Shiv Sena (Devanāgarī: शिव सेना Śiv Senā, bermaksud 'tentera Shiva', merujuk kepada Shivaji) ialah sebuah parti politik di Mumbai, India yang meraih populariti melalui dasar cauvinisme dan asas kepercayaan Hindu. Pemimpin agungnya Bal Thackeray berpidato dengan menimbulkan rasa tidak selamat antara India dengan Pakistan - jiran India.

Bal Thackeray telah menggelar Shahrukh Khan sebagai pengkhianat kerana menyatakan kekecewaannya apabila tiada pemain-pemain kriket daripada negara musuh India, Pakistan, terpilih untuk menyertai pertandingan Liga Perdana Twenty20 di India pada Mac 2010.[1]

Rujukan sunting