Sochi (Rusia: Со́чи, IPA: [ˈsot͡ɕɪ] adalah sebuah bandar raya di Jajahan Krasnodar, Rusia yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam berhampiran dengan sempadan antara Georgia dan Abkhazia. Kawasan Sochi Raya adalah kawasan yang mempunyai keluasan 3,526 kilometer persegi (1,361 batu persegi) dengan kawasan sub-urban yang berkembang 145 kilometer (90 batu) di sepanjang pantai Laut Hitam berhampiran Pergunungan Caucasus. Keluasan kawasan pusat bandar yang betul adalah 176.77 kilometer persegi (68.25 batu persegi).

Sochi
Bendera Sochi
Jata Sochi
Lokasi bagi Sochi
Map
Sochi is located in Bumi
Sochi
Sochi (Bumi)
Koordinat: 43°35′7″N 39°43′13″E / 43.58528°N 39.72028°E / 43.58528; 39.72028Koordinat: 43°35′7″N 39°43′13″E / 43.58528°N 39.72028°E / 43.58528; 39.72028
NegaraRusia
Subjek persekutuanKrasnodar Krai
Ditubuhkan1838Edit this on Wikidata
Aras
65 m (213 ft)
Penduduk
 • Estimate 
(2018)[1]
424,281
Zon waktuUTC+3 (Waktu Moscow Edit this on Wikidata[2])
Poskod[3]
354000–354999Edit this on Wikidata
OKTMO ID03726000001

Menurut bancian tahun 2010, bandar ini mempunyai penduduk tetap seramai 343,334 orang berbanding 328,809 orang yang direkodkan dalam banci 2002, menjadikan ia bandar raya peranginan terbesar di Rusia. Sochi adalah diantara hanya beberapa tempat di Rusia yang mengalami iklim subtropika, dengan keadaan cuaca yang panas untuk musim panas dan musim sejuk yang sederhana.

Sochi mempunyai iklim lembap subtropika dengan musim sejuk yang sederhana (purata 11°C (52°F)) pada waktu siang dan (4°C (39°F)) pada waktu malam) dalam tempoh dari Disember hingga Mac dan musim panas (purata 24°C (75°F) pada waktu siang dan 16°C (61°F) pada waktu malam) dalam tempoh dari Mei hingga Oktober.

Dengan beberapa pusat peranginan ski berdekatan Roza Khutor di Krasnaya Polyana, Sochi menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2014 serta Grand Prix Formula 1 Rusia bermula pada tahun 2014 sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2020, tertakluk kepada litar yang masih dalam pembinaan. Sochi juga bakal menjadi salah satu bandar-bandar tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2018 yang akan dianjurkan oleh Rusia.

Pautan luar sunting


  • Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

    1. ^ "26. Численность постоянного населения Российской Федерации по муниципальным образованиям на 1 января 2018 года". Dicapai pada 23 Januari 2019.
    2. ^ "Об исчислении времени". Официальный интернет-портал правовой информации (dalam bahasa Russian). 3 June 2011. Dicapai pada 19 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
    3. ^ Почта России. Информационно-вычислительный центр ОАСУ РПО. (Russian Post). Поиск объектов почтовой связи (Postal Objects Search) (dalam bahasa Rusia)