Stesen Subang Jaya

(Dilencongkan dari Stesen Komuter Subang Jaya)

Stesen Keretapi Subang Jaya adalah stesen keretapi yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Subang Jaya KTM Komuter Rapid KL
سوبڠ جاي
Pemandangan stesen dari luar.
LokasiStesen Subang Jaya, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°5′4″N 101°35′17″E / 3.08444°N 101.58806°E / 3.08444; 101.58806Koordinat: 3°5′4″N 101°35′17″E / 3.08444°N 101.58806°E / 3.08444; 101.58806
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Prasarana Malaysia
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
5 Laluan Kelana Jaya
10 Laluan Skypark
Platform3:2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek6
Pengendali kereta api2 10 Keretapi Tanah Melayu
5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 641, T770, SJ01
Pembinaan
Jenis struktur2 10 Atas tanah
5 Bertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ28 
Tarikh penting
Ogos 1995Stesen KTM dan 2 dibuka.
Jun 2016Stesen dibina semula. 5 dibuka.
Mei 201810 dibuka.
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang
Stesen terakhir
Laluan Skypark
Stesen terakhir
Rapid KL
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM Laluan Skypark, dan satu bahagian lagi Laluan Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Stesen bersepadu dibuka pada 30 Jun 2016 seiring dengan pembukaan sambungan jajaran LRT.

Sejarah sunting

Stesen ini dibuka pada Ogos 1995 bagi perkhidmatan KTM Komuter dibawah Projek Landasan Elektrik Berkembar Lembah Klang.[1] Apabila pembinaan projek Sambungan Jajaran LRT bermula, stesen LRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan LRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan sambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor pada 30 Jun 2016.[2] KTM Laluan Skypark yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dibuka pada 1 Mei 2018.[3]

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen Subang Jaya terletak di SS 16 Subang Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Subang   Lebuhraya Persekutuan. Terletak berhampiran stesen ini adalah UOA Busines Park, Hotel Subang Avenue, pangsapuri Saujana Residency, kawasan komersial SS 15, pusat membeli-belah Subang Parade dan pusat membeli-belah Aeon Big Subang.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (GCG-Glenmarie)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (SS 15)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan LRT  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
KTM Arah Utara 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Setia Jaya)
10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral
Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM Arah Selatan 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Batu Tiga)
10 Laluan Skypark menghala ke Terminal Skypark
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform LRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan dua platform sisi di bawah aras legar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kawasan LRT dan KTM. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]


Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan 641 dan T770 berkhidmat di stesen ini. Bas percuma Smart Selangor laluan SJ01 juga berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ {"New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ Rosli, Fahmy Azril; Zulkipli, Nur Lela; Radhi, Nor Ain (6 Mac 2018). "Tren terus ke Subang Skypark". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  4. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.