Serban ([sĕr.ban]) ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala.

Tiga orang Muslim berserban di Pakistan.
Seorang Sikh berserban.

Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagai menghormati kepala sama seperti pantang duduk di atas bantal kerana hormat kepala.[1]

Kelaziman mengikut agama sunting

Dalam Islam sunting

Berserban (Arab: عمامة, rumi: ʾimāmah) ini dilihat terangkum dalam perilaku menutup kepala bagi kaum lelaki yang berhukum sunat. Ia merupakan pakaian Sunnah khusus[2] yang datang daripada kelaziman masyarakat Arab termasuk puak Quraisy dan kabilah sezaman Nabi Muhammad; namun baginda nabi membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli hadis meriwayatkan baginda mengajar pupunda baginda Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum Ali diutus ke Khaibar dalam ekspedisi dakwah.[3] Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah".

Ia menjadi antara perbuatan nabawi ikutan para Sahabah, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini. Terdapat juga pendapat jauh yang menyatakan bahawa sesiapa yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah ini dianggap kafir.[4]

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang atau saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab-kisah lain seperti yang telah dikeluarkan salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E. Bemat. Bentuk serban yang dipakai oleh umat Islam sendiri tidak seragam antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca; serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia.

Ia tidak boleh dilakukan ketika dalam ihram.

Di Malaysia misalnya, ia merupakan kebiasaan bagi penganut Islam yang baru balik mengerjakan haji. Namun dekad terakhir ini ramai kelompok tertentu seperti Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban sebagai mengikuti sunnah.

Dalam Sikhisme sunting

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban diberi nama dastar (Bahasa Panjabi: ਦਸਤਾਰ atau دستارdastár); pemakaian ini seiringan dengan perintah kesh (ਕੇਸ) dalam "Lima K" yang melarang kaum lelaki memotong rambut mereka.

Kain serban yang dipakai para penganut Sikh lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya dengan panjang diukur sejauh 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .

Dalam Yahudi sunting

Serban Ibrani

Permasalahan terzahir sunting

Dalam peraturan sekolah sunting

Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada 23 November 2004, Hakim Mahkamah Rayuan Negeri Sembilan Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Sekolah Kebangsaan Felda Serting Fatimah Sihi yang membuang tiga murid berusia antara 10 hingga 13 tahun pada 10 November 1997 kerana memakai serban.[5][6] Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masalah displin murid yang enggan mengikuti peraturan sekolah.[1][2][3]

Isu keselamatan sunting

Pada 27 Ogos 2007, pihak Pentadbir Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (TSA) mengenakan peraturan pemeriksaan menyeluruh dan terpeinci ke atas serban atau penutup kepala penganut agama Sikh biarpun sudah melepasi mesin imbasan pengesan besi; dasar ini berkuatkuasa sejak 4 Ogos 2007. Semua anggota keselamatan di 450 lapangan terbang dan stesen kereta api, pelabuhan dan sistem transit aliran ringan akan melaksanakan semua prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu pihak Gabungan Sikh (SC) mengecam tindakan itu kerana bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika Syarikat.

Rujukan sunting

  1. ^ Sup untuk santapan rohani remaja By Azam Md. Atan.
  2. ^ CHAPTER ON THE TURBAN OF SAYYIDINA RASOOLULLAH SALLALLAHU ALAIHE WASALLAM
  3. ^ Al-Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, m/s. 336 dari Imam al-Tabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti
  4. ^ Energi Zikir dan Salawat Nabi By Syekh M. Hisyam Kabbani.
  5. ^ The Serban Case: Full Judgment delivered by Datuk Abdul Hamid Mohamad FCJ
  6. ^ "Malaysian court upholds school ban on Muslim turban". Australian Broadcasting Corporation (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2004. Dicapai pada 21 Ogos 2020.

Pautan luar sunting