Sukhoi Su-15 (nama pengenalan NATO 'Flagon') merupakan sebuah pesawat pemintas berenjin kembar yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet pada 1960-an bagi mengantikan pesawat Sukhoi Su-11.

Su-15
Peranan Pesawat pemintas
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 30 Mei 1962
Diperkenalkan 1967
Dihentikan 1993 (Rusia)
Status Dibersarakan
Pengguna utama Pasukan Pertahanan Udara Soviet
Dikeluarkan 1966 - 1979
Jumlah dibina 1,290

Pembangunan sunting

Menyedari kekangan pada pesawat-pesawat terawal seperti Su-9 dan Su-11, Sukhoi OKB dengan pantas mula membangunkan pesawat lebih berupaya. Pelbagai pesawat pembangunan dibina secara beransur-ansur, termasuk T-49, yang berkongsi fiuslaj yang sama dengan Su-9 (termasuk enjin tunggalnya), tetapi memasang salur masuk udara di sisi bagi memberi ruang bagi menempatkan radom besar pada muncung pesawat untuk memasang radar 'Oriol-D' (Eagle), dan T-5, dengan mengubahsuai secara ketara pesawat Su-11 dengan melebarkan fiuslaj belakang yang menempatkan dua enjin Tumansky R-11.

Ini membawa pada pembinaan T-58, yang telah menggabungkan enjin berkembar dengan versi T-49 dengan mengubahsuai bahagian muncungnya, dan mengalih salur masuk udara sisi sedikit kebelakang, di belakang kokpit. Ia telah diluluskan untuk dikeluarkan pada 5 Februari 1962, dan dikenali sebagai Su-15. Prototaip pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 30 Mei 1962. Ia telah melalui ujian perkhidmatan pada 5 Ogos 1963, akan tetapi kemasukannya dalam perkhidmatan mengalami kelewatan disebabkan perbalahan politik dengan Yakovlev OKB ke atas keupayaan baris pengeluaran di Novosibirsk, yang mana juga mengeluarkan pesawat Yakovlev Yak-28P. Su-15 terbukti lebih baik dalam segala aspek kecuali jarak, dan telah ditauliahkan secara rasminya pada 3 April 1965. Siri pengeluaran bermula pada tahun berikutnya, dan mula memasuki perkhidmatan dengan PVO pada 1967, bagi mengantikan Su-9, Su-11 dan Yakovlev Yak-25. Pesawat awal Su-15 telah mendapat nama pengenalan NATO 'Flagon-A.' Versi pesawat latihan rigkas, Su-15UT (NATO 'Flagon-C'), yang tidak memiliki radar atau keupayaan tempur, pula memasuki perkhidmatan pada 1970.

Pesawat sayap delta Su-15 versi awal memiliki ciri-ciri pelepasan dan pendaratan yang lemah, dan menyebabkan Sukhoi untuk mereka sayap baru dengan hujung sayap yang dipanjangkan (bagi meningkatkan luas sayap) dan sempadan kawalan lapisan. Su-15 dengan rekabentuk sayap baru mula dikeluarkan pada 1969. Ia telah dikenali sebagai 'Flagon-D' oleh NATO, walaupun begitu designasi Soviet tetap tidak berubah.

Pada 1969, ujian dimulakan bagi menguji pesawat tingkat upaya Su-15T dengan memasang radar Volkov Taifun. Radar Taifun terbukti gagal, dan pengeluarannya telah dihentikan setelah hanya 10 buah pesawat dibina. Pada Disember 1971, Su-15TM muncul (NATO 'Flagon-E'), dengan memasang radar Taifun-M yang dipertingkat dan cadangan untuk pemasangan pod meriam UPK-23-250 atau peluru berpandu jarak dekat [[[Molniya R-60]].

Banyak cadangan Sukhoi OKB untuk menaik taraf Su-15 dengan enjin dan aerodinamik lebih baik telah ditolak bagi memberi laluan untuk pembangunan pesawat pemintas Mikoyan MiG-23.

Kelainan sunting

T-58
Prototaip Su-15.
Su-15 (Flagon-A)
Versi pengeluaran pertama.
T-58VD (Flagon-B)
Prototaip yang menggunakan tiga unit jet angkatan Kolesov di tengah fiuslaj bagi memberi keupayaan STOL. Tidak dikeluarkan secara besar-besaran.
Su-15UT (Flagon-C)
Versi latihan tanpa dilengkapi dengan radar dan keupayaan tempur, digunakan sejak 1970.
Su-15 (Flagon-D)
Versi dengan hujung sayap yang dipanjangkan, dibina sejak 1969.
Su-15T (Flagon-E)
Versi dipasang dengan radar Volkov Taifun, 10 buah telah dibina.
Su-15TM (Flagon-F)
Versi naik taraf Su-15T, dipasang dengan radar Taifun-M dan mengubah aerodinamik, digunakan sejak 1971. Rekabentuk radom baru untuk memperbaiki prestasi radar.
Su-15UM (Flagon-G)
Versi latihan Su-15TM tanpa radar tetapi memiliki keupayaan tempur, dibina antara tahun 1976 hingga 1979.
U-58UM
Prototaip Su-15UM dengan radar Taifun-M, tidak dikeluarkan.
Su-15Sh
Cadangan pesawat serangan darat, ditawarkan pada 1969. Tidak dibina.
Su-15-30
Cadangan versi yang berkongsi radar dan peluru berpandu seperti pada MiG-25; tidak dibina.
Su-15bis
Menukar Su-15TM dengan memasang enjin R-25-300 yang berkuasa 15,652 lb (69.9 kN) dengan tujahan pembakaran lanjut untuk meningkatkan prestasi; diluluskan untuk pengeluaran, tetapi tidak dibina kerana kekurangan enjin.
Su-19
Cadangan versi terkini dengan enjin R-25-300, sayap bujur dan pilon tambahan untuk peluru berpandu. Tidak dibina.

Beberapa laporan Barat mengatakan bahawa Su-15TM juga didesignasi sebagai Su-21 dan Su-15UM Su-21U. Laporan-laporan ini ternyata salah. Designasi Su-21 telah dikhaskan untuk Su-17M4, akan tetapi tidak pernah digunakan.[1]

Pengguna sunting

  Rusia
  Kesatuan Soviet
  Ukraine

Spesifikasi (Su-15TM 'Flagon-F') sunting

 

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 19.56 m (64 kaki 2 in)
  • Rentang sayap: 9.34 m (30 kaki 7 in)
  • Tinggi: 4.84 m (15 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 36.6 m² (394 kaki²)
  • Berat kosong: 10,874 kg (23,973 lb)
  • Berat berisi: 17,200 kg (37,920 lb)
  • Loji kuasa:Tumansky R-13F2-300 turbojet
    • Tujahan kering: 40.21 kN (9,040 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 70.0 kN (15,730 lbf) setiap satu

Prestasi


Persenjataan

  • 2x R-98M/AA-3 Anab (pilon sayap sebelah luar)
  • 2x atau 4x R-60/AA-8 Aphid (pilon sayap sebelah dalam)
  • Pilihan 2x pod meriam UPK-23-250 23 mm pada pilon fiuslaj

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  • Butowski, Piotr and Pankov, Valeriy and Ponomaryev, Vadim. Su-15 Flagon. Monografie Lotnicze #14. Gdańsk: AJ-Press, 1994 (ISBN 83-86208-04-X) (in Polish).

Pautan luar sunting