Siti Sarah

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia (1984-2021)
(Dilencongkan dari Siti Sarah Raisuddin)

Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.[7][8][9][10]

Siti Sarah
Kelahiran
Siti Sarah binti Raissuddin

(1984-09-15)15 September 1984
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 36)
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusu, Gombak, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2001–2021
PasanganShuib Sepahtu (k. 2011–2021)
Anak-anak4
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, balada, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records
Indigital Music
Pengkarya berkait
Ajai, Deja Moss, Jamal Abdillah, Zahid Baharuddin

Kehidupan awal sunting

Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada 3 beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya kepada pasangan Raisuddin Hamzah dan Noor Aini Mohamed.[11] Sarah mempunyai seorang abang, Ahmad Firdous dan seorang adik lelaki, Ahmad Yazeed.[12]

Kerjaya sunting

Bapanya, Raisuddin juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau menyertai pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu. Bakat Siti Sarah dalam industri muzik mula dicungkil menerusi pertandingan Bintang URTV 2001 peringkat Zon Timur di mana beliau merupakan juara setelah menyanyikan lagu Indonesia, "Ku Akui". Kejuaraan itu turut membawanya ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung pada September 2001.[13]

Selepas menyertai Bintang RTM dan Bintang URTV 2001, Siti Sarah menandatangani kontrak rakaman bersama NAR Records pada awal 2002. Album sulungnya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun yang sama dengan lagu "Kesetiaan" dikeluarkan sebagai single pertama.[14][15]

Album keduanya, Mimpi Pun Sama dikeluarkan pada Disember 2003, yang mana ia telah mencatat jualan sebanyak 12,000 unit. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Jangan Kau Mimpi" dan "Saat Hilang Cintamu".[1]

Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal, Spider, Ning Baizura dan Anita Sarawak.[16]

Pada Jun 2005, album ketiga dan terakhirnya, Tiada Dikau Tiada Makna telah dikeluarkan. "Bersamamu" dan "Tinggal Serpihan" dikeluarkan sebagai single utama.[17][18][19] Album kompilasi pertamanya, Suatu Perjalanan dikeluarkan pada 2008 dengan memuatkan lagu-lagu hits beliau dari 3 album terdahulunya.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.[20][21]

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts (WCOPA) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.[22][23][24]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Salbiah.[25][26]

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latiff) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.[27][28][29]

Pada tahun 2018, Siti Sarah muncul dengan lagu bertajuk "Semakin" ciptaan suaminya, Shuib.[30] Beliau juga berduet bersama suaminya menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.[31]

Kehidupan peribadi sunting

Siti Sarah pernah bertunang dengan pelumba motosikal New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson pada Januari 2007 namun pertunangan mereka berakhir pada awal 2008.[32][33] Mereka sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan pada sekitar November 2006.[34]

Beliau berkahwin dengan pelawak, Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011.[35] Pasangan ini dikurniakan 4 anak – Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.[36] Beliau mula bertudung pada Mei 2018.[37]

Ibunya, Noor Aini Mohamed meninggal dunia pada 26 Jun 2013.[38]

Kematian sunting

Ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19, Siti Sarah telah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.[39][40] Beliau meninggalkan suami iaitu Shuib Sepahtu dan 4 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.[41] Sarah menjadi peserta Gegar Vaganza ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada 2019 dan Maya Matahari pada 2020 serta Gmie Screen pada 2021 dan Adibah Noor pada 2022. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.[42][43][44]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Sarah
Mimpi Pun Sama
  • Dikeluarkan: Disember 2003
  • Label: NAR Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Tiada Dikau Tiada Makna
  • Dikeluarkan: Jun 2005
  • Label: NAR Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

Album kompilasi sunting

Tajuk Butiran album
Suatu Perjalanan

Single sunting

Tahun Tajuk Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kesetiaan" 1 1 Sarah
"Ku Teruskan" 6
"Ke Hujung Dunia"
2003 "Pesan Mamaku" 4
"Sandarkan Pada Kenangan"
duet bersama Jamal Abdillah
1 Raja Pop
"Saat Hilang Cintamu" 1 Mimpi Pun Sama
2004 "Jangan Kau Mimpi" 1
"Kenangi Daku"
"Mimpi Pun Sama"
"Tinggalkan Diriku" 2
"Loka Logiknya"
bersama Ajai & Deja Moss
Terbaik Ajai
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaakob, kumpulan
Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsudin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Malis Cinta" Tiada Dikau Tiada Makna
"Bersamamu" 1
2006 "Menari Denganku"
duet bersama Zahid Baharuddin
1
"Cinta Usia Kita"
2007 "Pasti Berbeza" Suatu Perjalanan
2012 "Cinta Itu Nyawa"
duet bersama Shuib
20 Bukan album single
2019 "Semakin"
2020 "Manis"
"Terakhir Buat Teman"
duet bersama Hazama
2021 "Semakin Benci Semakin Cinta"
duet bersama Shuib

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Man Sewel Datang KL Salbiah Filem pertama dan terakhir

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Cinta Apa Di Pagi Raya? Mawar Desa TV1 Telefilem pertama
2009 Geng Raya Zizan Melah Astro Ria Telefilem terakhir

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Bintang RTM Peserta TV2
2012 Karoot Komedia X Artis Jemputan Astro Warna Episod 7: "Batu Belah Batu Bertangkup"
2013 Romantika Dirinya sendiri Astro Ria bersama suaminya Shuib Sepahtu
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Peserta
2018 Mentor Otai Mentor TV3
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Salam Baitullah TV1
2019 Tanya Cik Man (Musim 2) Astro Oasis Episod: "Suami Mengaku Bujang"
Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Esok Belum Tentu Ada"
Rasa Anak Emak Anak Bapak Dirinya sendiri Astro Prima bersama Ayahnya Raisuddin Hamzah
Al-Hidayah Artis Jemputan TV3
Seri Murni Dapur Duet
Jom Berbuka
I Can See Your Voice Malaysia (musim 2)
Di Balik Idola Astro Ria
2020 Trek Selebriti
Wanita Hari Ini TV3
2021 Hujung Ke Hujung TV Okey
Anugerah Malam Ini Awesome TV
Malaysia Hari Ini TV3
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom TV1
MeleTOP Astro Ria

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Planet Muzik 2003 Artis Baru Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang
Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Baru Terbaik Menang
Album Terbaik Sarah Menang
Album Pop Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sarah tidak mengalah". Utusan Malaysia. 29 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2004. Dicapai pada 9 Ogos 2014.
  2. ^ Wanda Idris (14 Disember 2004). "Siti Sarah - Bangga sekalipun gagal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  3. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (24 Januari 2019). "Saya bukan cerewet - Siti Sarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  4. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (28 Jun 2018). "Siti Sarah kembali aktif dalam nyanyian". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  5. ^ Ramlah Zainal (1 Februari 2019). "Sarah kembali menyengat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  6. ^ Izza Safinaz Ibrahim; Zul Husni Abdul Hamid (18 Mac 2003). "Siti Sarah harapan baru dalam muzik tempatan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  7. ^ Hanim Mohd Salleh (19 Mac 2003). "Puas dikata tapi Sarah terbukti terpesona". CyBerita. Dicapai pada 16 Ogos 2010.
  8. ^ Zubir Mohd Yunos (4 Mei 2003). "Sarah ulang sejarah Ning Baizura!". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  9. ^ "Siti Sarah buktikan tidak kejar glamor". Berita Harian Singapura. 4 Mei 2003. m/s. 10. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  10. ^ "Siti Sarah tidak kecewa". Berita Harian Singapura. 27 Oktober 2003. m/s. 14. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  11. ^ Kenneth Chaw (9 Ogos 2021). "From The Archives: How the late Siti Sarah made a comebavk after losing her voice". The Star Online. Dicapai pada 26 August 2021.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Ogos 2021). "Belasungkawa: Siti Sarah Raissuddin - 15 September 1984 - 9 Ogos 2021". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  13. ^ "Lagu kurang popular bawa tuah kepada Siti Sarah". Utusan Malaysia. 6 Jun 2001. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  14. ^ Rosli Manah (7 Mac 2002). "Bintang URTV - Siti Sarah gembira hasrat tercapai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  15. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (7 Mei 2002). "Siti Sarah gementar hadapi karenah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  16. ^ "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-02. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui KLiK.
  17. ^ Khadijah Ibrahim (24 Jun 2005). "Kurang menyengat - Apa kata Sarah?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
  18. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (12 Julai 2005). "Tiada Dikau Tiada Makna". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
  19. ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Oktober 2005). "Sarah berserah". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
  20. ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Oktober 2007). "Sarah Raisuddin optimis dengan OIAM". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2007. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
  21. ^ Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (17 Februari 2008). "3 dara OIAM saingan sengit". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2008. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  22. ^ Rozdan Mazalan (29 April 2009). "33 berentap di Hollywood". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  23. ^ Ardyhanshah Amat (7 Mei 2009). "Ujian besar menanti WCOPA". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  24. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 Februari 2018). "Pengalaman tak banyak, jadi mentor - Siti Sarah". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  25. ^ Mohd Ifqdar Abd Rahman (4 April 2011). "Sarah, Shuib macam belangkas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2011. Dicapai pada 9 Ogos 2011.
  26. ^ SITI AZIRA ABD. AZIZ (19 April 2011). "'Man Sewel Datang KL' Bukan Niat Menghina". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  27. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (15 November 2016). ""Saya pitam sebab penat, bukan dirasuk" - Siti Sarah". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  28. ^ Jemang Rahman (6 Oktober 2016). "Siti Sarah hadapi masalah suara selepas beranak tiga". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-14. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  29. ^ Farhana Ab Rahman (3 Disember 2016). "Sarah menyanyi, Shuib jaga anak". Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  30. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (6 Mei 2018). "Buat lagu sampai gaduh". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  31. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Jun 2021). "Sarah, Shuib kembali berduet". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  32. ^ "Siti Sarah pilih pelumba New Zealand". Berita Harian. 27 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-03. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  33. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (1 Jun 2008). "Sarah putus tunang". Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2008. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  34. ^ Wanda Idris (17 November 2006). "Siti Sarah bercinta dengan juara motocross Asia Pasifik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  35. ^ Feride Hikmet Atak (27 Februari 2011). "Siti Sarah sah bergelar isteri Shuib". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  36. ^ "Shuib, Siti Sarah bersanding selepas 6 tahun kahwin". Berita Harian. 26 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  37. ^ Ifqdar Rahman (31 Mei 2018). "Siti Sarah mohon hidayah kekalkan hijab selepas tunaikan umrah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2018. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  38. ^ "Siti Sarah reda dengan pemergian ibu". Harian Metro. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-13. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  39. ^ "Siti Sarah meninggal dunia". Utusan Malaysia. 9 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  40. ^ "Siti Sarah meninggal dunia". Astro Awani. 9 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  41. ^ Muhamad, Hasimi (6 Ogos 2021). "Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  42. ^ "Bakal Disemadikan Di Gombak, Shuib Tunai Hasrat Sarah". Sinar Harian. 9 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  43. ^ "Siti Sarah selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 9 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  44. ^ "Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan". Berita Harian. 9 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 9 Ogos 2021.

Pautan luar sunting