Serangan bom Kampala 2010

Serangan bom Kampala 2010 berlaku pada 11 Julai 2010 ketika penduduk Kampala, Uganda sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010. Serangan di dua lokasi itu membunuh 64 orang dan 71 cedera. Serangan dipercayai dilakukan oleh gerakan militan Somalia bernama Al-Shabaab kerana berdendam Uganda menyokong Misi Kesatuan Afrika di Somalia.

Serangan bom Kampala 2010
Lokasi Kampala, Uganda
Sasaran Kumpulan penonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010
Tarikh 11 Julai 2010
10:25 pm – 11:15 pm[1] (UTC +3)
Kematian 64[2]
Cedera 71[3]
Pelaku al-Shabaab[4]

Mangsa ialah 60 rakyat Uganda, 9 rakyat Habsyah, 1 wanita Ireland dan 1 rakyat Asia adalah antara mereka yang terbunuh. 2 orang tidak dapat dikenal pasti dan 85 orang cedera.

Sasaran sunting

Letupan bom pertama disasarkan kepada warga asing terutama diplomat asing di sebuah restoran Ethiopia di Kabalagala. 15 terbunuh semasa mereka sedang asyik menonton perlawanan bola sepak antara Belanda dengan Sepanyol dalam Piala Dunia FIFA 2010. Seorang daripadanya warga Amerika Syarikat yang berkerja dengan NGO. Seorang warga India. 10 orang rakyat Habsyah atau Eritrea. Mereka menjadi sasaran serangan bom kerana Uganda menyokong pasukan keamanan Kesatuan Afrika di Mogadishu menyokong kerajaan sementara Somalia mematahkan pemberontakan Islam.

Letupan bom kedua di Kelab Ragbi Kyadondo di Nakawa. Letupan berlaku pada minit 90 perlawanan bola sepak.49 orang terbunuh akibat serangan berani mati.

Jumlah korban ialah 64 orang.71 cedera. 14 orang luka ringan . 57 orang dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Kampala.

Laporan letupan lain di Ntinda dan Bwaise didapati palsu.[5]

Pelaku sunting

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan pergerakan Al-Shabaab yang mahu melaksanakan undangundang Islam dan melakukan pemberontakan di Somalia mengaku bertanggungjawab. Mereka mensasarkan orang Kristian di Kampala. Pada 9 Julai 2010, pemimpin al Shabaab bernama Syeikh Mukhtar Robow menyeru serangan terhadap Uganda dan Burundi. Apa yang mebuat mereka menangis, membuat kita gembira.

organisasi lain yang turut dipercayai mnelakukannya ialah Tentera Penegak Tuhan dan Pasukan Bersekutu Demokratik yang beroperasi di Congo.

Siasatan awal polis sunting

Pada 14 Julai 2010, Ketua Polis Uganda, Kale Kayihura memaklumkan bahawa polis menemui vest bunuh diri, dan ia boleh digunakan sebagai bahan letupan yang diubah suai (IED). Vest itu lengkap dengan bahan letupan dan dipasang dengan alat peletus di dalam neg komputer. Ia ditemui di sebuah kelab di barat daya Kampala di daerah Makindye. Maklumat tentang pengebom ketiga belum dijelaskan. Jumlah korban meningkat kepada 76 orang.

Sheik Ali Mohamud Rage dari al-Shabab meneruskan amaran jangan membunuh orang mereka.Negara sasaran seterusnya ialah Mogadishu dan Burundi kerana menghantar pasukan tentera pengaman ke Somalia.Negara lain ialah Kenya, Djibouti dan Habsyah. Namun Leftenan Kolonel Felix Kulaigye berikrar akan terus menjejak al-Syabab di Somalia.

[6]

Reaksi sunting

Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed mengutus ucapan takziah kepada Uganda. Kerajaan Somalia menyatakan Somalia tidak dapat menerima tindakan ganas Al Syabab. Tindakan ganas menyebabkan penduduk Uganda dan Somalia lebih bersatu menentang pengganas.[7]

Sepp Blatter selaku Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengecam keganasan itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan umc tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ap20100712 tidak disediakan
  3. ^ Karimi, Faith (July 12, 2010). "Death toll in Uganda bomb attacks at 60". CNN. Dicapai pada July 12, 2010.
  4. ^ Bariyo, Nicholas (12 July 2010). "Deadly Blasts Rock Uganda's Capital". The Wall Street Journal. Dicapai pada 12 July 2010.
  5. ^ Kampala bombings leave 64 people dead
  6. ^ Polis Uganda temui vest bunuh diri
  7. ^ Somalia condemns deadly twin Kampala blasts as "despicable terrorist acts"