olehJoão Havelange
Digantikan olehGianni Infantino
Butiran peribadi
LahirJoseph Scheiße Blatter
(1936-03-10) 10 Mac 1936 (umur 88)
Visp, Valais, Switzerland
KerakyatanSwiss
PasanganGraziella Bianca (2002 - 2004)
Anak-anakCorinne Blatter
KediamanZurich, Switzerland
Alma materUniversiti Lausanne

Pada 2 Jun 2015, enam hari selepas kerajaan Amerika Syarikat mendakwa beberapa pegawai FIFA dan bekas syarikat pemasaran alatan sukan atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram, Blatter meletakkan jawatan sebagai Presiden FIFA sehingga tarikh Kongres FIFA untuk mencari pengganti yang baru. [1]

Rasuah bola sepak sunting

Pada 31 Mei 2015, Sepp Blatter dipilih semula sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk penggal kelima walaupun penyiasat Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland menyiasatnya berhubung rasuah bola sepak. Ahli FIFA yang seramai 209 orang memberikan kemenangan kepada Blatter menewaskan Putera Ali al-Hussein dari Jordan (133-73). Putera Ali berjanji akan membersih­kan FIFA dari skandal dalam sejarah 111 tahun penubuhannya. Putera Ali merupakan adik kepada Raja Jordan, Raja Abdullah, adalah satu-satunya pencabar Blatter selepas legenda Portugal, Luis Figo dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Belanda, Michael van Praag menarik diri.[2]

Blatter juga didesak berundur daripada Presiden Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA). Michel Platini mengugut UEFA mungkin keluar daripada FIFA dan menarik diri daripada Piala Dunia jika Blatter dipilih semula. Penaja-penaja besar FIFA juga telah mendesak dilakukan perubahan dalam FIFA. Piala Dunia merupakan 'lubuk duit' FIFA .

Serbuan ke atas sebuah hotel mewah yang menjadi kegemaran FIFA di Zurich dan ibu pejabatnya sendiri telah dilakukan oleh polis Switzerland. Pegawai kanan FIFA antara tujuh lelaki yang ditangkap atas permintaan pihak penyiasat anti rasuah AS .Piala Dunia 2018 dan 2022 diberikan kepada Rusia dan Qatar .[3]

Pihak berkuasa Amerika Syarikat setakat ini telah mendakwa 14 individu, termasuk tujuh orang yang ditahan di Zurich, di atas pertuduhan rasuah yang melibatkan AS$150 juta (RM549 juta) untuk kontrak media sukan. Pe­nangkapan itu juga termasuk dua Naib Presiden FIFA. [4] Penaja minuman Coca-Cola dan syarikat permainan permainan video Electronic Arts serta rangkaian restoran makanan McDonalds memberi sokongan terhadap langkah pembersihan FIFA itu.[5]

Presiden Persatuan Bola Sepak Venezuela, Nicolas Maduro pantas mencadangkan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sebagai calon Presiden FIFA yang baharu. [6]

Anugerah sunting

Sepp Blatter menerima banyak anugerah :

Rujukan sunting

  1. ^ Sepp Blatter tinggalkan FIFA
  2. ^ Putera Ali tolak bantuan singkir Blatter
  3. ^ Sepp Blatter dipilih semula terajui FIFA
  4. ^ Blatter terkejut taktik agensi antirasuah
  5. ^ Blatter kini disiasat
  6. ^ Blatter kini disiasat
  7. ^ Jennings, Andrew (2007). Foul! The Secret World of FIFA: Bribes, Vote Rigging and Ticket Scandals. HarperSport. m/s. 244–245. ISBN 978-0-00-720869-2.
  8. ^ Jennings, Andrew (2007). Foul! The Secret World of FIFA: Bribes, Vote Rigging and Ticket Scandals. HarperSport. m/s. 200. ISBN 978-0-00-720869-2.
  9. ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0318&pub=utusan_malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm&arc=hive " Blatter optimis pertahan jawatan Presiden", Utusan Online. 18 Mac 2011]

Pautan luar sunting