Sistem Maklumat Murid Berkomputer

Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) ialah sistem maklumat murid berkomputer. Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000.

Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer.

Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar.

Pautan luar sunting