Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang

Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan zon perindustrian dan komersil bebas bersepadu pertama negara yang meliputi kawasan seluas 400 hektar, menawarkan tapak perindustrian tersedia (tanah terbuka), unit perindustrian ringan (LIU) untuk kilang-kilang dan gudang serta ruang pejabat di kompleks perniagaan PKFZ. Ia terletak di sepanjang Selat Melaka, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, Malaysia. Pada mulanya PKFZ diuruskan oleh Lembaga Perdagangan Bebas Jebel Ali (Jebel Ali Free Zone Authority atau singkatannya JAFZA). Bagaimanapun, ia telah diambil alih dan dijenamakan semula oleh sebuah syarikat tempatan pada tahun 2007.[1] Kawasan taman industri ini menawarkan pelbagai insentif pelaburan kepada pelabur untuk memulakan perniagaan dan fasiliti perkilangan di PKFZ seperti pelepasan cukai pada kebanyakan produk-produk dan/atau perkhidmatan, elaun industri, ekuiti asing 100% dan insentif bagi penyelidikan dan pembangunan, latihan dan eksport.

Presint sunting

Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang dibahagikan kepada 8 presint. Setiap presint memuatkan jenis industri yang berbeza.

Presint Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang
Presint Industri
Presint 1 Logistik
Presint 2 Industri Berat
Presint 3 Industri Ringan dan Pergudangan
Presint 4 Logistik
Presint 5 Kompleks Perniagaan
Pusat dagangan dan pameran
Pusat kastam
Medan Selera
Pejabat penguatkuasa PKFZ
Kelas hotel perniagaan
Presint 6 Automotif
Presint 7 Industri Teknologi Tinggi
Presint 8 Industri Berat

Hubungan pengangkutan sunting

 
Kren-kren Quay Cranes di, Northport, Malaysia.

Pelabuhan Klang memang dihubungkan dengan baik dengan salah satu daripada penerbangan dan taburan hab-hab terbaik di Asia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lapangan terbang tersebut yang menguruskan Pusat Kemajuan Kargo KLIA yang meliputi 108 ekar (0.4 km²) tanah dan boleh mengendalikan satu juta kargo setahun dengan kebolehan untuk mengembang hingga 3 juta/tahun. Pusat ini juga direka sebagai satu integrasi penghantaran hub di dalam Zon Komersil Bebas.

Pelabuhan ini juga berhubung rapat dengan Northport dan West Port di Pelabuhan Klang, pelabuhan ke-16 paling sibuk di dunia.[2].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting