Sistem Laporan Adab Belajar

Sistem Laporan Adab Belajar direka bentuk untuk memudahkan guru menilai pembelajaran murid di bilik darjah berasas kepada beberapa mata pelajaran penting seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Bukan sahaja tingkah laku murid tetapi juga berkait dengan prestasi pembelajaran murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dinilai oleh guru-guru.

Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

Sistem ini meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian kerana sistem ini berangkai dengan sistem-sistem lain dalam kumpulannya (e-Sekolah) seperti Sistem Maklumat Murid Berkomputer melaporkan tentang profil peribadi, Sistem Pengurusan Peperiksaan melaporkan tentang prestasi akademik dalam Ujian Pertengahan dan Akhir Tahun, Sistem Pengurusan Kokurikulum untuk melaporkan tentang kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum dan pencapaiannya serta Sistem Merit Demerit merekod perkembangan merit dan demerit berkait dengan sumbangan dan tingkah laku murid keseluruhannya.

Sistem ini juga mempunyai kemudahan untuk menyusun kedudukan murid dalam kelas dan aliran. Serta menganalisis markah maksimum dan minimum diperolehi murid dalam kelas dan aliran. Dengan itu ibu bapa boleh membandingkan pencapaian anak mereka dengan murid-murid yang lain di kelas atau aliran yang sama.