Sime Darby

syarikat

Sime Darby Berhad (MYX: 4197) ialah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad.[2][3]

Sime Darby Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan disenaraikan awam
Didagangkan sebagaiMYX: 4197
ISINMYL4197OO009 Sunting ini di Wikidata
IndustriKonglomerat
PendahuluSime Darby
Guthrie
Golden Hope
Ditubuhkan2007
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanAsia Pasifik
Tokoh pentingRISWAN NOR ALAM BIN ALI
KeluaranIndustri, Motor, Logistik
HasilRM31 bilion (2017)[1]
Pendapatan kendalianRM738m (2017)[1]
Pendapatan bersihRM795m (2017)[1]
Bilangan kakitanganLebih 20,000
Syarikat indukPermodalan Nasional Berhad
Tapak webwww.simedarby.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Taman Perniagaan Sime Darby di Pasir Gudang, Johor.

Sejarah sunting

Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini beralih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.

William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.

Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).

Malaysianisasi sunting

Syarikat British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pada 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli / mengambilalih syarikat Guthrie dari Bursa Saham London dalam apa yang dipanggil sebagai 'serangan waktu subuh'.

Penggabungan sunting

Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Annual Report 2017" (PDF). Sime Darby. Dicapai pada 18 June 2018.
  2. ^ Lim, Peter H L (2009). 1959-2009 Chronicle of Singapore Fifty years of Headline news. Editions Didier Millet. ISBN 9789814217750. Dicapai pada 1 August 2016.
  3. ^ "Malaysia targets alternative fuels market". The Telegraph. 22 December 2006. Dicapai pada 19 December 2016.

Pautan luar sunting