SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri); sebagaimana Radar, ringkasan ini menjadi begitu biasa sehinggakan huruf besar sering ditinggalkan. Secara ringkas, selaman scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.

Peralatan aqua-lung
Penafasan semula Rebreather
BCD

Terdapat dua jenis peralatan SCUBA:

  • Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran.
  • Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'.

Pilihan lain kepada peralatan SCUBA adalah:

Peralatan seumpama SCUBA juga digunakan untuk applikasi bukan selaman:

Sejarah sunting

Penggunaan tangki udara pertama yang diketahui adalah di Itali, pada abad ke 15: Leonardo da Vinci mengesahkan dalam Atlantic Codexnya (Biblioteca Ambrosiana, Milan) bahawa sistem yang digunakan pada masa itu untuk pernafasan buatan dalam air, tetapi dia tidak menerangkan dengan terperinci kerana apa yang dikatakannya "sifat jahat semulajadi manusia", yang akan mengambil kesempatan dari teknik ini untuk menegelamkan kapal dan melakukan pembunuhan. Sesetengah lukisan menunjukkan pelbagai jenis snorkel dan tangki udara (yang dibawa pada dada) yang dianggap tidak mempunyai sambungan luaran. Lukisan lain menunjukkan perkakasan selam lengkap, dengan pakaian selam (plunger suit) yang mempunyai sejenis topeng dengan kotak udara. Projek tersebut amat terperinci sehinggakan ia turut dilengkapi dengan pengumpul air kencing.

Selepas kajian Leonardo, dan oleh Halley (pakar kaji bintang), pada abad ke 19, Augustus Siebe memajukan pakaian selam piawaian, sejenis perkakasan selaman dibekal dari permukaan. Kajiannya disempurnakan oleh seorang Perancis Joseph Cabirol dan kemudiannya, lebih lengkapnya oleh Benoit Rouquayrol dan Auguste Denayrouze, yang menjadikan penyelam bebas dari bekalan udara dari permukaan dangan memajukan silender selaman moden pertama.

Pada tahun 1879 Henry Fluess mencipta peranti litar tertutup pertama dengan menggunakan oksigen tersimpan dan penyerapan karbon dioksida melalui (caustic soda) atau pengitar nafas untuk menyelamatkan pekerja lombong yang terperangkap oleh air.

Pada tahun 1906 jadual nyahmampat (decompression tables) yang pertama ("kaedah nyahmampat") diterbitkan.

Pada tahun 1915 Sir Robert Davis mencipta "Peralatan bebas kapal selam", dari mana botok oksigen mampat boleh dibuka dalam air sekiranya diperlukan, membekalkan udara kemulut. Udara hembusan dibebaskan ke dalam paru-paru palsu dari mana ia dibebaskan.

Pada tahun 1925 Yves Le Prieur mencipta peranti yang lebih baik pada tahun 1933, dilengkapi dengan udara mampat. Ia mampu menyimpan 20 minit pada kedalaman 7 meter dan 15 minit pada kedalaman 15 metre.

Pada tahun 1941, semasa Perang Dunia II, peralatan ujian ini digunakan untuk aksi perang yang paling terkenal dan mengkagumkan: "Decima Mas" Itali (kor tentera laut elit di bawah pemerintahan komandar Junio Valerio Borghese) pada waktu malam, memasuki pelabuhan Alexandria, Mesir, bawah air. Mereka menggunakan kenderaan bawah air khas ("maiali" = babi) dan peralatan pernafasan, dan berjaya meletakkan periuk api tentera laut pada bahagian bawah kapal, yang kemudiannya berjaya ditenggelamkan.

Pada Julai 1943 seorang Perancis Georges Comheines berjaya mencecah 53 meter (~174 kaki), di persisiran pantai Marseille, dengan peralatan dua botol yang dimajukannya berasaskan peralatan Le Prieur. Selaman memakan masa 2 minit (kelihatannya menurut jadual nyah mampat (decompression) ).

Pada bulan Oktober berikutnya, Frédéric Dumas mencecah 62 meter (~200 kaki), dengan peralatan dicipta bersama oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan dan dinamakan Aqua-Lung.

Pada tahun 1958 siri televisyen SEA HUNT, memperkenalkan penyelaman SCUBA kepada penonton TV.

Wayang juga turut mempopularkan sukan ini. Penyelaman SCUBA ditonjolkan dalam filem seperti The Abyss, James Bond dalam Thunderball dan Fantastic Voyage.

Topik berkenaan sunting

Pautan luar sunting