Sistem Saraan Malaysia

Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam Malaysia bermula pada tarikh 1 November 2002, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002. Sistem Saraan Malaysia (SSM)adalah bagi untuk menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). Sistem Saraan Malaysia mengunakan penilaian berasaskan kemahiran telah membuat beberapa peningkatan dalam Sistem Saraan Baru (SSB)seperti perubahan sistem penilaian prestasi dan Anugerah perkhidmatan cemerlang, peningkatan peluang kemajuan kerjaya, pengubahsuaian struktur gaji dan elaun serta peningkatan syarat-syarat perkhidmatan.