Sistem taksonomi
tumbuhan
Sistem APG
Sistem APG II
Sistem Bentham & Hooker
Sistem Cronquist
Sistem Dahlgren
Sistem de Candolle
Sistem Engler
Sistem Reveal
Sistem Takhtajan
Sistem Thorne (1992)
Sistem Wettstein

Sistem Cronquist ialah sebuah sistem taksonomi tumbuhan untuk pengelasan tumbuhan berbunga (atau angiosperma). Sistem ini diperkembangkan oleh Arthur Cronquist (1919-1992) dalam karyanya:

  • "Sistem Pengelasan Bersepadu untuk Tumbuhan-tumbuhan Berbunga" (An Integrated System of Classification of Flowering Plants) (1981); dan
  • "Evolusi dan Pengelasan Tumbuhan-tumbuhan Berbunga" (The Evolution and Classification of Flowering Plants) (1968; edisi ke-2, 1988).

Sistem Cronquist membahagikan tumbuhan-tumbuhan berbunga kepada dua kelas yang umum, iaitu monokotiledon dan dikotiledon. Susunan-susunan yang berkaitan dimasukkan dalam pelbagai subkelas. Skim in masih digunakan secara meluas, baik dalam bentuk asli, mahupun dalam versi padanan, tetapi banyak ahli botani menggunakan pengelasan Kumpulan Filogeni Angiosperma untuk susunan dan famili tumbuhan-tumbuhan berbunga: APG II.

Sistem yang dikemukakan dalam "Sistem Bersepadu untuk Pengelasan Tumbuhan-tumbuhan Berbunga" (1981) :