Sukan Asia Tenggara 2007

Sukan Asia Tenggara ke-24 (juga dikenali sebagai Sukan SEA) telah diadakan di Wilayah Nakhon Ratchasima (Korat), utara Thailand dari 6 Disember hingga 16 Disember, 2007. Majlis Olimpik Thailand telah merancang acara ini sempena hari ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-80.

Sukan Asia Tenggara ke-24
Sukan Asia Tenggara ke-24
Sukan Asia Tenggara ke-24
Tema: "Spirit, Friendship and Celebrations"
Penyertaan negara11[1]
Penyertaan atlet5282
Acara436 dalam 43 sukan (anggaran)
Upacara pembukaanDisember 6, 2007
Upacara penutupanDisember 15, 2007
Dirasmikan olehHRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn
Crown Prince of Thailand
Pembaca ikrar AtletSuebsak Pansueb
Pembaca ikrar JuriVice Professor Paibul Srichaisawat
Pembawa oborUdomporn Polsak
Venue upacaraHis Majesty the King's 80th
Birthday Anniversary, 5th
December 2007 Sports Complex

Ini adalah kali ke-6 Thailand menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara ini. Sebelum ini pada 1959, 1967, 1975, 1985, dan 1995. Sepatutnya Sukan SEA edisi 2007 tetapi Singapura telah menarik diri daripada peluang menjadi tuan rumah pada 2004 di Stadium Nasional Singapura dan ingin membina Hub Sukan Singapura maka Thailand mempunyai peluang menjadi tuan rumah Sukan SEA kali ini.

Persiapan sunting

Pada 24 Februari 2006, Gabenor Wilayah Nakhon Ratchasima bertemu untuk membincangkan jadual Sukan SEA ke-24, dan perkembangan projek di wilayah itu yang menelan kos perbelanjaan US$65 juta bagi pembinaan kompleks sukan. Projek ini diketuai oleh gabenor; Somboon Ngamlak. Akhirnya, gambaran keseluruhan pembinaan kemudahan sukan tersebut dinyatakan dalam satu perjumpaan, dan beliau menyatakan kesemua kemudahan sukan sedia digunakan untuk Sukan SEA 2007.

Pungutan pingat sunting

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Thailand)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2007
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Thailand (THA)* 183 123 103 409
2   Malaysia (MAS) 68 52 96 216
3   Vietnam (VIE) 64 58 82 204
4   Indonesia (INA) 56 64 83 203
5   Singapura (SIN) 43 43 41 127
6   Filipina (PHI) 41 91 96 228
7   Myanmar (MYA) 14 26 47 87
8   Laos (LAO) 5 7 32 44
9   Kemboja (CAM) 2 5 11 18
10   Brunei (BRU) 1 1 4 6
11   Timor-Leste (TLS) 0 0 0 0
Jumlah (11 Negara) 477 470 595 1542

Gelanggang sunting

 
Nong Can ialah seekor kucing Siam merupakan maskot rasmi temasya ini.
 
Peta penempatan sukan di Korat

Kebanyakan sukan akan diadakan di kompleks sukan berharga $65 juta di Jalan Pakthongchai di Nakhon Ratchasima. [2] Kompleks sukan ini boleh menampung 20,000 tempat duduk dinamakan Kompleks sukan Keputeraan Raja ke-80 tahun, 5 Disember 2007. Kompleks sukan ini juga termasuk stadium dalaman berjumlah 5,000-tempat duduk, 16 kemudahan gelanggang tenis , di kalangan kemudahan lain yang dijadualkan tamat pembinaannya pada bulan Jun 2007.[3]

Nakhon Ratchasima (Korat)

Kompleks Sukan Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Thailand yang ke-80 (5th December 2007)

  • Stadium Utama(Majlis Perasmian dan Penutupan, Olahraga, Bola sepak)
  • Pusat Akuatik (Terjun, Renang, Polo air)
  • Stadium Bola Tampar Pantai (Bola tampar pantai)
  • Gimnasium 1 (Gimnastik)
  • Gimnasium 2 (Bola tampar)
  • Gelanggang Tenis (Tenis)
  • Velodrom (Berbasikal)

Universiti Teknologi Suranaree

  • Padang Bola Sepak 2 (Memanah)
  • Gimnasium Keelapirom (Bola keranjang)
  • Pusat Kajian Nasional Synchrotron (Lawan pedang)
  • Gelanggang Petanque (Petanque)
  • Residen Pelajar (Perkampungan atlet)
  • Stadium Surapala Keetha Sathan (Bola sepak)
  • Bangunan Suraphat 2 (IBC, MPC)

Gelanggang lain

  • Kompleks Sukan Amphoe Pak Thong Chai (Tinju, Bola sepak)
  • Kelab Golf and Country Bonanza (Golf)
  • Institut Teknologi Chanapolkhan (Karate, Wushu)
  • Khao Yai Thiang (Berbasikal)
  • Dewan Serbaneka Klang Plaza Jomsurang (Ping Pong)
  • Lebuh Raya Mittraphap (Cycling)
  • Kompleks Sukan Perbandaran (Bola sepak, Muay Thai)
  • Universiti Rajabhat Nakhon Ratchasima (Bina badan, Sofbol)
  • Kolej Vokasional Nakhon Ratchasima (Angkat berat)
  • Universiti Teknologi Isan Rajamangala (Judo, Gusti)
  • Hotel Sima Thani Hotel (Billiard dan Snuker)
  • Kawasan Perbandaran Sung Noen (Pencak Silat)
  • Kem Suranaree (Ragbi)
  • Kedai Serbaneka The Mall (Sepak Takraw)
  • Universiti Wongchawalitkul (Badminton, Sukan Tari, Taekwando)
Bangkok
  • Kompleks Sukan Nasional (Bola Tampar)
  • Pusat Sukan Permaisuri Sirikit (Besbol, Hoki, Boling Padang)
  • Kelab Ratchaphruek (Skuasy)
  • SF Strike Bowl (Boling)
  • Kompleks Sukan Suruhanjaya Sukan Thailand (Futsal, Menembak)
  • Kelab Sukan VR (Polo)
Chonburi
  • Ambassador City Jomtien (Triatlon)
  • Horseshoe Point (Ekuestrian)
  • Map Prachan Reservoir (Kanu-Kayak, Mendayung, Lumba Bot Tradisional)
  • Ocean Marina Yacht Club (Kapal layar)
  • Kelab Polo Thai (Ekuestrian)

Galeri sunting

Kemajuan pembinaan sehingga 30 Mei 2007:

Acara sukan sunting

Terdapat lebih 400 acara daripada 43 jenis sukan dipertandingkan di Sukan Asia Tenggara 2007 termasuk 2 sukan pertunjukan (iaitu; Go dan Kempo).[4] Edisi ke-24 ini akan mempertandingkan jumlah acara tertinggi dalam sejarah Sukan Asia Tenggara, melebihi jumlah acara di Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

 
Indonesia vs Thailand di perlawanan polo Sukan SEA 2007

¹ - bukan jenis sukan rasmi Sukan Olimpik
² - sukan ini hanya dipertandingkan di Sukan SEA sahaja
³ - bukan sukan tradisi Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA tetapi sukan ini hanya dipertandingkan oleh negara tuan rumah sahaja.
° - merupakan sukan rasmi Sukan Olimpik, tetapi tidak pernah dipertandingkan di mana-mana edisi sebelumnya dan dipertandingkan oleh negara tuan rumah.
ʰ - tidak dipertandingkan di edisi sebelumnya tetapi dipertandingkan semula oleh negara tuan rumah.

Negara yang mengambil bahagian sunting

Negara Atlet Pegawai rasmi
Kod Negara / Komiti Olimpik Antarabangsa Lelaki Wanita Jumlah Lelaki Wanita Jumlah
BRU   Brunei Darussalam 51 10 61 44 2 46
CAM   Kemboja 161 71 232 64 4 68
INA   Indonesia 369 205 574 160 28 188
LAO   Laos 246 168 414 186 35 221
MAS   Malaysia 494 326 820 239 55 294
MYA   Myanmar 292 214 506 156 35 191
PHI   Filipina 373 247 620 143 32 175
SIN   Singapura 262 180 442 165 51 216
THA   Thailand 540 442 982 342 65 407
TLS   Timor Leste 7 - 7 8 - 8
VIE   Vietnam 331 293 624 152 17 169
Jumlah 3126 2156 5282 1659 324 1983

Upacara perasmian sunting

Temasya Sukan SEA edisi yang ke-24 ini dibuka secara rasmi di Korat, Thailand. Temasya ini dianggap paling istimewa dalam sejarah enam kali Thailand menjadi tuan rumah kerana temasya dwi-tahunan terbesar di rantau Asia Tenggara itu, kali ini dilangsungkan hampir serentak dengan sambutan Keputeraan Raja Thai Ke-80.

Malah pemilihan Wilayah Nakhon Ratchasima sebagai gelanggang Sukan SEA kali ini khusus dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan hari kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej, raja paling lama memerintah di dunia.

Walau bagaimanapun, upacara perasmian Sukan SEA edisi 2007 ini tidak dapat disempurnakan oleh Raja Bhumipol sendiri. Sebaliknya, diambilalih oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang mewakili bapanya yang uzur dan agak keletihan kerana menghadiri aturcara padat sempena sambutan hari lahirnya sebelum upacara perasmian ini menjelang.

Dengan bertemakan ‘Semangat, Setiakawan, dan Perayaan’ serta maskot kucing Siam ‘maeo si sawat’, acara perasmian tetap berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni apabila Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 yang boleh menempatkan kapasiti 40,000 orang.

Upacara perasmian bermula pukul 6.15 petang (waktu tempatan) dengan persembahan yang bertajuk ‘The Journey of SEA Games to Korat’ mula membuka tirai diikuti empat lagi persembahan kebudayaan menarik yang membabitkan 8,793 pelajar daripada 35 institusi pendidikan di Korat ini.

Antara persembahan tersebut ialah menyanjung pemerintahan Raja Bhumibol, pengkisahan tentang legenda tempat bersejarah Phu Mai Ruin dan pembukaan awal bandar Korat.

Selepas itu, 11 kontinjen negara yang mengambil bahagian pada temasya kali ini mula berarak masuk dengan didahului kontinjen Brunei Darussalam.

Kemuncak kepada upacara perasmian ini pastinya pengumuman pembukaan rasmi oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn diikuti upacara menaikkan bendera Persekutuan Sukan SEA (SGF) dan pernyalaan obor sebagai tanda bermulanya temasya secara rasmi.

Dua atlet legenda Thailand iaitu pemenang pingat gangsa acara tinju lelaki Sukan Olimpik Athens 2004, Suriya Prasathinpimai dan atlet angkat berat dan wanita pertama Thailand yang memenangi emas di Sukan Olimpik 2004, Leftenan Udomporn Polsak diberi penghormatan menyalakan obor temasya.

Sebanyak 5,200 atlet daripada 11 buah negara Asia Tenggara mengambil bahagian pada temasya kali ini yang mempertandingkan 43 acara kesemuanya serta menawarkan 475 pingat emas untuk direbut.

Penaja utama sunting

Kontroversi sunting

  • Pemain hoki padang lelaki Thailand, Surathep Wisawathiron menjadi atlet pertama diuji ujian dadah positif menggunakan dadah jenis methyltestosterone.[5]
  • Juga, atlet gimnastik Thailand, Panaporn Kosol diuji positif dengan steroid. [6]
  • Malaysia menarik diri daripada semua acara sukan sepak takraw selepas membantah penggunaan bola getah yang baru. Sepak Takraw biasanya bola berkenaan diperbuat daripada rotan. Ini sekaligus memberikan kemenangan percuma/berat sebelah kepada Thailand dalam semua acara Sepak Takraw. Tetapi Thailand ingin mendakwa Malaysia kerana menarik diri daripada acara yang dipertandingkan pada saat-saat akhir. Meskipun, Thailand sudah menyapu bersih kesemua pingat emas acara Sepak Takraw. [7]
  • Mary Antoinette Rivero dari Filipina ditumpaskan 7-4 oleh Cassandra Haller dari Thailand dalam acara sukan taekwando wanita; kategori bawah 65 kilogram; Rivero sebenarnya boleh memungut 3 mata pada pusingan ketiga dan sudah menjatuhkan Haller ke lantai tetapi Haller pula yang mendapat mata pemberian juri. Ini telah menyebabkan atlet taekwando Filipina yang lain menarik diri dan beredar dari venue perlawanan sukan taekwondo.[8]
  • Filipina memulaukan semua perlawanan akhir tinju secara mengejut dan menunjukkan isyarat bahawa mutu pengadilan perlawanan rendah disebabkan keputusan berat sebelah oleh pihak juri.[9] Dua daripada tujuh petinju Filipina tidak muncul selepas loceng perlawanan berbunyi pada pusingan pertama sementara empat yang lain tidak muncul selepas loceng perlawanan pusingan penentuan pingat emas dibunyikan ketika menentang lawan dari Thailand, sekaligus kemenangan berpihak kepada Thailand. Mungkin, petinju Filipina menganggap mereka akan tetap tewas meskipun berjuang sehabis-habisan disebabkan keputusan juri yang sememangnya dijangka berat sebelah. Petinju Filipina turun sebagai 'underdog' pada semua perlawanan hari Khamis, untuk berlawan dengan petinju dari Thailand termasuk Non Boonjumnong; pemenang pingat perak kejohanan dunia 2007, Worapoj Petchkoom; pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2004, dan Suriya Prasathinphimai; pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2004.[10] Hanya lawan Boonjumnong, Larry Semilano berjaya menumpaskan satu-satunya petinju Thailand untuk merangkul pingat emas.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ HOME PAGE - SEA Games 2007 Information Center Nakhon Ratchasima THAILAND
  2. ^ Komiti Penganjuran melaporkan stadium ini sedia digunakan untuk Sukan SEA 2007
  3. ^ Perkembangan pembinaan venue
  4. ^ Senarai sukan Sukan SEA oleh akhbar Korat Post
  5. ^ Pemain hoki padang lelaki Thailand diuji positif dalam ujian dadah Sukan Asia Tenggara
  6. ^ "Pemain Thailand disingkirkan daripada Sukan SEA selepas gagal dalam ujian dadah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-13. Dicapai pada 2007-12-12.
  7. ^ Thailand menyapu bersih pingat emas kesemua acara sepak takraw pada Sukan SEA
  8. ^ GMA News melaporkan kekalahan berat sebelah ke atas atlet taekwondo Filipina pada Sukan SEA
  9. ^ Sukan SEA: Tinju memberikan kejayaan pingat emas berat sebelah kepada petinju Thai
  10. ^ Petinju Filipina menarik diri daripada perlawanan penentuan pingat emas berikutan bantahan ke atas Sukan SEA

Pautan luar sunting



Didahului oleh:
2005
pelbagai venue, Filipina
Sukan Asia Tenggara Diikuti oleh:
2009
Vientiane, Laos