Subramanya Bharathi

Chinnaswami Subramania Bharati (Tamil: சின்னசுவாமி சுப்பிரமணிய பாரதி) (December 11, 1882 – September 11, 1921) merupakan seorang penulis,penyair, wartawan dan juga aktivis kemerdekaan dan reformis dari Tamil Nadu, India. Beliau terkenal dengan nama 'Mahakavi Bharathiyar',merupakan seorang karyawan yang mempelopori puisi moden Tamil .

Chinnaswami Subramania Bharati
Kelahiran
Sundara Murthy

(1882-12-11)11 Disember 1882
Meninggal dunia11 September 1921(1921-09-11) (umur 38)
Madras, India
WarganegaraIndian,
Nama lainBharathiyar, Subbaiya, Sakthi Dasan,[1] Mahakavi, Mundaasu Kavignar
Pekerjaanjournalist
Terkenal keranaIndian independence activism, poetry, social reform
Karya terkenal
Panjali Sapatham, Pappa Pattu, Kannan Pattu, Kuyil Pattu, etc.
Gerakan politikIndian independence movement
PasanganChellamal
Anak-anakThangammal Bharati (b. 1904), Shakuntala Bharati (b. 1908)
Ibu bapaChinnasami Subramanya Iyer and Elakkumi (Lakshmi) Ammaal

Beliau dilahirkan di Ettayapuram pada tahun 1882 dan belajar di daerah Tirunelveli. Beliau pernah bekerja sebagai wartawan suratkhabar, diantaranya Swadesamitran dan India. Beliau begitu aktif dalam Kongres Nasional India. Pada tahun 1908, beliau telah dikeluarkan waran tangkap oleh kerajaan British India atas kesalahan melakukan aktiviti berunsurkan revolusi dan oleh kerana itu, beliau terpaksa berhijrah ke Pondicherry dan menetap di situ sehingga tahun 1918.

Beliau merupakan seorang pendita Tamil yang berwibawa dan tekenal menghasilkan puisi-puisi moden yang mendapat sambutan ramai.Kebanyakan karyanya bertemakan agama, politik dan sosial. Banyak daripada karyanya telah digunakan secara meluasnya dalam filem-filem Tamil serta di dalam konsert Musik Klasik Tamil.

Rujukan sunting