Spybot - Search & Destroy

Spybot - Search & Destroy (Spybot - Cari & Musnah) merupakan program penghapusan perisian jahat (malware), perisian intip (spyware) dan perisian iklan (adware) di mana berfungsi dalam Microsoft Windows 95 dan ke atas. Seperti kebanyakan pengesan perisian jahat, Spybot mengesan cakera keras komputer dan RAM untuk perisian yang berniat jahat.

Spybot - Search & Destroy
Spybot - Search & Destroy 1.4 menjalankan operasinya dalam Windows XP
PembangunSafer Networking Limited
Keluaran stabil
1.6.0 / 8 Julai 2008
Sistem pengendalianMicrosoft Windows, Windows Mobile dan Symbian
JenisPerisian penghapusan spyware
LesenPerisian berhak
Tapak webSafer-networking.org

Spybot direka oleh seorang jurutera perisian Jerman, Patrick Michael Kolla dan diedarkan oleh syarikat miliknya yang berpangkalan di Ireland iaitu Safer Networking Limited.

Lesen sunting

Pada masa ini, Spybot dikeluarkan sebagai perisian percuma. Walau bagaimanapun, cetakan halus lesen menunjukkan pengedaran secara komersil telah ditanggung oleh Safer Networking Limited bagi sebarang kegunaan umum.

Ciri-ciri sunting

Spybot membaikpulih masalah dengan mengesan cookies, sistem dalaman, Winsock LSPs, objek Active X, browser hijackers dan browser helper object (BHOs) serta mampu memberi perlindungan profil pengguna persendirian dengan menghapuskan usage tracks. Selain itu, Spybot juga mempunyai keupayaan untuk mengimunkan kandungan. Jadi, pengguna mampu menghalang pemuat turun yang berpotensi menghantar spyware sebelum ia menceroboh dan menjangkiti komputer.

Kelengkapan lain yang terdapat dalam Spybot ialah pencincang fail (file shredder) yang berfungsi menghapuskan sesuatu fail secara selamat. Bagaimanapun, kelengkapan tersebut dihapuskan bermula daripada versi 1.5 dan seterusnya. Walaupun Spybot bukan program anti-virus tetapi mampu mengesan beberapa trojan.

Modul Tea-Timer yang disediakan khusus oleh Spybot menyediakan perlindungan masa nyata daripada perubahan pendaftaran (registry) yang tidak dikehendaki. Spybot juga menyediakan lebih dua dozen bahasa termasuk Bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Mohamad Amirul Iman serta beberapa jenis paparan muka yang boleh dimuat turun melalui laman rasminya bagi kepuasan pengguna. Di samping itu, pengemaskinian Spybot seperti penaiktarafan, bahasa baharu serta algoritma heuristik yang lebih baik boleh dipilih dari pelbagai saluran.

Kajian dan anugerah sunting

Spybot dipuji kerana kemudahan memuat turun yang mudah dan cepat, pengemaskinian percuma dan kecemerlangan operasinya. Spybot pernah memenangi banyak anugerah termasuk World Class 2003 Awards, the PC Magazine Editor's Choice and PC User Top Buy #1. Selain itu, Spybot telah disarankan oleh ZDNet, Wall Street Journal, The Guardian, MSNBC dan CNN sebagai perisian anti-spyware yang mesti dimiliki.

Bagaimanapun PC World mengundi Spybot di tangga yang agak tercorot dalam carta anti-spywarenya di mana majalah tersebut meletakkan markah 59 yang diklasifikasikan sebagai lemah kerana Spybot hanya mampu mengesan spyware yang tidak aktif kurang daripada 2%.[1] CNet Reviews juga mengundi Spybot 1.4 dengan jumlah sebanyak 5.8 kerana kelemahan prestasinya.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tinjauan ke atas Spybot Search & Destroy 1.4 oleh PC World". 20 Ogos 2007. Dicapai pada 31-12-2007. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Tinjauan ke atas Spybot Search & Destroy 1.4 oleh CNet Review". 27 Mac 2007. Dicapai pada 31-12-2007. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar sunting