Stesen keretapi Padang Besar

Stesen keretapi Padang Besar merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Padang Besar, Perlis, Malaysia. Stesen ini adalah stesen paling utara dalam Laluan KTM Pantai Barat dan bersambung ke rangkaian Kereta Api Negara Thailand (SRT) melalui Laluan Selatannya.

Padang Besar
Nama lainปาดังเบซาร์ (Thai)
LokasiPadang Besar, Perlis
Malaysia
Dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Pantai Barat KTM
Platform2
Trek3
Pengendali kereta api
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka1 Julai 1918 (1918-07-01)
Dibina semulaJanuari 2013
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Terminal Laluan Padang Besar Bukit Ketri
menghala ke Butterworth
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Terminal KL Sentral–Padang Besar (Platinum) Arau
Padang Besar–Gemas (Gold) Arau
menghala ke Gemas
Lokasi
Map

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Padang Besar, Perlis dengan jarak hanya 200 meter dari sempadan sebenar antara Malaysia dan Thailand. Stesen ini tidak boleh dikelirukan dengan sebuah lagi stesen Padang Besar (Thai) yang terletak di bandar sebelah Thailand iaitu Padang Besar dan dikendalikan sepenuhnya oleh SRT.

Walaupun berada di bawah wilayah Malaysia dan terutamanya di bawah pengurusan Perbadanan Aset Keretapi Malaysia dan KTMB, stesen ini adalah tempat perkhidmatan kereta api Malaysia dan Thailand berakhir dan bertemu, membolehkan penumpang berpindah antara dua sistem kereta api. SRT juga mengendalikan pejabat tiket untuk kereta api mereka yang berkhidmat di stesen ini, dan menerima Ringgit Malaysia dalam pembelian tiket. Kedua-dua negara juga mempunyai pejabat imigresen, kastam dan kuarantin yang terletak bersama di stesen khusus untuk penumpang tren di sini.

Stesen ini juga mempunyai limbungan barang yang berfungsi sebagai pelabuhan kering bagi bahagian utara Malaysia dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand.

Perkhidmatan kereta api sunting

Stesen kereta api Padang Besar menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu dan Kereta Api Negara Thailand.

Perkhidmatan kereta api oleh Keretapi Tanah Melayu[1] yang melawati beberapa destinasi di Malaysia adalah:

  • KTM Komuter Utara - 16 ketibaan/berlepas sehari dari/ke Butterworth
  • KTM ETS - 4 ketibaan/berlepas setiap hari dari/ke KL Sentral, Kuala Lumpur
  • KTM ETS - 1 ketibaan/berlepas setiap hari dari/ke Gemas, Negeri Sembilan melalui KL Sentral
  • KTM Intercity MySawadee 1004/1005 - persinggahan untuk perkhidmatan imigresen penumpang tren antara KL Sentral dan Hat Yai. Kereta api bermusim dengan tarikh tidak tetap setiap bulan.

Perkhidmatan kereta api oleh Kereta Api Negara Thailand[2] yang melawati beberapa destinasi di Thailand adalah:

  • Kereta Api Ekspres Khas 45/46 - 1 ketibaan/berlepas setiap hari dari/ke Krung Thep Aphiwat, perkhidmatan gabungan dengan Kereta Api 37/38 Ekspres Khas di Hat Yai
  • Kereta api 947/948 dan 949/950 Ekspres Biasa - 2 ketibaan/berlepas dari/ke Hat Yai

Galeri sunting

Stesen dan sekitarnya sunting

Aras konkos dan platform sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Southern Line Timetable" (dalam bahasa Inggeris). State Railway of Thailand. Dicapai pada 12 Jun 2019.