Sovremennik (["Современник"] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), harfiah, Zaman) ialah majalah sastera, sosial dan politik Rusia yang diterbitkan di Saint Petersburg pada tahun-tahun 1836-1866. Ia diterbitkan empat kali setahun antara tahun 1836 dan 1843, dan sebulan sekali selepas itu. Majalah ini menerbitkan puisi, prosa, rencana kritis, sejarah, etnografi dan rencana-rencana lain.

Sovremennik
Halaman judul keluaran yang dicetak selepas kematian Alexander Pushkin
Isu pertama1836
Isu terakhir1866
Bertapak diSaint Petersburg
BahasaRusia

Sovremennik berasal daripada usaha peribadi Alexander Pushkin yang kekurangan wang untuk membiaya keluarganya yang bertambah besar. Pemuisi ulung itu mengajak pemuisi Nikolai Gogol, Pyotr Vyazemsky dan Vladimir Odoyevsky untuk menyumbangkan karya mereka bagi menyokong majalah. Majalah inilah wahana yang mula-mula menerbitkan pelbagai pilihan puisi Fyodor Tyutchev. Tidak lama kemudian ia menjadi jelas bahawa jurnal Pushkin tidak dapat bersaing dengan jurnal Faddey Bulgarin, yang menerbit banyak lagi karya sastera yang popular dan yang lebih ringan. Sovremennik ketinggalan zaman dan tidak mendapat langganan.

Apabila Pushkin meninggal dunia, sahabatnya Pyotr Pletnyov mengambil alih sebagai penyunting pada tahun 1838. Beberapa tahun kemudian majalah merudum, dan Pletyov menyerahkannya pada tahun 1847 kepada Nikolay Nekrasov dan Ivan Panaev. Nekrasov lah yang betul-betul menjadikan majalah satu usaha yang menguntungkan. Beliau mendapatkan perkhidmatan Ivan Turgenev, Ivan Goncharov, Alexander Herzen, dan Nikolai Ogaryov. Sovremennik merupakan majalah pertama yang menerbitkan terjemahan karya-karya Charles Dickens, George Sand, dan penulis asing yang laris penjualan mereka.

Kendatipun majalah diempunya dan diusahakan Nekrasov, ketua penyunting rasminya ialah Alexander Nikitenko. Pengkritik realis tajam Vissarion Belinsky bertanggungjawab atas ideologi majalah. Kritikannya terhadap hakikat kehidupan dan propagandanya tentang idea-idea demokrasi menjadikan jurnal popular di kalangan golongan cerdik pandai Rusia. Pengedaran Sovremennik' mencecah 3,100 salinan pada tahun 1848.

Semasa pemerintahan reaksionis Tsar Nicholas I jurnal ini terpaksa berhadapan dengan penapisan dan rungutan para bangsawan yang tidak berpuas hati dengannya. Kedudukan jurnal ini bertambah rumit apabilah Herzen berpindah (1847) dan Belinsky meninggal dunia (1848). Walaupun berhadapan dengan masalah-masalah ini, Sovremennik menerbitkan karya-karya penulis terbaik Rusia pada zamannya: Leo Tolstoy, Turgenev, dan Nekrasov. Kerja-kerja Timofey Granovsky, Sergey Solovyov dan para sejarawan ulung yang lain turut diterbitkannya.

Penyumbang Sovremennik
"Penyumbang yang pasti"

Rujukan sunting

Templat:Efron