Stesen LRT Taman Paramount

Stesen LRT Taman Paramount ialah stesen LRT yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]

Taman Paramount Rapid KL
LokasiStesen Taman Paramount, Jalan 21/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′17″N 101°37′24″E / 3.10472°N 101.62333°E / 3.10472; 101.62333Koordinat: 3°06′17″N 101°37′24″E / 3.10472°N 101.62333°E / 3.10472; 101.62333
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T785, T790
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan68 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ22 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah kawasan perumahan Seksyen 20, Seksyen 21, Seksyen 22 dan SS 1 Petaling Jaya. Juga terletak berhampiran adalah taman rekreasi Taman Aman, Masjid Kampung Tunku, pangsapuri Seri Aman dan Paramount View Condominium.

Pelan stesen sunting

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Asia Jaya)
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Bahagia)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 68 petak parkir kereta.[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T785 dan T790 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.