Anuar Zain

Penyanyi lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Shahrul Anuar bin Zain)

Shahrul Anuar Zain (lahir 15 Februari 1970) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik serta bapa saudara kepada penyanyi, Ernie Zakri. Antara lagu-lagu beliau yang hits ialah seperti "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu", "Lelaki Ini", dan terbaru "Sedetik Lebih". Anuar dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.[1]

Anuar Zain
Anuar Zain sewaktu membuat persembahan di Konsert Lelaki Ini di Istana Budaya
Kelahiran
Shahrul Anuar bin Zain

(1970-02-15) 15 Februari 1970 (umur 54)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1985–kini
IbuRobiah Abdul
BapaZain Abdullah
SaudaraZiana Zain (kakak)
Arul Zain (adik)
Ernie Zakri (anak saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Anuar Zain Network Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Camelia, Dayang Nurfaizah, Hetty Sarlene, Amy Mastura
Laman web rasmiwww.anuarzain.com.my

Kerjaya muzik sunting

Beliau lahir di Merlimau tetapi membesar di Shah Alam, Selangor. Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat di dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Ellina. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".

Namun begitu, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja sebagai pramugara bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.

Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatangani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".

Beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1998. Walau bagaimanapun, perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchrosound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".

Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.

Konsert Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari sunting

Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke-43 tahun. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.[2]

Selama 30 tahun, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.[3]

30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dan dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.

Anuar Zain tampil dengan gaya klasik, turut mendendangkan 20 lagu termasuk yang memperkenalkannya di arena seni. Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar juga mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.[4]

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
1999 (AIM6) Artis Baru Lelaki Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Anuar Zain Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Menang
Album Pop Terbaik Tercalon
2003 (AIM10) Kulit Album Terbaik Anuar Zain Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Menang
Album Pop Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Keabadian Cinta Menang
2008 (AIM15) Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) Tinggalkan Aku Anuar Zain Tercalon
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Sedetik Lebih OST Hikayat Merong Mahawangsa Menang
Lagu Pop Terbaik Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Tercalon
Video Muzik Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Menang
2013 (AIM20) Album Terbaik Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas (bersama Dayang Nurfaizah) Tercalon
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu Sedetik Lebih (bersama Dayang Nurfaizah) Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Bila Resah (Penggubah: Jenny Chin) Menang

Anugerah Juara Lagu sunting

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
1998 (AJL 13) Bila Resah Anuar Zain Aznul Haidi Aznul Haidi Pop/Rock Tercalon
2003 (AJL 18) Keabadian Cinta Anuar Zain Azlan Abu Hassan Azalea Balada Tercalon
2004 (AJL 19) Semua Untukmu Anuar Zain Sharizan Salmi Sharizan Salmi Balada Tercalon
2011 (AJL 26) Sedetik Lebih (digantikan oleh Jaclyn Victor) OST Hikayat Merong Mahawangsa Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Terbuka Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita Harian sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1998 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2002 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2003 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2007 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2010 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2011 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2023 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Lain-lain Pencapaian sunting

Anugerah Planet Muzik 2017

  • Penyanyi Lelaki Terbaik

Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)

  • Lagu Tema Terbaik - Sedetik Lebih (ost Hikayat Merong Mahawangsa)

Anugerah Planet Muzik 2008

  • Penyanyi Lelaki Terbaik

Anugerah ERA 2005

  • Vokal Lelaki Pilihan

Anugerah Planet Muzik 2005

  • Penyanyi Lelaki Paling Popular

Anugerah HYPE 2004

  • Penyanyi Lelaki Ter-HYPE!

Anugerah Media Hiburan 03/04

  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Artis Lelaki Kacak

Anugerah Planet Muzik 2004

  • Penyanyi Lelaki Paling Popular

Anugerah ERA 2003

  • Vokal Lelaki Pilihan

Anugerah Planet Muzik 2003

  • Artis Lelaki Paling Popular

Anugerah Media Hiburan 2002

  • Penyanyi Lelaki Solo/Berkumpulan

Profil Vokal sunting

  • Jenis Suara: Lyric Tenor
  • Nota Rendah : F2
  • Nota Tinggi : G5
  • Julat Suara : 3 octaves, 2 semitone

Diskografi sunting

Album studio sunting

Senarai lagu:

1.      Kembali

2.      Andainya Takdir

3.      Cinta Takkan Berakhir

4.      Karena Aku Cinta

5.      Belahan Hati

6.      Hujan

7.      Kembali Padamu Ilahi

8.      Selamat Malam

Album Live sunting

Album kompilasi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik Bursa Muzik Malaysia
1998

Bila Resah

  • Aznul Haidi
Anuar Zain (album 1998) 1 1 - 1 -

Jangan Bersedih Lagi

  • Boon Tan / Amran Omar
3 8 - - -
1999

Kita

  • Aznul Haidi
1 2 - 1 -

Musim Berlalu

  • Freedie Khaw
7 13 - - -

Tangisan Naluri

  • Boon Tan
2 4 - - -
2000

Demi Cinta Kita- duet Hetty Sarlene

  • Iman Wan
"Rindu Aku Rindu" oleh Hetty Sarlene 1 1 - 1 -

Soal Hati- trio bersama Erra Fazira & Afdlin Shauki

  • Ilusif/Habsah Hassan
OST Soal Hati 1 1 - 1 -
2002

Permata

  • Johan Farid Khairuddin/Azalea
Keabadian Cinta 1 1 - 1 -

Keabadian Cinta

  • Azlan Abu Hassan / Azalea
1 - - - -

Kembalilah Kasih

  • Anuar Zain
11 - - - -
2003

Mungkin

  • Pacai
4 - - - -

Sesucinya Cintamu

  • Pacai
2 5 - - -

Kini Bebas - duet Camelia

  • Azlan Abu Hassan / Ucu
"Untukmu" oleh Camelia 1 1 - 1 -
2004

Semua Untukmu

  • Sharizan Salmi
Keabadian Cinta 1 1 1 1 -

Andai duet Amy Mastura

OST Bintang Hati 1 1 1 1 -

Bersabarlah Sayang

  • S Atan
The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah 1 1 1 1 -
2006

Perpisahan

  • Pacai
OST Cinta 6 - 1 - -
2007

Lelaki Ini

  • Numata
Anuar Zain (album 2007) 3 2 1 1 -

Ketulusan Hati

  • A
1 1 1 1 -
2008

Bidadari

  • Numata
3 2 1 1 -

I'm The Lucky One

  • A
1 1 1 1 -

Teman Terulung

  • Numata
3 2 1 1 -
2009

Tinggalkan Aku

  • A
1 1 1 1 -

Kau Bunga Cintaku

  • Numata
3 2 1 1 -
2010

Ku Berjanji Karna Cinta

  • Numata
Anuar Zain album 1 2 1 1 -
2011

Sedetik Lebih

  • Edry Abdul Halim
OST Merong Mahawangsa 3 1 1 1 1

Cinta Harus Memiliki

  • Numata
Anuar Zain album
2012

Sempurnakan Aku

  • Numata

Kisah Kita duet Hunny Madu

  • Hunny Madu
Pulau Janji (album Hunny Madu)

Ajari Aku

  • Dewiq
Anuar Zain album

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Soal Hati Roslan Filem pertama, penampilan khas
2004 Bintang Hati Izad

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Puteri (Musim 1) Dirinya sendiri TV3 Episod: "Penyanyi Pujaan"

Rujukan sunting

  1. ^ Utusan Online. "Anuar Zain terima bayaran tertinggi" Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 17 Julai 2012. Retrieved on 17 February 2013.
  2. ^ Hasnurul Mohamed. "Konsert solo tiga dekad Anuar Zain" Kosmo!, Kuala Lumpur, 19 November 2012. Retrieved on 17 Februari 2013.
  3. ^ Arkib. "Eksklusif di konsert", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 10 February 2013. Retrieved on 8 March 2013.
  4. ^ Berita Harian. "Aura Anuar Pukau 5,000 Penonton" Diarkibkan 2013-02-17 di Wayback Machine, Berita Harian, Kuala Lumpur, 17 Februari 2013. Retrieved on 18 Februari 2013.

Pautan luar sunting