Sin Chew Daily (Cina tradisional: 星洲日報), sebelum ini Sin Chew Jit Poh, ialah sebuah akhbar berbahasa Cina di Malaysia. Menurut laporan Biro Audit Pengedaran untuk tempoh berakhir 31 Disember 2011, Sin Chew Daily mempunyai purata pengedaran harian sehingga kira-kira 500,000 salinan dan menjadi akhbar berbahasa cina terbesar di jual di luar negara China.[1]

Akhbar Sin Chew Daily.

Sin Chew Daily dimiliki oleh Sin Chew Media Corporation Berhad, sebuah subsidiari kepada Media Chinese International Limited. Ia merupakan anggota Asia News Network.

Ia diedarkan di seluruh Malaysia dan negara jiran seperti Selatan Thailand, Brunei dan Indonesia. Ia juga diterbitkan dan dicetak di Indonesia[2] dan Kemboja,[3] dengan kepala akhbar yang berlainan.

Sin Chew Daily mempunyai 53 biro berita dan enam kilang cetakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sejarah sunting

Sin Chew Daily diasaskan pada 15 Januari 1929, oleh Aw Boon Par (胡文豹) dan Aw Boon Haw (胡文虎), pengasas Tiger Balm (虎標萬金油) di Singapura sebagai sebahagian Akhbar Penyatuan Bintang yang dibentuk oleh dua orang dermawan tersebut.[4][5] Akhbar ini digantung pada 1942 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.[6]

Sebuah pejabat di Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1950, namun walaupun selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965, Sin Chew Daily masih beroperasi di ibu pejabatnya di Singapura di bawah pengurusan keturunan pengasasnya, Aw bersaudara. Bagi mempercepatkan proses percetakan, pada 1966, Sin Chew Daily telah membina kilang baharu bertempat di pejabat utama mereka di Petaling Jaya.[7] Dengan penetapan kilang baharu ini, jabatan-jabatan lain seperti meja berita, penyuntingan, penghasilan dan pengedaran turut bermula. Operasi di Petaling Jaya menjadi penerbitan berasingan daripada ibu pejabatnya di Singapura.

Berikutan ketetapan kerajaan yang menghalang pihak luar daripada mengawal media, keluarga Aw memindahkan pemilikan mereka terhadap Sin Chew Daily kepada Lim Kheng Kim pada 1982.[7]

Pada 1987, Sin Chew Daily tenggelam dalam masalah kewangan yang kritikal. Pada 27 Oktober 1987, lesen penerbitannya digantung berikutan Operasi Lalang. Tiong Hiew King, seorang usahawan dari Sarawak, membeli Sin Chew Daily pada 1988. Selepas lima bulan 11 hari, Sin Chew Daily memulakan semula penerbitannya pada 8 April 1988.

Pada awal 1990-an, Sin Chew Daily menjadi akhbar bahasa Cina terlaris, menyaingi pesaingnya, Nanyang Siang Pau.[8]

Pengasas sunting

Tan Sri Tiong Hiew King merupakan pengasas sin Chew Daily.Beliau juga merupakan pengerusi Rimbunan Hijau Group. Beliau juga menjadi Pengerusi Eksekutif Sin Chew Media Corporation Group. Beliau usahawan Malaysia ke-10 terkaya di Malaysia menurut analisis Malaysian Business. '

MySinchew.com sunting

MySinchew.com merupakan portal berbahasa Inggeris akhbar itu. Ia merupakan edisi khas terhad, yang mengandungi rencana pengarang terpilih Sin Chew Daily yang diterjemah ke bahasa Inggeris serta gambar dan rencana sumbangan penulis undangan akhbar itu.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Home". Abcm.org.my. 2 August 2013. Dicapai pada 26 January 2018.
  2. ^ "最新消息 - 星洲网 Sin Chew Daily". Sinchew-i.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2020. Dicapai pada 26 January 2018.
  3. ^ "最新消息 - 星洲网 Sin Chew Daily". Sinchew-i.com. Dicapai pada 26 January 2018.
  4. ^ "Tiger Balm". Tigerbalm.co.uk. Dicapai pada 26 January 2018.
  5. ^ "星洲日报". China News.
  6. ^ "星洲日報:建立世界華人媒體網絡". Sin Chew Daily.
  7. ^ a b "Sin Chew Media Corporation Berhad". Bursa Malaysia.
  8. ^ "ANALYSIS OF PRINT MEDIA AUDITED CIRCULATION BY MEDIA SPECIALIST ASSOCIATION (MSA) 1988 - 2008". Abcm.org.my. Dicapai pada 26 January 2018.
  9. ^ Sin Chew Lancar Buku Walking Tall