Spencer Perceval, KD (1 November 176211 Mei 1812) adalah seorang negarawan British dan Perdana Menteri. Beliau sahaja Perdana Menteri British yang telah dibunuh.

The Rt Hon Spencer Perceval
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
4 Oktober 1809 – 11 Mei 1812
RajaGeorge III (Pemangku Raja)
Didahului olehDuke dari Portland
Digantikan olehEarl dari Liverpool
Canselor Exchequer
Dalam jawatan
26 Mac 1807 – 11 Mei 1812
RajaGeorge III (Prince Regent)
Didahului olehLord Henry Petty
Digantikan olehNicholas Vansittart
Butiran peribadi
Lahir1 November 1762
Dataran Audley, London
Meninggal dunia11 Mei 1812 (age 49)
Lobi Dewan Rakyat
Parti politikTory
Alma materTrinity College, Cambridge

Awal hidup dan pendidikan sunting

Perceval ialah anak lelaki ketujuh John Perceval, Earl Kedua Egmont oleh isteri keduanya, Catherine. Bapanya penasihat rapat kepada Frederick, Putera Wales serta Raja George III yang pernah berkhidmat buat tempoh yang singkat dalam Kabinet sebagai Lord Pertama Admiralti tetapi meninggal dunia ketika Perceval hanya berumur 10 tahun.

Perceval menyertai Sekolah Harrow serta Trinity College dan di Cambridge, beliau tertarik kepada gerakan Gereja England evangelis. Pada akhir hayatnya, Perceval menjadi pakar ramalan Bible dan menulis risalah tentang ramalan yang ditemuinya. Perceval menjadi barrister dalam perlitaran Midland, tetapi tidak mendapat cukup kerja sehingga selepas dibantu oleh hubungan keluarganya. Melalui keluarga ibunya, beliau dilantik sebagai Timbalan Perakam di Northampton dan selepas menjadi Pesuruhjaya Muflis, beliau diberi gaji buta yang sah sebanyak £119 setahun. Perceval berkhidmat untuk Takhta Kerajaan dalam pendakwaan Thomas Paine (1792) serta John Horne Tooke (1794), dan menulis risalah untuk menyokong pendakwaan Warren Hastings.

Kerjaya politik awal sunting

Sebagai Peguam Negara sunting

Abang (atau adik) Perceval, Lord Arden, berkhidmat dalam kerajaan William Pitt Muda dan menyebabkan Perceval mendapat perhatian. Beliau dicalonkan untuk jawatan Ketua Setiausaha kepada Lord Lieutenant untuk Ireland pada tahun 1795 tetapi menolak gagasan kerjaya politik. Bagaimanapun, Perceval menerima pencalonan sebagai ahli parlimen Northampton pada tahun 1796, apabila pewaris tuan punya tidak melayakkan diri untuk amanah keluarga. Beliau membuat sebilangan ucapan yang membidas Charles James Fox dan politik revolusi dengan ganas, dengan itu menarik Pitt sehingga mempertimbangkannya sebagai pewaris yang mungkin. Perceval dilantik sebagai Peguam Cara Kelengkapan pada tahun 1798.

Perceval tidak bersimpati dengan peletakan jawatan Pitt, akibat Emansipasi Katolik, selepas kelulusan Akta Kesatuan dengan Ireland. Justera itu, beliau dinaikkan pangkat dalam kerajaan Addington menjadi Peguam Cara mulai dari tahun 1801, dan kemudiannya Peguam Negara mulai dari tahun 1802. Bagaimanapun, Perceval tidak bersetuju dengan dasar am Addington, khususnya dasar luar negerinya dan oleh itu, mengehadkan diri kepada ucapan-ucapan tentang persoalan undang-undang. Apabila beliau mempertahankan kerajaan, beliau hanya memberi komen yang penuh cercaan. Apabila Pitt kembali pada tahun 1804, Perceval mengekalkan jawatannya. Walaupun beliau memulakan pendakwaan orang yang radikal, Perceval juga membaharui undang-undang tentang pengangkutan hukuman ke Australia.

Semasa upacara pengebumian Pitt pada bulan Januari 1806, Perceval merupakan salah satu pengusung. Beliau kemudian menjadi penentang kerajaan apabila kerajaan baru memasukkan Fox, dan memberi banyak ucapan yang berkesan untuk menentang 'Ministry of All the Talents' (Kementerian Semua Bakat). Beliau juga menentang bersungguh-sungguh, khususnya terhadap emansipasi pemberian hak sama rata kepada penganut mazhab Katolik. Apabila Kementerian tersebut jatuh, Duke Portland mengasaskan sebuah kerajaan campuran tak stabil yang terdiri daripada anggota kanan Tory, dengan Perceval sebagai Canselor Exchequer serta Ketua Dewan Rakyat. Dengan Portland kini tua, kurang sihat dan merupakan boneka, Perceval merupakan Perdana Menteri yang sebenar. Beliau biasanya juga tinggal di 10 Downing Street, walaupun beliau membeli Elm Grove, sebuah rumah yang besar dan selesa di Ealing, 8 batu (13 km) di arah barat London. Rumah itu pada tahun 1808 merupakan rumah Biskop Durham.[1]

Sebagai Kanselor Exchequer (1807–1809) sunting

Adalah di bawah Perceval bahawa William Wilberforce meluluskan rang undang-undang untuk menghapuskan perdagangan abdi. Apabila Napoleon Bonaparte menyekat perdagangan British di bawah Sistem Benua, Perceval mendraf undang-undang Orders-in-Council untuk membalas terhadap perdagangan asing. Beliau juga menentang sebarang bantuan kerajaan kepada Maynooth College. Kerajaannya seringnya mengalami perpecahan dan apabila Duke Portland menghidap angin ahmar pada bulan Ogos 1809, timbulnya persaingan yang hebat antara Perceval dengan George Canning tentang siapakah yang wajar mengambil alih. Perceval menang dengan sokongan daripada Viscount Castlereagh.

Pemerintahan sunting

Tidak berupaya memujuk Canning dan sekutu-sekutu Canning menyertainya, pentadbiran Perceval terkenal khususnya kerana tidak merangkumi kebanyakan negarawan yang penting pada zaman itu. Beliau terpaksa bertindak sebagai Canselor sendiri selepas menerima enam penolakan untuk jawatan tersebut. Kerajaannya kekadangnya menghadapi keadaan yang susah payah dalam Dewan Rakyat, dengan usul-usul yang genting tentang kedua-dua dasar luar negeri dan ekonomi ditewaskan. Walaupun demikian, Perceval tidak berganjak dan masih menentang sebarang reformasi sistem pengundian.

Tambahan lagi, Perceval juga terpaksa menghadapi kemerosotan kesihatan Raja George III yang gering kuat akibat penyakit gila. Walaupun beliau berasa risau bahawa Pemangku Raja akan menyingkirkan kerajaannya, putera itu melepaskan sokongannya kepada Parti Whig dan mengesahkan Perceval dalam jawatannya. Percubaan-percubaan kemudian oleh putera itu untuk memujuk orang-orang lain supaya menyertai Kementerian Perceval tidak berhasil. Perceval mengejar Perang Semenanjung dengan gigih dan selalu mempertahankannya terhadap mereka yang meramalkan kekalahan.

Pembunuhan sunting

 
Lukisan yang menggambarkan pembunuhan Perceval. Perceval berbaring di atas tanah manakala pembunuhnya, John Bellingham, sedang menyerahkan diri kepada para pegawai (jauh kanan).

Undang-undang Orders-in-Council untuk menentang perdagangan hamba abdi yang dimulakan oleh Perceval pada tahun 1807 menjadi tidak popular menjelang musim sejuk 1811, dengan rusuhan-rusuhan tercetus oleh golongan Luddite. Perceval terpaksa mengadakan penyiasatan yang didesak oleh Dewan Rakyat.

Pada 11 Mei 1812, dalam perjalanannya untuk menyertai penyiasatan tersebut, Perceval ditembak pada jantungnya di lobi Dewan Rakyat oleh John Bellingham, seorang yang tidak waras fikirannya menyalahkan teguran Perceval yang disangka sambil lewa atas ketakstabilan keadaan kewangan dirinya. Perceval meninggal dunia dengan hampir serta merta selepas berkata, "Aku dibunuh." Bellingham menyerahkan diri kepada para pegawai dan selepas didapati bersalah, dia dihukum gantung seminggu kemudian.[2]. Adalah seringnya disalah anggap bahawa kematian di Istana Westminster adalah haram tetapi sebenarnya, hanya kematian di Dewan Pertuanan diharamkan, sebagaimana diasaskan oleh kes ini.

Mayat Perceval dikekalkan di 10 Downing Street selama lima hari sebelum dikebumikan di Gereja St Luke yang terletak di Charlton, London tenggara.

Rujukan sunting

  1. ^ Neaves, Cyrill (1971). A History of Greater Ealing. United Kingdom: S. R. Publishers. m/s. 95. ISBN 0-85409-679-5.
  2. ^ Prime Ministers and Politics Timeline, BBC History

Pautan luar sunting