Sudut Pidato (Singapura)

(Dilencongkan dari Sudut Pidato, Singapura)

Sudut Pidato Singapura (Cina: 演说者角落, bahasa Inggeris: Singapore Speakers' Corner) adalah versi tempatan untuk Sudut Pidato London, di mana orang-orang awam dapat memberi ucapan dan terlibat dalam perdebatan awam. Dilancarkan pada 1 September 2000, Sudut Pidato Singapura didirikan kerana pengkritik mendakwa undang-undang penapisan tegas Singapura tidak memberikan cukup ruang untuk perdebatan orang ramai.

Sudut Pidato kosong di Singapura.

Sudut Pidato terletak di Taman Hong Lim, dengan sempadan ditandakan secara jelas. Ia telah dipilih kerana ia adalah sebuah tempat masyhur untuk perhimpunan politik pada zaman 1950-an dan 60-an. Ia dibuka dari 7:00 pagi hingga 7:00 petang untuk warga-warga memberikan pidato dan debat awam.

Orang pertama yang bercakap adalah En Lim Kian Heng, berusia 40 tahun. Dia bercakap tentang keadaan penguatkuasaan undang-undang di Singapura. Secara jumlahnya, 19 orang mendaftar untuk bercakap pada hari pembukaan itu.

Pada hari ini, keghairahan awal telah merosot, dan terdapat sedikit sahaja penonton di sudut ini. Dalam sebuah dokumentari didana negara The History of Singapore (2006), Menteri Kanan Goh Chok Tong dipetik mengatakan bahawa "pada saya ia [Sudut Penutur] sangat berjaya, kerana sangat sedikit orang pergi ke sana untuk berpidato".[1]

Regulasi sunting

Di sudut permulaannya, Sudut Pidato telah diregulasikan oleh Pihak Polis Singapura. Regulasi terdahulu yang telah dilaksanakan termasuk:

  • Hanya warga Singapura dibenarkan bercakap.
  • Isu-su keagamaan dan perkauman tidak dibernarkan.
  • Mikrofon dan alat penceramah bising dilarang.
  • Para pidato harus mendaftar di Kreta Ayer Neighbourhood Police Post sebelum bercakap.

Pada 2004, pameran awam dan persembahan ditambahkan ke senarai aktiviti dikecualikan di Sudut Pidato.

Dari 1 September 2008, warga Singapura dapat juga mengatur atau menyerta dalam demonstrasi di Sudut Pidato tanpa memperolehi keizinan polis. Dengan perubahan terbaru ini membenarkan tempat itu digunakan secara bebas sebagai tapak demonstrasi di luar, dipasangkan dengan liberalisasi pada kegunaan aplifikasi suara dan pemanjang jam operasi tempat, Sudut Pidato bertujuan untuk mengalamatkan keinginan ikhlas oleh sestengah warga Singapura untuk demonstrasi di luar dan perarakan sebagai cara penjelasan politik.

Warga Singapura yang ingin memegang suatu pidato, pameran/persembahan atau demonstrasi di Sudut Pidato dapat mendaftar secara onlinewith the National Parks Board, yang menguruskan Taman Hong Lim dan akan juga kini meregulasikan Sudut Pidato.

Pada Julai 2009, lima CCTV telah dipasangkan di kawan persekitaran Sudut Pidato.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The History of Singapore, DVD, Episod 3: "Lion city, Asian tiger". Dikeluarkan oleh Lion Television, sebuah syarikat ALL3Media Group untuk Discovery Networks Asia.

Pautan luar sunting

Koordinat: 51°30′42.15″N 0°9′35.2″W / 51.5117083°N 0.159778°W / 51.5117083; -0.159778