Sorraia merupakan sejenis baka kuda yang jarang-jarang ada, berasal dari bahagian semenanjung Iberia yang kini dikenali sebagai Portugal. Sorraia dikenali dengan ciri-ciri primitifnya, termasuk tampang sisi yang cembung serta perwarnaan dun dengan tompok-tompok primitif. Berkenaan asal-usulnya, telah dianjurkannya satu teori oleh sesetengah pihak bahawa Sorraia merupakan keturunan dari kuda primitif yang tergolong dalam fauna liar semula jadi di Iberia Selatan. Kajian-kajian sedang dijalankan untuk menemui hubung kait antara Sorraia dan pelbagai jenis kuda liar, di samping hubungannya dengan baka-baka lain dari Semenanjung Iberia dan Afrika Utara.

Sorraia

Seekor kuda Sorraia jantan
Ciri-ciri unggul: Kurus, bentuk kaki panjang, bonggol yang selesa, leher yang jinjang, tampang sisi yang cembung; berwarna grulla atau dun, biasanya tanpa tanda-tanda putih
Negara asal: Asal barat daya semenanjung Iberia, kini terdapat terutamanya di Portugal dan Jerman
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda baka ini kecil tetapi tahan lasak dan senang menyesuaikan diri dengan keadaan yang teruk. Sekali-sekala ia ditangkap dan digunakan oleh petani tempatan selama berabad-abad, malah sebuah populasi tinggalan bagi kuda yang hampir pupus ini ditemui oleh seorang ahli zoologi Portugal pada awal abad ke-20. Kini, kuda Sorraia menjadi tumpuan usaha pemuliharaan yang diterajui oleh para saintis Eropah beserta peminat-peminat dari pelbagai negara membentuk projek-projek serta membentuk kawanan-kawanan untuk membantu dalam pemantapan semula baka ini dari status terancamnya sekarang.

Rujukan sunting