Sistem Cegahan Aktif

Sistem Cegahan Aktif (Active Denial System - ADS) merupakan sejenis senjata pemancar gelombang-milimeter kuat yang dikhaskan bagi mengawal rusuhan. ADS dibina oleh tentera Amerika Syarikat dan senjata ini diuji selamat dan tidak membawa maut.[1] Senjata ini juga dikenali sebagai sinar kesakitan.[2] Pengendalian sepenuhnya sistem ini telah ditunjukkan pada 24 Januari 2007 di Tapak Tentera Udara Moody, Georgia dan dikenal pasti akan memulakan operasinya semasa Perang Iraq.

Kesan sunting

ADS berfungsi dengan pengarahan sinaran elektromagnet, khususnya radiasi gelombang mikro berfrekuensi tinggi sebanyak 95 GHz[3] (panjang gelombang lebih kurang 3.2 mm) di hadapan sasaran. Gelombang terbabit menguja molekul air dalam epidermis kepada sekitar 130 °F (55 °C) menyebabkan rasa kesakitan beramatan kerana haba yang sebegitu ekstrem. Bagaimanapun bahang tersebut tidak membakar kulit dan kesakitannya seolah-olah mentol yang sedang menyala ditekan pada kulit.[3] Pancaran fokus boleh diarah pada sasaran hanya kurang setengah kilometer atau sekitar 550 batu[4] Peranti ini mampu menembusi pakaian tebal walaupun sebaliknya berlaku pada dinding.[4]

Pada 95 GHz, frekuensi adalah lebih tinggi berbanding 2.45 GHz pada ketuhar gelombang mikro. Frekuensi ini telah dipilih kerana penyerapan air yang lebih kuat yang menusuk ke dalam kulit pada kedalaman kurang daripada 1/64 inci (0.4 mm)[5] yang hampir kepada hujung saraf. Jurucakap bagi Makmal Penyelidikan Tentera Udara menggambarkan pengalaman beliau sebagai subjek ujian kepada sistem ADS:

Untuk milisaat pertama, rasanya hanyalah seperti kulit telah dipanaskan naik. Ketika itu, ia terus panas dan panas dan kamu akan merasakan kulit kamu dalam kebakaran.... Lebih cepat kamu keluar daripada pancaran tersebut, kulit kamu kembali pulih seperti biasa dan tiada lagi kesakitan.

Radiasi elektromagnet tidak boleh melalui pengalir elektrik jadi kesannya boleh dilindungi dengan jaringan atau kerajang beraliran yang membentuk sangkar Faraday di sekeliling sasaran.

Kini ADS hanya dibina pada kenderaan pasang senjata, bagaimanapun tentera dan polis bekerjasama bagi membina versi ADS mudah alih.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kenderaan lekapan Sistem Cegahan Aktif (V-MADS)". Global Security. Dicapai pada 2008-03-02.
  2. ^ Senjata sinaran, cereka sains utama menemui realiti. Boston Globe, 24 September 2004.
  3. ^ a b Hambling, David (2006), "Techwatch-Forecasting Pain", Popular Mechanics 183 (12): 32, ISSN 0032-4558
  4. ^ a b "AS mendedahkan 'senjata haba'". Daily Telegraph. 25 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-17. Dicapai pada 2021-08-12. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
  5. ^ Helaian fakta Sistem Cegahan Aktif Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine. Sambungan program senjata tidak membawa maut, 2007.