Stesen LRT Salak Selatan

Stesen LRT Salak Selatan ialah stesen LRT yang terletak di Salak Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Salak Selatan. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.

Salak Selatan Rapid KL
LokasiStesen Salak Selatan, Jalan Sri Permaisuri 10, Salak South, 57100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°6′8″N 101°42′23″E / 3.10222°N 101.70639°E / 3.10222; 101.70639Koordinat: 3°6′8″N 101°42′23″E / 3.10222°N 101.70639°E / 3.10222; 101.70639
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T401, 580
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaan83 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP13 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sri Permaisuri 10, Salak Selatan, Kuala Lumpur. Di sebelah timur stesen adalah Bandar Seri Permaisuri manakala di sebelah barat stesen adalah pekan Salak Selatan. Juga terletak kira kira 500m barat daya stesen adalah Persimpangan Hubungan Timur Barat   Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Pelan stesen sunting

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bandar Tun Razak)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Cheras)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 83 petak parkir kereta.[2]

Pintu stesen sunting

Stesen LRT Salak Selatan dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T402 dan 580 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.