Spermatozoon (atau spermatozoa) ialah sejenis sel sperma yang motil, atau sebentuk sel haploid bergerak yang merupakan gamet jantan. Seekor spermatozoon bergabung dengan sebiji ovum untuk membentuk zigot. (Zigot ialah sel tunggal dengan set kromosom lengka yang lazimnya berkembang menjadi embrio.) Istilah spermatozoon berasal dari perkataan Yunani σπέρμα (benih) dan ζῷον (hidupan).

Spermatozoon
Sel sperma cuba menembusi kulit ovum untuk menyuburkannya.
Rajah spermatozoon manusia
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinspermatozoon
MeSHD013094
Terminologi anatomi

Sel-sel sperma menyumbangkan kira-kira separuh maklumat genetik nukleus kepada zuriat diploid (tetapi selalunya kecuali DNA mitokondrium). Bagi mamalia, jantina zuriat ditentukan oleh sel sperma: spermatozoon yang membawa kromosom Y akan melahirkan zuriat jantan (XY), sementara yang membawa kromosom X akan melahirkan zuriat betina (XX)—ovum sentiasa membawa kromosom X sahaja. Sel-sel sperma julung kali diperhatikan oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1677.[1]

Sperma manusia sunting

 
Mikrograf elektron spermatozoon manusia yang dibesarkan 3140 kali.

Sel sperma manusia merupakan sel pembiakan lelaki yang hanya boleh hidup dalam persekitaran yang hangat; sebaik sahaja meninggalkan tubuh, sel-sel sperma itu semakin rentan dan mudah cepat mati, sekaligus menyusutkan kualiti sperma. Terdapat dua jenis sel sperma manusia, iaitu "betina" dan "jantan". Bezanya ialah, yang betina membawa kromosom X sementara yang jantan membawa kromosom Y.

Bagi manusia lelaki, sel-sel sperma terdiri daripada kepala sebesar 5 µm kali 3 µm dan ekor yang panjangnya 41 µm. Ekor itu memflagelum untuk menggerakkan sel sperma (sekitar 1–3 mm/minit dalam manusia) secara berkibar-kibar dalam bentuk kon elips.[2] Air mani bersifat alkali dan tidak mencapai kemotilan penuh (hipermotil) sehingga ia mencapai faraj di mana pH alkalinya dineutralkan oleh bendalir faraj yang berasid. Proses yang perlahan ini mengambil masa 20–30 minit. Ketika ini, fibrinogen dari vesikel seminal membentuk kentalan untuk melindungi sperma. Sebaik sahaja menjadi hipermotil, fibrinolisin dari prostat melarutkan kentalan supaya sperma itu boleh mara secepat-cepatnya.

Spermatozoon dicirikan oleh cytoplasm yang minimum serta kandungan DNA yang paling padat dalam eukariot. Berbanding dengan kromosom mitosis dalam sel somatik, DNA sperma tidak kurang enam kali lebih padat.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Timeline: Assisted reproduction and birth control". CBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-08-05. Dicapai pada 2006-04-06.
  2. ^ Sumio Ishijima, Shigeru Oshio, Hideo Mohri, "Flagellar movement of human spermatozoa", Gamete research, 1986, vol. 13, no3, pp. 185–197 (27 ref.)[1][pautan mati kekal]
  3. ^ Ward WS, Coffey DS (1991). "DNA packaging and organization in mammalian spermatozoa: comparison with somatic cells". Biol. Reprod. 44 (4): 569–74. doi:10.1095/biolreprod44.4.569. PMID 2043729.

Pautan luar sunting


Templat:Male reproductive system