Datuk Suhaimi Sulaiman[1] (lahir 15 Mei 1962) ialah penyampai berita, wartawan penyiaran dan ahli strategi media Malaysia. Beliau ialah bekas Ketua Pengarang Kumpulan dan Penasihat saluran berita dan maklumat 24 jam Astro Awani, yang beroperasi dari tengah-tengah Kuala Lumpur.


Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia
Memegang jawatan
20 Januari 2023
Didahului olehChe Roslan Che Daud
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Dalam jawatan
1 Februari 2020 – 6 Ogos 2020
Didahului olehAzman Ujang
Digantikan olehRas Adiba Radzi
Ketua Pengarang Astro Awani
Dalam jawatan
2017–2020
Digantikan olehAshwad Ismail
Butiran peribadi
LahirSuhaimi bin Sulaiman
(1962-05-15) 15 Mei 1962 (umur 61)
Melaka, Malaysia
Alma materKolej Melayu Kuala Kangsar
Portland State University
City University of Bellevue
PekerjaanPenyampai berita, wartawan penyiaran, ahli strategi media

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau yang dilahirkan di Melaka pada 15 Mei 1962 dan menghadiri Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak yang berprestij untuk pendidikan lanjut. Beliau membaca Pentadbiran Perniagaan di Portland State University sebelum melengkapkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti City di Bellevue di Washington.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank korporat dan runcit di Bank of Commerce Berhad (kini dikenali sebagai CIMB Berhad) pada tahun 1987. Pada tahun 1990, beliau menyertai saluran televisyen Malaysia, TV3 sebagai seorang wartawan dan penolong penerbit, selepas melihat iklan TV3 dalam akhbar New Straits Times pada 1990. Beliau mula menjadi penyampai berita TV3 pada tahun 1993, dan menjadi salah satu daripada nama-nama terkemuka di Malaysia dalam bidang penyiaran. Beliau menerbitkan dan mengacarakan rancangan berita dan hal ehwal semasa TV3 seperti Face to Face, Editor, Teleskop, Malaysia Hari Ini dan Bincang Petang, selain menjadi penyampai Buletin Utama dan Nightline, beliau juga menyampaikan dan menerbitkan rancangan khas seperti Al-Ries & Jack Trout, Bajet dan Pilihan Raya. Jawatan terakhir beliau di TV3 ialah Pengurus Pembangunan dan Penciptaan Kandungan, beliau meninggalkan TV3 pada awal tahun 2003.

Selepas meninggalkan TV3, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri Suhaimi Sulaiman Omnimedia Pte Ltd dan Suhaimi Sulaiman Communications. Antara tahun 2003 dan awal 2007, Suhaimi menyediakan perkhidmatan perundingan dan perhubungan awam editorial dan kandungan nasihat kepada pelbagai organisasi. Antaranya ialah ACCA, Telekom Malaysia, Petronas, Universiti Teknologi Petronas dan 1901 Hot Dogs.

Beliau juga menyediakan pembangunan kandungan dan latihan komunikasi untuk rangkaian penyiaran awam Malaysia, RTM.

Pada tahun 2007, beliau menyertai satu usaha permulaan untuk melancarkan saluran berita 24 jam pertama Malaysia, Astro Awani, di mana beliau adalah seorang ahli pasukan perintis yang memulakan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia. Beliau membimbing semua bakat baru, jurulatih pasukan editorial dan mengetuai pasukan saluran berita dan maklumat 24/7 dalam Berita Terkini dan analisis 360, beliau muncul di Agenda AWANI, buletin berita utama, dan Focus Economy, rancangan ekonomi pada 9 Mac 2009, saluran 501 Astro.

Di bawah kepimpinan beliau, Astro Awani berada di kedudukan ke-4 di Carian Trending Google Malaysia 2014 untuk liputan menyeluruh kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan nahas Malaysia Airlines MH17 di Ukraine. Laman web Astro Awani menduduki tangga nombor 2 dalam senarai Langkah-langkah yang berkesan untuk organisasi berita melalui kaedah mudah alih pada Julai 2014 kerana liputan MH17.

Beliau meninggalkan Astro Awani pada Mac 2015 untuk memberi tumpuan kepada Perundingan & Latihan Media, Komunikasi & Kandungan, membina kuasa media dan jenama fesyen baru, Su & Ash.

Pada April 2015, Suhaimi telah dilantik oleh Astro untuk menyediakan Latihan Media untuk pasukan komunikasi Astro dan ketua saluran.

Pada Ogos 2020, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group.[2]

Pada 24 Februari 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia melantik beliau sebagai 'Profesor Adjung' di Pusat Kajian Media & Komunikasi.[3]

Pada 20 Januari 2023, Menteri Komunikasi Malaysia, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil telah melantik beliau sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia.[4]

Cabang lain sunting

Beliau adalah ahli Institut Perhubungan Awam Malaysia, juga merupakan jurulatih pengurusan persepsi komunikasi, media, dan penjenamaan dan jurulatih yang kerap menjalankan latihan perhubungan media bagi Institut Akhbar Malaysia.

Beliau juga menghadiri Sesi Pengurusan Kewartawanan persekutuan CNN di Ibu Pejabat CNN di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada September 2014 dan merupakan Felo Kewartwanan CNN dan menyiapkan kes Latihan Kajian Harvard bagi "Strategi Berkesan untuk Syarikat Media" pada bulan Oktober 2009.

Beliau juga telah memberikan nasihat komunikasi strategik kepada pasukan pengurusan atasan syarikat multinasional, syarikat tersenarai awam, pemimpin pendapat, ahli politik dan organisasi dalam sektor awam.

Televisyen sunting

TV3 sunting

Astro Awani sunting

  • Agenda Awani (pengacara)
  • Focus Economy (pengacara)

Astro Ria sunting

  • On Air (juri)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting