Stesen LRT Bandaraya

Stesen LRT Bandaraya ialah stesen LRT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bandaraya Rapid KL
بندراي
LokasiStesen Bandaraya, Jalan Raja Laut, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°9′20″N 101°41′40″E / 3.15556°N 101.69444°E / 3.15556; 101.69444Koordinat: 3°9′20″N 101°41′40″E / 3.15556°N 101.69444°E / 3.15556; 101.69444
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Sambunganstesen sambungan Keretapi Tanah Melayu Bank Negara
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG6   SP6 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
4 11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan 1 2 Bank Negara, yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter.

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen adalah Sungai Gombak manakala di sebelah timur laut stesen adalah pusat membeli-belah SOGO KL. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli belah Kompleks Pertama, Menara UOB, Menara CIMB, Menara DBKL, Menara KWSP, Hotel The Grand Campbell, Hotel Premiera, kompleks Bank Negara Malaysia dan Pasar Malam Tunku Abdul Rahman.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Masjid Jamek)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Masjid Jamek)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Sultan Ismail)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sultan Ismail)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan jejambat pejalan kaki ke SOGO KL dan 1 2 Bank Negara  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.