Silinder Cyrus merupakan sebuah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus Agung yang ditulis dalam tulisan pepaku Babylon (bahasa Akkadia) pada silinder tanah liat. Ketika menawan Babylon, Cyrus Agung membuat perisyhtiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya, akta-akta hak kemanusiaan, serta salasilah keluarga dirajanya.

Silinder Cyrus di Muzium British, London.

Shah Mohammad Reza Pahlavi mendakwa bahawa perisytiharan tersebut merupakan titik permulaan sejarah perjuangan hak kemanusiaan. Ini disokong oleh peristyiharan tersebut yang memberikan hak untuk mendirikan semula patung dewa yang telah diharamkan oleh raja Babylon, serta juga kebebasan beragama.

Silinder Cyrus ditemui oleh Hormuzd Rassam, seorang ahli arkeologi Assyria-British, pada tahun 1879 di asas candi Esagila, iaitu candi untuk dewa Marduk di Babylon, dan kini tersimpan di Muzium British di London. [1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Muhammad Dandamaev, Silinder Cyrus, dalam karya E. Yarshater (ed.), Ensiklopedia Iranica, Jilid VI, 1993, m.s. 521

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.