Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir

Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (lahir 23 Mei 1965) merupakan wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo. Sharifah Mazlina merupakan bekas pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pada 9 Disember 2004, beliau mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merentasi Antartika sejauh 1,110 kilometer dalam 22 hari, dua hari lebih awal daripada rekod sebelum ini yang dipegang seorang lelaki warga Britain.

Beliau dijadualkan akan memulakan ekspedisinya, Ekpedisi Kutub Utara: Misi Kutub ke Kutub 2006/2007 ke Kutub Utara pada 8 April 2007 depan dan kejayaannya nanti akan menempatkan beliau sebagai wanita Asia pertama yang berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Manjit Kaur. "Sharifah Mazlina makes it to top of North Pole". The Star (Malaysia). April 18, 2007. Retrieved on January 23, 2009.

Pautan luar sunting