Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk.[1]

Stadium Merdeka
Bangunan Stadium Merdeka dari jauh.
Bangunan Stadium Merdeka dari jauh.
LokasiKuala Lumpur
Pecah tanah25 September 1956
Dibuka21 Ogos 1957
Ditutup2016
PemilikPermodalan Nasional Bhd
PengendaliThe Merdeka Heritage Trust
Permukaanpadang rumput,trek
ArkitekJabatan Kerja Raya (JKR)
Kapasiti20,000 penonton
Penyewa
Dahulunya Selangor FA
Dahulunya Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Sukan Asia Tenggara (1965, 1971, 1977)
Sukan Para Belia Asia 2013
Kuala Lumpur FA

Kerja-kerja pembinaannya diselenggara oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton.

la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam.

Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dalam kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.

Pengistiharan kemerdekaan Malaysia oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanah air, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.

Tetapi pada satu ketika semasa stadium yang diuruskan oleh Perbadanan Stadium Merdeka ini menjadi satu tempat paling bersejarah, ia pernah dicadangkan untuk dirobohkan semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Alasannya adalah bagi memberi peluang kepada pembangunan kompleks pejabat dan hiburan bernilai RM 1 bilion. Tetapi atas inisiatif beberapa orang termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri Malaysia yang menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir supaya stadium ini tidak dirobohkan, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu sentimental dengan nilai sejarah ini. Akhirnya pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.

Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45,000 tempat duduk telah dikurangkan kepada 20,000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun telah dirobohkan. Pekerja memulakan kerja merombak bumbung ke tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini adalah bahagian rancangan ulang tahun Malaysia ke-50 untuk menghidupkan semula detik-detik apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di sini. Pada tahun 2016, Permodalan National Berhad membaikpulih stadium ini. Ia dijangka siap pada penggal ketiga 2024.

Peristiwa yang berlaku di Stadium Merdeka sunting

  1. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
  2. Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (dahulunya Musabaqah Al-Quran). Kali pertama diadakan di Stadium Merdeka, 1960.
  3. Sukan SEA (dahulunya Sukan SEAP)
  4. Pestabola Merdeka
  5. Penyerahan Panji-Panji Diraja oleh Yang DiPertuan Agong,Sultan Haji Ahmad Shah kepada Maktab Tentera Diraja pada 3 Jun 1981
  6. Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 pada 12 Januari 2013

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml www.worldstadiums.com (Stadium Merdeka)

Pautan luar sunting